Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 20 Oktober 2011

NTC Mengesahkan Diktator Muammar Gaddafi Berkemungkinan Besar Terbunuh Di Dalam Pertempuran

SIRTE, 21/10/2011:- Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, diktator Muammar Gaddafi berkemungkinan besar terbunuh di bandar kelahirannya iaitu bandar Sirte. Diyakini diktator berkenaan terkorban di dalam serangan yang dilancarkan oleh Pejuang Revolusi Libya semalam (20/10/2011). Menteri Penerangan Libya, Mahmoud Shammam telah mengesahkan sendiri bahawa diktator Muammar Gaddafi telah terbunuh selepas mendapat maklumat daripada Pejuang NTC sendiri yang melihat mayat diktator Libya itu.

“Anggota kami di Sirte sudah melihat mayatnya. Mustafa Abdul-Jalil (Pengerusi NTC) akan mengesahkan perkembangan itu. Pejuang NTC memberitahu Muammar Gaddafi dilihat telah menyertai satu konvoi melarikan diri dari bandar Sirte dan mereka terus menyerang konvoi berkenaan,” kata pejuang NTC kepada pihak media. Jurucakap operasi ibu pejabat NATO di Naples, Itali, Kolonel Roland Lavoie memberitahu pihak NATO gagal mengesahkan diktator Muammar Gaddafi sudah terbunuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan