Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 31 Disember 2011

Salam Tahun Baru 2012


assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... disini saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... disamping kita menyambut perayaan tahun baru 2012, saya ingin mengajak anda semua bermuhasabah diri kita... dengan menjelmanya fajar 2012, maka usia kita makin bertambah tua dan selangkah lagi kita melangkah ke alam kubur... sehubungan dengan itu, bersempena dengan tahun baru yang bakal menjelma tidak lama lagi... saya ingin mengajak anda mengingati 5 perkara sebelum 5 perkara...

◕ sihat sebelum sakit

◕ muda sebelum tua

◕ kaya sebelum miskin

◕ lapang sebelum sempit

◕ HIDUP SEBELUM MATI

Ahad, 25 Disember 2011

PM Iraq Mengarahkan Tentera Membunuh Warganegaranya Yang Berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah

(PM IRAQ YANG BERFAHAMAN SYIAH) 

25/12/2011, BAGHDAD:- Naib Presiden Iraq, Tareq al-Hashemi memberitahu kepada pihak media bahawa PM Iraq yang berfahaman syiah, Nuri al-Maliki (gambar) telah melancarkan suatu kempen ketenteraan bagi membunuh semua penduduk yang berwarganegara Iraq yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tindakan itu akan mendedahkan negara Iraq kepada kancah peperangan yang berasaskan mazhab dan fahaman.

Tareq al-Hashemi juga memberitahu pihak media mengenai cubaan PM Iraq, Nuri al-Maliki menghapuskan semua pesaing politiknya dan membolot kuasa pemerintahan. Berikutan dengan pendedahan Naib Presiden Iraq itu, kerajaan Iraq pada hari Isnin yang lalu (19/12/2011) telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya bagi tujuan siasatan lanjut mengenai dakwaannya itu. Tareq al-Hashemi yang mengetahui mengenai pengeluaran waran tangkap keatasnya telah memberitahu kepada pihak media bahawa beliau enggan kembali ke negaranya kerana percaya bahawa beliau tidak akan mendapat perbicaraan yang adil dan sewajarnya dari kerajaan Iraq yang diterajui oleh Nuri al-Maliki.

Sabtu, 24 Disember 2011

Jika Benar Dirimu Mencintaiku...


ASK MY WALI FIRST BEFORE YOU ASKING ME

 ••► Jika benar dirimu mencintaiku kerana Allah...
maka janganlah kau sentuh hatiku sebelum tiba waktunya...
dan jangan sesekali kau ungkapkan kata cinta padaku...
kerana aku takut aku akan hanyut dalam lautan rinduku padamu...

••► Tetapi, jika cintamu tulus untukku...
maka datangilah kedua orang tuaku...
pintalah izin dari keduanya...
dan pinanglah daku dengan lafaz bismillah...

••► Andai aku yang tertulis di Lauh Mahfuz sebagai bakal makmummu...
insyaallah, Allah pasti akan satukan cinta kita di dalam redha-Nya...
semoga cinta kita akan bersemi selamanya...
bercinta sampai ke syurga...
amin ya Rabb...

Sabtu, 17 Disember 2011

Surat Rasulullah s.a.w. Kepada Paderi St. Catherine’s Monastery

(surat Rasulullah s.a.w. yang asli kepada paderi gereja St. Catherine Monastery)

Pada tahun 628, Rasulullah s.a.w. telah mengirim sepucuk surat kepada paderi gereja St. Catherine Monastery di semenanjung Sinai, Mesir. Surat itu mengandungi aspek-aspek hak asasi manusia seperti perlindungan bagi umat Kristian, kebebasan beribadah dan bergerak, menjaga harta mereka dan hak untuk dilindungi di dalam medan perang.

(gereja St. Catherine's Monostery di Semenanjung Sinai, Mesir)

terjemahan surat Rasulullah s.a.w. di dalam bahasa Inggeris:-

“This is a message from Muhammad Ibnu Abdullah, as a covenant to those who adopt Christianity, near or far, we are with them.

Verily I, the servant, the helpers, and my followers defend them. Because Christians are my citizen. And by Allah! I hold out against anythings that displeases them.

No compulsion is to be on them. Neither are their judges to be removed from their jobs or their monks from their monasteries. No one is to destroy a house of their religion, to damage it or to carry anything from it to the Muslim’s houses.

Should anyone take any part of these, he would spoil God’s covenant and disobey His Prophet. Verily, they are my allies and have my secure charter against all that they hate.

No one is to force them to travel or to oblige them to fight. The Muslim’s are to fight for them. If a female Christian is married to a Muslim, it is not to take place without her approval. She is not to be prevented visiting her Church to pray. Their churches are to be respected. They are neither to be prevented from repairing them or the sacredness of their covenants.

No one of the nation (Muslim) is to disobey the covenant until the last day (end of the world).”

Surat Rasulullah s.a.w. Kepada Paderi Kristian St. Catherine' Monastery (salinan)

terjemahan surat Rasulullah s.a.w. di dalam bahasa melayu:- 

“Ini adalah surat dari Muhammad ibnu Abdullah, sebagai satu perjanjian dengan orang yang mengamalkan agama Kristian, samada dekat atau pun jauh, kami (orang Islam) bersama mereka.

Sesungguhnya saya, hamba-hamba, para pembantu dan pengikut saya akan mempertahankan mereka (orang kristian) kerana orang-orang kristian juga adalah warganegara saya (madinah). Demi Allah! Saya melindungi mereka dari apa-apa perkara yang mengganggu mereka.

Tiada sebarang paksaan ke atas mereka. Hakim-hakim mereka (orang kristian) tidak akan dipecat dari pekerjaan mereka dan para rahib mereka tidak akan dibuang kerja. Tidak akan ada sesiapa pun (orang Islam) yang akan merosakkan tempat ibadat mereka atau membawa masuk apa-apa barangan dari tempat ibadat mereka ke dalam tempat ibadat orang Islam.

Sesiapa (orang Islam) yang mengingkari perintah ini meskipun satu, dia telah merosakkan perjanjian Allah dan menderhakai Rasul-Nya. Sesungguhnya mereka (orang kristian) adalah sekutu saya dan saya mempunyai piagam yang selamat terhadap apa yang mereka benci.

Tiada seorang pun (orang Islam) akan memaksa mereka (orang kristian) melakukan perjalanan dan berperang. Orang Islam akan berjuang (melindungi) disisi mereka (orang kristian). Jika seorang wanita kristian berkahwin dengan orang Islam dan perkahwinan itu dilakukan tanpa kerelaannya, dia (wanita kristian itu) tidak akan dihalang dari melawat gereja bagi urusan ibadat. Gereja-gereja akan dilindungi dan mereka tidak dihalang dari beribadat di dalamnya.

Tiada satu pun negara Islam akan melanggar perjanjian ini sehingga hari akhir (hari kiamat).”

-----------------------------------------------------------------------------------------------

 Pada tahun 1517, surat Rasulullah s.a.w. yang asli telah diambil oleh Sultan Selim I (khalifah dinasti Uthmaniah Turki) dan kini berada di Muzium Topkapi di Istanbul. Akan tetapi Sultan Selim I telah memberikan satu salinan surat Rasulullah s.a.w. kepada para biarawan dan mereka telah mengkaji isi kandungan surat Rasulullah s.a.w. itu.

Amat jelas sekali bahawa Perjanjian Rasulullah s.a.w. samada asli atau pun salinan, ianya jelas memberikan hak dan perlindungan kepada orang Kristian dan menunjukkan Islam adalah agama yang cintakan kedamaian dan bukannya agama paksaan.

Selasa, 13 Disember 2011

7 Jet Pejuang Moden Auto Pilot

• JET PEJUANG MQ-9 REAPER •


• JET PEJUANG RQ-170 SENTINAL •


• JET PEJUANG RQ-4 NORTHROP GRUMMAN GLOBAL HAWK •


• JET PEJUANG RQ-7 SHADOW •


• JET PEJUANG PUMA-AE •


• JET PEJUANG WASP-AV •


• JET PEJUANG FIRE-X NORTHROP GRUMMAN •

• KEBANYAKAN JET PEJUANG INI DICIPTA DI AS DAN DIGUNAKAN OLEH KERAJAAN AS LAKNATULLAH DAN KERAJAAN HARAM ISRAEL... KESEMUA JET PEJUANG INI IALAH AUTO PILOT...

Jumaat, 9 Disember 2011

Teknologi Ketenteraan Negara Singapore


• KETENTERAAN NEGARA SINGAPURA TERKINI DIANGGARKAN BERNILAI SEBANYAK 23 B USD (RM71.3 B)

• MEMPUNYAI KAPAL PERANG, HELIKOPTER EUROCOPTER SUPER PUMA, JET PEJUANG AUTOPILOT, PESAWAT PERONDA, KAPAL SELAM, JET PENGINTIP, KAPAL PENGISI MINYAK (BOEING KC-135) DAN ALATAN KETENTERAAN YANG TERBARU MERANGKUMI DARAT, UDARA DAN AIR

• MEMPUNYAI HUBUNGAN RAPAT DENGAN NEGARA CHINA

• PENGELUAR SENJATA API JENIS RIFLE (senjata ini dieksport ke Kerajaan Haram Israel)

Selasa, 6 Disember 2011

Kerajaan Turki Memberi Bantuan 300 Juta $ Kepada Pergerakan HAMAS

Rabu, 07/12/2011 - PM Turki, Receb Tayyip Erdogan (gambar) telah menghantar satu surat kepada Ismail Haniyeh, PM Kerajaan Hamas di Semenanjung Gaza dan menjemputnya melawat negara Turki dan memaklumkan bahawa kerajaan Turki akan menawarkan bantuan 300 $ juta kepada kerajaan HAMAS. Bantuan itu diberikan bagi menampung masalah kewangan yang serius yang sedang dihadapi oleh kerajaan HAMAS. PM Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi maklum balas yang positif terhadap kenyataan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Marshal yang telah menghubunginya dan memintanya agar meningkatkan hubungan antara kerajaan HAMAS dan kerajaan Turki.

Isnin, 5 Disember 2011

Universiti Di Semenanjung Gaza

- University of Palestine

- Al-Aqsa University

- University College of Applied Sciences

- Al-Azhar University (cawangan Gaza)

- Al-Quds Open University

- Islamic University of Gaza

- Universal Studies Academy

- Palestine Technical College

- Gaza University

semoga Allah memberiku kesempatan untuk sambung belajar di bumi al-aqsa dan Palestin... insyaallah...

Sabtu, 3 Disember 2011

Penghinaan Tentera AS Terhadap Bangsa Arab. Robot Berwajahkan Arab Dijadikan Sasaran Latihan Menembak

(Robot Yang Berwajah Arab Dan Wanita Yang Memakai Purdah (objek biru))

AS, 4 DISEMBER 2011 :- Tentera AS telah mereka 1 bentuk latihan menembak dengan menggunakan peluru hidup dan sasaran tembakan itu ialah robot yang berwajahkan orang Arab. Latihan dan robot yang berwajahkan orang arab itu direka oleh sebuah firma yang dikenali sebagai "Firma Marathon Targets" yang beribu pejabat di negara Australia. Robot berkenaan telah pun diuji oleh pasukan tentera AS. Kerajaan AS telah membeli robot itu dengan harga 57 Juta USD seunit.