Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 5 Oktober 2011

Pandangan Artis Malaysia Mengenai Cadangan Pelaksanaan Hukum Hudud Dilaksanakan Di Malaysia

keratan akhbar Sinar Harian 5 Oktober 2011 (Rabu)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu keratan akhbar Sinar Harian yang berkisarkan mengenai pandangan artis Malaysia terhadap 1 hukum Allah yang disyariatkan kepada umat Rasulullah s.a.w. iaitu hukum hudud... kebelakangan ini isu "pelaksanaan hukum hudud" sering diperbincangkan di dada-dada akhbar utama serta di kaca tv... dan berdasarkan respon kerajaan Malaysia mengenai isu ini ialah kerajaan Malaysia sama sekali tidak akan menggunakan sistem yang ditetapkan oleh Allah kepada umat manusia khususnya kepada penganut agama Islam iaitu "sistem hukum hudud" yang begitu menjamin keadilannya bagi seluruh umat manusia...

suka saya nyatakan disini bahawa pandangan saya mengenai isu ini ialah saya menyokong 100% perlaksanaan sistem syariah dan "sistem hukum hudud" di Malaysia kerana berpendapat bahawa sistem ini adalah sistem yang dijatuhkan, disyariatkan dan dijalankan dengan penuh keadilan serta sistem ini dijalankan bukan tujuan menganiaya manusia bahkan menyelamatkan manusia dan harta benda... Selain itu sistem ini disyariatkan oleh pencipta manusia dan seisi alam ini (Allah)... sudah pastilah pencipta alam ini mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya... sewajarnya pihak yang bertanggungjawab khususnya kerajaan Malaysia yang beragama Islam melaksanakan tuntutan agama... kerajaan Malaysia mendakwa negara Malaysia ialah sebuah negara Islam di kaca mata dunia, jadi seharusnya kerajaan Malaysia membuktikan dakwaan mereka dengan melaksanakan hukum Islam (hukum hudud)... kepada orang yang bukan beragama Islam, anda janganlah bimbang kerana "sistem hudud" telah dijamin keadilan dalam pelaksanaannya dan anda tidak akan dizalimi sama sekali...

kepada yang mampu melaksanakannya, lakukanlah apa yang diperintahkan-Nya kerana kita hidup di dunia ini cuma sementara. sampai masanya pencipta kita akan menjemput kita mengadap-Nya... disana nanti kita akan disoal mengenai pelaksanaan hukum yang Ia syariatkan di dunia dahulu... ingat siksaan di akhirat kekal selamanya... jadi fikir-fikirkanlah dan laksanakannya selagi masih ada masa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan