Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 6 Oktober 2011

Negara Palestin Berjaya Di Peringkat Awal Dalam Permohonan Menyertai PBB Dan Resolusi "Perbentukan Negara Palestin Yang Merdeka" Di PBB

PARIS, 07/10/2011 -: Negara Palestin sudah berjaya melepasi halangan pertama untuk menjadi anggota penuh PBB apabila kebanyakan negara anggota jawatankuasa eksekutif PBB menyokong permohonan itu pada 06/10/2011 (khamis) meskipon ditentang hebat oleh kerajaan AS laknatullah dan kerajaan haram Israel.

Sekutu negara Palestin dikalangan negara Arab telah berjaya menepis tekanan diplomatik kerajaan haram Israel, kerajaan AS dan kerajaan Perancis dalam usaha membawa usul "permohonan negara Palestin menyertai PBB" dan resolusi "Perbentukan Negara Palestin Yang Merdeka" ke jawatankuasa negara anggota PBB yang mana jawatankuasa berkenaan telah meluluskan permohonan negara Palestin selepas 40 buah negara anggota PBB mengundi menyokong, 4 negara anggota PBB mengundi untuk membantah dan 14 negara anggota PBB mengundi untuk berkecuali. Permohonan negara Palestin untuk menyertai PBB akan dikemukakan sekali lagi kepada semua negara anggota PBB pada perhimpunan agung PBB yang dijadualkan berlangsung pada akhir bulan Oktober 2011 (25 oktober 2011 - 10 november 2011) untuk kelulusan muktamad.

Sebelum ini negara Palestin pernah memohon untuk mengganggotai PBB tetapi gagal... Pada tahun ini (2011) para diplomatik PBB telah berkata bahawa mereka akan menggunakan kaedah lain di PBB iaitu kaedah memohon menyertai PBB menerusi draf resolusi. Pegawai PBB juga telah mengesahkan bahawa keputusan undi "ya" amat meyakinkan di kalangan negara anggota ahli eksekutif PBB bagi membolehkan usul itu di undi sekali lagi di kalangan 193 negara anggota PBB. Kelulusan 2/3 amat diperlukan untuk membolehkan negara Palestin menjadi anggota penuh PBB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan