Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 2 November 2011

CIA: Kerajaan Haram Israel Akan Lenyap Dalam Tempoh 20 Tahun

Sebuah kajian yang telah dilakukan oleh badan risikan Amerika (CIA) menyatakan, CIA meragui kemampuan kerajaan haram Israel untuk bertahan dalam tempoh masa 20 tahun akan datang. Pengacara antarabangsa, Franklin Lamb mengatakan bahawa laporan CIA tersebut telah menjangkakan sesuatu yang tidak dapat dihindari lagi tentang "penyelesaian satu negara" yang asal sebelum berpecah menjadi "dua negara" iaitu 1 usaha yang dilakukan oleh kerajaan AS laknatullah dan Barat untuk melihat warga Palestin dan Israel tinggal bersama dalam 1 tempat.

Laporan tersebut juga turut meramalkan akan kembalinya para pelarian Palestin ke kawasan-kawasan asal penempatan mereka serta dijangka akan berlakunya perpindahan penduduk Israel sebanyak 2 juta orang ke negara AS dalam tempoh 15 tahun akan datang.

"Di sana (AS) terdapat lebih daripada 500,000 orang warga Israel yang memegang pasport AS dan lebih daripada 300,000 orang warga Israel tinggal di kawasan bandar seperti California". kata Franklin Lamb dalam suatu temuramah. Katanya lagi mereka (warga Israel) yang tidak memegang pasport AS akan mendapat layanan yang sama oleh pihak Barat. Laporan CIA itu juga turut menyentuh mengenai tidak terduganya kejatuhan pemerintahan apartheid (perkauman) di Afrika Selatan dan kehancuran Kesatuan Soviet Union pada awal tahun 1990. Ramalan tersebut sekaligus akan mengakhiri mimpi terbinanya "Tanah Israel"

Kajian CIA itu juga turut menjangkakan akan kembalinya lebih dari 1/2 juta warga Israel ke negara Rusia dan ke beberapa buah negara Eropah yang lain dan ini merupakan 1 kemunduran yang paling dahsyat bagi kerajaan haram Israel. Ia dapat dilihat dari jumlah kelahiran dan populasi warga Palestin yang semakin meningkat berbanding jumlah kelahiran dan populasi warga Israel. Beberapa anggota Jawatankuasa Senat Risikan AS telah diberi informasi berkenaan laporan ini oleh pihak CIA namun masih belum ada sebarang maklumbalas. Kerajaan haram Israel sendiri belum memberi apa-apa reaksi tentang kajian ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan