Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 25 Disember 2011

PM Iraq Mengarahkan Tentera Membunuh Warganegaranya Yang Berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah

(PM IRAQ YANG BERFAHAMAN SYIAH) 

25/12/2011, BAGHDAD:- Naib Presiden Iraq, Tareq al-Hashemi memberitahu kepada pihak media bahawa PM Iraq yang berfahaman syiah, Nuri al-Maliki (gambar) telah melancarkan suatu kempen ketenteraan bagi membunuh semua penduduk yang berwarganegara Iraq yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tindakan itu akan mendedahkan negara Iraq kepada kancah peperangan yang berasaskan mazhab dan fahaman.

Tareq al-Hashemi juga memberitahu pihak media mengenai cubaan PM Iraq, Nuri al-Maliki menghapuskan semua pesaing politiknya dan membolot kuasa pemerintahan. Berikutan dengan pendedahan Naib Presiden Iraq itu, kerajaan Iraq pada hari Isnin yang lalu (19/12/2011) telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya bagi tujuan siasatan lanjut mengenai dakwaannya itu. Tareq al-Hashemi yang mengetahui mengenai pengeluaran waran tangkap keatasnya telah memberitahu kepada pihak media bahawa beliau enggan kembali ke negaranya kerana percaya bahawa beliau tidak akan mendapat perbicaraan yang adil dan sewajarnya dari kerajaan Iraq yang diterajui oleh Nuri al-Maliki.

1 ulasan:

  1. itu cuma kata2 Tareq al-Hashemi sahaja.

    kalau Tareq cakap bohong macamana?

    memang benar Saddam Hussein dulu banyak bunuh orang Syiah. Tapi tak semestinya PM baru Iraq pun gila macam dia.

    BalasPadam