Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 18 Oktober 2011

Kerajaan Haram Israel: FATAH Tidak Terlibat Langsung Dalam Perjanjian Pertukaran Tahanan Dengan HAMAS

19 Oktober 2011 - Jurucakap Menteri Luar kerajaan haram Israel menafikan adanya perjanjian dengan pihak FATAH di Tebing Barat dalam isu pembebasan tahanan Palestin. Perjanjian pembebasan tahanan Palestin cuma dibuat dengan pihak HAMAS. Pergerakan HAMAS menyifatkannya ianya sebagai suatu pembohongan dan pendustaan yang cukup jelas yang dilakukan pergerakan FATAH. Semalam (18/10/2011) telah menyaksikan fasa pertama perjanjian pertukaran banduan antara Hamas dengan kerajaan haram Israel yang ditaja oleh kerajaan Mesir berjaya dengan sempurnanya. Fasa ke-2 bakal menyusul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan