Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 27 November 2011

Pergerakan Islam Menang Besar Pada Pilihanraya Umum Maghribi

28/11/2011 - RABAT: Sebuah parti Islam iaitu Parti Kehakiman dan Pembangunan (PJD) telah memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya umum Parlimen Maghribi dan akan dipilih untuk mengetuai kerajaan baru di negara Afrika Utara.

Parti Kehakiman dan Pembangunan (PJD) telah memenangi sebanyak 107 buah kerusi daripada 395 buah kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya umum Parlimen Maghribi. Hari mengundi telah dilaksanakan selama 2 hari. Kemenangan Parti Kehakiman dan Pembangunan (PJD) pada pilihanraya Maghribi kali ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan pihak lawan. Raja negara Maghribi akan memilih pemimpin dari Parti Kehakiman dan Pembangunan (PJD) sebagai pimpinan baru kerajaan Maghribi. Parti Kehakiman dan Pembangunan (PJD) dijangka akan menubuh kerajaan campuran.

Sabtu, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah

assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pengunjung blog sautulhaqq... disini saya ingin mengucapkan selamat menyambut awal muharam dan maal hijrah khususnya kepada pengunjung blog sautulhaqq yang beragama Islam... marilah kita membaca doa akhir dan awal tahun... semoga tahun baru Islam yang baru menyinsing fajarnya diberkati oleh Allah... insyaallah...

disini saya ingin mengajak anda semua menelusuri kembali sirah Nabi s.a.w. dan peristiwa penghijrahan Baginda s.a.w. dan umat Islam muhajirin dari kota Makkah Al-Mukarramah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan semangat ukhwah yang cukup kental yang terbina diantara kaum ansar dan muhajirin... semoga umat Islam dapat menghayati dan mencontohi sifat ukhwah tersebut... insyaallah...

Jumaat, 18 November 2011

Kerajaan AS Laknatullah Menggunakan Jet Pejuang X-47B

(JET PEJUANG X-47B)

INFO MENGENAI JET PEJUANG X-47B

• JET PEJUANG X-47B DIGUNAKAN OLEH KERAJAAN AS LAKNATULLAH

• JET PEJUANG X-47B DICIPTA SEBANYAK 11 BUAH

• JET PEJUANG X-47B JENIS AUTO PILOT

• JET PEJUANG X-47B DIGUNAKAN UNTUK MENGEBOM PIHAK MUSUH

• JET PEJUANG X-47B BERKEUPAYAAN TERBANG TINGGI MELEBIHI 1,500 METER

• JET PEJUANG X-47B MERUPAKAN JET PEJUANG YANG PALING LAJU YANG PERNAH DICIPTA OLEH KERAJAAN AS LAKNATULLAH

• JET PEJUANG X-47B BERSAIZ KECIL

• JET PEJUANG X-47B JENIS ANTI RADAR

• JET PEJUANG X-47B MAMPU MENCAPAI KELAJUAN 800 KILOMETER SEJAM

Selasa, 15 November 2011

TESCO Menjual Sos Yang Mengandungi DNA BABI

assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pengunjung blog sautulhaqq... disini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai sejenis makanan yang kita selalu makan dan masukkan ke dalam masakan kita seharian iaitu "SOS". "SOS" ini tidak halal dimakan kerana mengandungi DNA babi di dalamnya... "SOS" ini bernama "TOBASCO SAUCE" dan "HP SAUCE"... diharap selepas ini pengunjung blog sautulhaqq khususnya yang beragama Islam tidak membeli 2 jenis "SOS" ini... kedua-dua jenis "SOS" ini dikesan dijual di TESCO dan surat mengenai pengharaman penjualan "SOS" itu telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM...


(surat JAKIM)

(SOS "TABASCO")

(SOS "HP")

* penganut agama Islam sila ambil perhatian yang sewajarnya...

Jumaat, 11 November 2011

Kerajaan AS laknatullah Dan Kerajaan Haram Israel Menggunakan Jet Pejuang Droin

Jet Pejuang Droin

INFO MENGENAI JET PEJUANG DROIN

• JET PEJUANG INI DICIPTA DI AS

• JET PEJUANG INI DIGUNAKAN OLEH KERAJAAN AS LAKNATULLAH DAN KERAJAAN HARAM ISRAEL

• JET PEJUANG INI JENIS AUTOPILOT

• JET PEJUANG INI DITUGASKAN UNTUK MENGINTIP MUSUH DAN MENGHAPUSKANNYA TANPA TINGGALKAN KESAN

• JET INI BERUPAYA MENGESAN MUSUH DENGAN MENGGUNAKAN KAD SIM HANDPHONE (pihak musuh akan menyusup masuk ke dalam kumpulan pejuang Islam dan memasukkan sim kad hanphone ke dalam handphone pimpinan Islam. Jet Droin akan mengesan musuh dan menghapuskannya tanpa meninggalkan sebarang kesan)

• BOM JET PEJUANG INI DIBUAT BERASASKAN BAHAN KIMIA

• JET PEJUANG INI TELAH DIGUNAKAN DI 9 BUAH NEGARA TERMASUK NEGARA LIBYA DAN NEGARA PALESTIN

• KAD SIM HANDPHONE PENGESAN YANG DIGUNAKAN OLEH JET PEJUANG INI DIREKA OLEH PIHAK YANG DIKENALI SEBAGAI "CEJAY ENGINEERING"

Selasa, 8 November 2011

Kerajaan Haram Israel Akan Menggunakan Robot Sebagai Tentera Bagi Mengelakkan Askarnya Ditawan

Robot Yang Bakal Jadi Tentera Yahudi Laknatullah

INFO MENGENAI ROBOT YANG BAKAL DIJADIKAN TENTERA YAHUDI LAKNATULLAH

Robot ini dilengkapi dengan sistem komputer dan perondaan 100%

✔ Dicipta di institut robotik yang dikenali sebagai "COMAS"

✔ Bakal digunakan dikawasan sempadan (lebih banyak diletakkan di sempadan semenanjung Gaza)

✔ Mampu mengesan individu dan objek yang tidak dikenali

✔ Robot ini dikendalikan dengan menggunakan sistem kawalan

✔ Robot ini mempunyai sistem pertahanan meliputi darat, udara dan air

Sabtu, 5 November 2011

Salam Aidiladha

assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pengunjung blog sautulhaqq... saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada semua pengunjung blog sautulhaqq khususnya yang beragama Islam... saya juga menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf seandainya ada terkasar bahasa sehingga menyinggung perasaan pengunjung blog sautulhaqq sekalian... dikesempatan ini saya ingin mengajak pengunjung blog sautulhaqq mengimbau kembali sejarah ibadah Qurban yang disyariatkan Allah kepada umat manusia dan menghayati erti pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.. semoga ibadah Qurban kita diterima Allah... insyaallah...

Jumaat, 4 November 2011

Rayuan-Rayuan Berbahaya Dari Para Ikhwan


Rayuan-Rayuan Yang Amat Berbahaya Yang Harus Dijauhi Oleh Setiap Wanita

1. Ukhti, ana mencintaimu kerana Allah

2. Ana nak jadikan anti sebagai adik angkat, boleh?

3. Anti cantik le kalau pakai tudung labuh dan jubah

4. Jika di hatinya Ali terukir nama Fatimah, maka dihatiku terukir namamu ukhti

5. Ukhti, adakah engkau tulang rusukku yang bengkok itu?

6. Assalamualaikum... anti sudah makan?

7. Anti sudah solat malam belum?

8. Ukhti, boleh minta no hp? nanti ana bagi sms kata-kata hikmah

9. Subhanallah... ana kagum dengan keperibadian anti. Anti seperti Fatimah dan Sumayyah

10. Alangkah beruntungnya ikhwan yang berjaya mendapatkan anti kelak... Masya Allah...

11. Ukhti, couple tu haram."Dan Janganlah kamu mendekati Zina". Oleh itu, sudikah anti berta'aruf dengan ana secara islami?

12. Ukhti, nanti program Islam di sana datang tau? Ana pun akan datang jugak.

13. Masya Allah, ilmu anti sangat luas, bolehkah bantu ana dengan selalu memberikan nasihat pada ana?

14. Nak tak ukhti jadi admin group ana? nanti anti boleh menemani ana menghandle group ini.

15. Ukhti, kalau ada apa-apa masalah agama yang anti tidak tahu, tanya kat ana tau? Insya Allah ana akan cuba bantu.

16. Ukhti, ana baru belajar, ilmu ana sedikit, ana mohon ukhti membimbing dan nasihat ana selalu.

17. Ukhti, halalkan ana... jangan sampai ana putus asa disebabkan ukhti menolak ana...

18. Anti sudah ana anggap sebagai adik ana sendiri, jadi jangan ragu-ragu jika memerlukan sesuatu dari ana...

19. Ukhti sudah hafal berapa juz? Boleh ana mendengar bacaan ukhti?

20. Afwan ukhti...ana segan jika bertemu secara langsung. Boleh kita tukar gambar je? Tapi ukhti bagi le dulu. Wah... Anti cantik sangat... Nama pun sedap...

21. Anti, ana tak boleh lupakan anti...

22. Ana sayang anti sangat-sangat

23. Anti, ana call boleh?

24. Suara anti sedap. Ana suka dengar.

25. Anti, ana rindu nak dengar suara anti. Boleh ana call lagi?

26. Hanya ada anti saja dalam hati ana. Ana nak jadikan anti zaujah ana.

27. Anti buat apa tu? Tak tido lagi ke? Jom borak!

29. Jom keluar. Kita bincang2 isu agama dan semasa.

* p/s: kepada semua wanita, silalah ambik perhatian mengenai rayuan-rayuan berbahaya para ikhwan ini... semoga ianya bermanfaat buat anda dan terhindar dari sesuatu yang tidak diingini...

Rabu, 2 November 2011

CIA: Kerajaan Haram Israel Akan Lenyap Dalam Tempoh 20 Tahun

Sebuah kajian yang telah dilakukan oleh badan risikan Amerika (CIA) menyatakan, CIA meragui kemampuan kerajaan haram Israel untuk bertahan dalam tempoh masa 20 tahun akan datang. Pengacara antarabangsa, Franklin Lamb mengatakan bahawa laporan CIA tersebut telah menjangkakan sesuatu yang tidak dapat dihindari lagi tentang "penyelesaian satu negara" yang asal sebelum berpecah menjadi "dua negara" iaitu 1 usaha yang dilakukan oleh kerajaan AS laknatullah dan Barat untuk melihat warga Palestin dan Israel tinggal bersama dalam 1 tempat.

Laporan tersebut juga turut meramalkan akan kembalinya para pelarian Palestin ke kawasan-kawasan asal penempatan mereka serta dijangka akan berlakunya perpindahan penduduk Israel sebanyak 2 juta orang ke negara AS dalam tempoh 15 tahun akan datang.

"Di sana (AS) terdapat lebih daripada 500,000 orang warga Israel yang memegang pasport AS dan lebih daripada 300,000 orang warga Israel tinggal di kawasan bandar seperti California". kata Franklin Lamb dalam suatu temuramah. Katanya lagi mereka (warga Israel) yang tidak memegang pasport AS akan mendapat layanan yang sama oleh pihak Barat. Laporan CIA itu juga turut menyentuh mengenai tidak terduganya kejatuhan pemerintahan apartheid (perkauman) di Afrika Selatan dan kehancuran Kesatuan Soviet Union pada awal tahun 1990. Ramalan tersebut sekaligus akan mengakhiri mimpi terbinanya "Tanah Israel"

Kajian CIA itu juga turut menjangkakan akan kembalinya lebih dari 1/2 juta warga Israel ke negara Rusia dan ke beberapa buah negara Eropah yang lain dan ini merupakan 1 kemunduran yang paling dahsyat bagi kerajaan haram Israel. Ia dapat dilihat dari jumlah kelahiran dan populasi warga Palestin yang semakin meningkat berbanding jumlah kelahiran dan populasi warga Israel. Beberapa anggota Jawatankuasa Senat Risikan AS telah diberi informasi berkenaan laporan ini oleh pihak CIA namun masih belum ada sebarang maklumbalas. Kerajaan haram Israel sendiri belum memberi apa-apa reaksi tentang kajian ini.

Selasa, 1 November 2011

Unsur-Unsur Freemason Di Dalam Cerita Naruto

Kenalkah anda pada seseorang yang bernama Kishimoto Masashi??? Mungkin ramai yang tidak mengenalinya. Beliau adalah pelukis komik yang berjudul "NARUTO" yang mana siri komiknya itu telah diadaptasikan sebagai anime dan ditayang di stesen TV di seluruh dunia.

Di dalam komik "NARUTO", terdapat banyak unsur-unsur freemason, budaya masyarakat di sesuatu tempat dan pengaruh agama lain yang diselitkan oleh pelukisnya. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai beberapa pengaruh freemason yang terdapat di dalam komik yang berjudul "NARUTO". Pengaruh-pengaruh freemason itu ialah:


(ahli akatsuki)
1) ORGANISASI AKATSUKI:-

1 organisasi jahat yang terdapat di dalam komik "NARUTO". Dianggotai oleh 9 orang ninja yang mengkhianati kampung dan negara sendiri demi kepentingan peribadi. Ahli organisasi bergerak secara berdua dan bergerak dalam keadaan sulit.


(tobi)

2) TOBI:-

Tobi adalah seorang individu yang bertanggungjawab menubuhkan organisasi akatsuki di dalam komik "NARUTO". Tobi dikatakan adalah salah seorang pengasas 1 puak di dalam komik "NARUTO" iaitu puak "UCHIHA" dan buta sebelah matanya (mata kiri) dan dikatakan dialah dalang di sebalik semua kejadian yang berlaku di dalam komik "NARUTO". Watak Tobi amat mirip dengan "DAJJAL AL-MASIH"...

Unsur-unsur freemason dapat dilihat dengan jelas ketika Tobi menerangkan projek "MOON EYE PLAN" pada mesyuarat tergempar 5 ninja bayang. Berikut ialah dialog-dialog Tobi ketika menerangkan projek "MOON EYE PLAN":

"to have everything become one with me"

maksudnya: "untuk menjadikan semuanya satu denganku"

"I mean to achieve a complete form, in which all is united"

maksudnya: "maksudku untuk mendapatkan 1 bentuk yang sempurna, dimana semuanya menjadi 1 (bersatu)"

"I will cast my illusion upon all humans living upon the earth's surface"

maksudnya: "aku akan menggunakan semua ilusiku pada semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini"

"controlling all of humanity within that illusion, I will become one with the world"

maksudnya: mengawal semua hidupan dengan menggunakan ilusi itu, aku dan dunia akan menjadi 1"

"it will be a world without hatred or conflict. everything will be one with me. everything united"

maksudnya: " ia akan menjadikan dunia ini tiada kebencian dan konflik. semuanya akan bersatu denganku. semuanya bersatu"

Mesej yang ingin disampaikan oleh watak "Tobi" di dalam komik "NARUTO" sama dengan matlamat freemason. Matlamat freemason yang sebenar ialah menguasai seluruh dunia dan mencipta dunia yang baru yang dipanggil sebagai keamanan. Matlamat itu dikenali sebagai "New World Order". Di dalam cerita "NARURO", matlamat utama organisasi akatsuki ialah menguasai seluruh dunia dan mencipta dunia baru yang dipanggil keamanan. Matlamat organisasi akatsuki itu disebut sebagai "One World United"

(haiwan berekor 10)

3) HAIWAN BEREKOR 10:-

Haiwan berekor 10 yang amat diinginkan oleh watak "Tobi" di dalam komik "NARUTO". Haiwan berkenaan digambarkan mempunyai 1 mata. Cuba perhatikan mata haiwan berekor 10 dan sambungkan titik yang terdapat pada matanya...

(mata haiwan berekor 10)

setelah titik di mata haiwan berekor 10 disambung, kelihatan 1 simbol terbentuk

(mata haiwan berekor 10 selepas disambung titik)

Cuba anda fikirkan, adakah simbol-simbol ini dilukis secara kebetulan ataupon ada mesej tertentu yang pengarang komik "NARUTO" ingin sampaikan pada kita semua...

(pain)

4) PAIN:-

Pain atau nama sebenarnya ialah NAGATO. Dia adalah ketua organisasi akatsuki. Pain dikatakan mempunyai "MATA DEWA" (rinnegan). Matanya dikatakan mampu melakukan apa sahaja mengikut apa yang dikehendakinya.

"MATA DEWA" pain

Perhatikan pula simbol freemason di bawah ini.

(simbol freemason)

Samakan gambar "MATA DEWA" (rinnegan) dengan simbol freemason...

(uchiha sasuke)

5) UCHIHA SASUKE:-

kawan Uzumaki Naruto dan anak murid Orochimaru... Berjaya membangkitkan mata "Mangekyou Sharingan". Perhatikan mata "Mangekyou Sharingan" Uchiha Sasuke...

(mata mangekyou sharingan milik Uchiha Sasuke)

Dan perhatikan pula gambar lambang bendera yahudi laknatullah di bawah ini.

(lambang bendera yahudi laknatullah)

Serta perhatikan logo "SATANISM"

(logo satanism)

Samakan ketiga-tiga gambar ini...
Cuba anda fikirkan, mengapa semua unsur-unsur freemason ini terdapat di dalam komik "NARUTO"... Adakah ianya cuma kebetulan sahaja???

Mungkin Kishimoto Masashi ingin kita mengetahui sesuatu mengenai lambang-lambang itu. Dan mesej yang ingin disampaikannya ialah kesemua lambang-lambang freemason itu berkait rapat dengan apa yang berlaku dalam dunia REALITI kita sekarang ini. Sesiapa yang mengikuti komik "NARUTO" dari mula ia disirikan sehingga episod terbaru pasti menyedari bahawa watak "Tobi" lebih menyerupai "DAJJAL AL-MASIH". Saya amat mengagumi kecerdikan Kishimoto Masashi menyelitkan unsur-unsur freemason di dalam komik "NARUTO". Kishimoto Masashi juga menyelitkan di dalam komik "NARURO" 1 mesej iaitu "KEBENARAN SELALU MENANG APABILA BERLAWAN DENGAN KEJAHATAN"... Ianya sama seperti kisah DAJJAL AL-MASIH akan dikalahkan oleh Nabi Isa a.s. yang dibantu oleh Imam Mahdi kan...