Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 29 Disember 2012

Jadual Puasa Sunat Tahun 2013


p/s sahabat-sahabatku, jom kita puasa sunat... boleh tambah pahala...
(sila klik pada gambar untuk melihat dengan jelas)

Jumaat, 28 Disember 2012

Presiden Mesir Bakal Merombak Kabinet

28/12/2012, Kaherah:- Presiden Mesir, Dr Mohamed Mursi menyatakan bahawa beliau akan melakukan rombakan kabinet selepas perlembagaan baru negara Mesir dikuatkuasakan. Beliau kini sedang berunding dan berbincang dengan PM Mesir, Hisham Qandil untuk memilih beberapa nama calon yang benar-benar layak menganggotai kabinet baru Mesir. Sekurang-kurangnya 8 kementerian yang akan dirombak.

“Saya hanya mengambil keputusan kerana Allah dan demi kepentingan negara Mesir. Saya akan melakukan segala usaha untuk memulihkan semula ekonomi negara Mesir yang kini sedang berdepan dengan pelbagai cabaran yang hebat. Saya akan melakukan segala perubahan yang diperlukan bagi tugas ini,” katanya.

Dalam ucapan pertamanya menerusi televisyen sejak pungutan suara bagi draf perlembagaan Mesir yang berasaskan syariat Islam diadakan pada 15 dan 22 Disember 2012, Dr Mursi menyatakan bahawa beliau bersedia berbincang dengan pihak yang menentang perlembagaan baru yang berasaskan syariat Islam (pihak pembangkang).

Dr Mursi juga menolak dakwaan berlakunya penipuan di dalam proses pungutan suara bagi draf perlembagaan Mesir yang baru dan menegaskan beliau akan memenuhi segala hasrat rakyat bagi mencapai segala kemajuan, kejayaan dan keadilan sosial di negara berkenaan.

Rabu, 26 Disember 2012

Rakyat Mesir Meluluskan Draf Perlembagaan Mesir Yang Baru

26/12/2012, KAHERAH:- Draf perlembagaan Mesir yang baru telah diluluskan dengan sokongan 63.8% undi selepas 2 peringkat pungutan suara diadakan yang berakhir minggu lalu, kata pengerusi SPR Mesir. Pengerusi suruhanjaya itu, Samir Abul Maati berkata, jumlah yang keluar mengundi draf perlembagaan Mesir yang baru ialah seramai 32.9% daripada 52 juta pengundi Mesir.

Jumaat, 21 Disember 2012

Pusingan Pertama Pungutan Suara Rakyat Mesir Terhadap Draf Perlembagaan Baru Mesir Beri Kemenangan Awal Kepada Dr Morsi

Mesir, 21/12/2012:- Majoriti mudah rakyat Mesir telah meluluskan draf perlembagaan Negara Mesir yang baru di dalam pungutan suara pusingan pertama yang diadakan pada 16 Disember 2012 (Ahad). Undian draf perlembagaan Mesir yang baru telah dijalankan di 10 wilayah termasuk wilayah Kaherah.

Proses pungutan suara rakyat Mesir terhadap draf perlembagaan Mesir yang baru yang dirangka oleh pergerakan Ikhwanul Muslimin telah mendapat bantahan besar-besaran oleh pihak pembangkang Mesir yang terdiri daripada penyokong sekular dan penyokong diktator Hosni Mubarak selama berminggu-minggu.

Proses pungutan suara rakyat Mesir terhadap draf perlembagaan Mesir baru pusingan ke-2 akan diadakan esok (Sabtu, 22/12/2012). Keputusan pungutan suara buat kali ke-2 akan diketahui keputusannya kemudian. Sekiranya keputusan positif dan menyebelahi Dr Morsi maka dengan izin Allah rakyat Mesir akan mempunyai perlembagaan baru yang berteraskan Islam dan perlembagaannya dirangka oleh ulama’.

Khamis, 20 Disember 2012

Senarai Nama Negara Anggota Keselamatan PBB Yang Mengecam Penempatan Haram Israel Di Tebing Barat Dan Baitulmaqdis


NEGARA ANGGOTA MAJLIS KESELAMATAN PBB YANG MENGECAM PENEMPATAN HARAM ISRAEL DI BAITULMAQDIS DAN TEBING BARAT


BIL.


NAMA NEGARA


1.


NEGARA BRITAIN


2.


NEGARA PERANCIS


3.


NEGARA PORTUGAL


4.


NEGARA JERMAN

Sabtu, 8 Disember 2012

Majalah Perancis Yang Menghina Islam Disaman

PARIS, 08 Disember 2012:- 2 pertubuhan NGO Islam Perancis semalam (Jumaat 07/12/2012) telah memfailkan saman terhadap sebuah syarikat majalah mingguan di negara Perancis yang dituduh menyebarkan kebencian dan memfitnah kerana menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W..

"Majalah Charlie Hebdo" sebelum ini telah didapati menyiarkan kartun kontroversi berkenaan yang telah menyebabkan bantahan diadakan di beberapa buah negara yang mengutuk tindakan syarikat itu menghina umat Islam.

Kesatuan Demokratik Algeria untuk Keamanan dan Kemajuan (RDAP) dan Pertubuhan Arab Bersatu (OAU) yang ditubuhkan untuk mempertahankan agama dan umat Islam telah mengemukakan saman berjumlah 580,000 euro (RM2.3 juta) terhadap pengarah dan dua kartunis syarikat berkenaan.

Jumaat, 30 November 2012

Senarai Nama Negara Yang Menentang Penaiktarafan Status Negara Palestin Sebagai "Negara Pemerhati Bukan Ahli PBB"



NEGARA YANG MENENTANG PENAIKTARAFAN STATUS NEGARA PALESTIN SEBAGAI “NEGARA PEMERHATI BUKAN AHLI PBB”



BIL.


NAMA NEGARA YANG MENENTANG


1.


AMERIKA SYARIKAT (AS)


2.


NEGARA HARAM ISRAEL


3.


KANADA


4.


REPUBLIK CZECH


5.


MARSHALL ISLANDS


6.


MICRONESIA


7.


NAURU


8.


PALAU


9.


PANAMA

Khamis, 29 November 2012

Negara Palestin Diiktiraf Sebagai Negara Pemerhati Bukan Anggota PBB

NEW YORK, 30 November 2012:- Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam (Khamis, 29/11/2012) telah mengiktiraf negara Palestin sebagai "Negara Pemerhati Bukan Anggota" di dalam badan dunia itu. Hanya 9 daripada 193 negara anggota PBB mengundi untuk menentang penaiktarafan status itu, termasuklah AS, negara HARAM Israel dan Kanada, manakala negara Australia dan Jerman termasuk di dalam 41 buah negara yang mengambil pendirian berkecuali.

Selasa, 27 November 2012

Muallaf Islam Gagal Mendapatkan Hak Penjagaan Anak


PUTRAJAYA 27 Nov. - Seorang muallaf Islam berbangsa India telah gagal dalam usahanya mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak yang memerintahkan hak penjagaan ketiga-tiga anaknya diserahkan kepada bekas isteri yang bukan beragama Islam.

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini (Selasa, 27/11/2012) juga menolak permohonan Muhammad Ridzuan Abdullah, 43 atau nama asalnya K. Patmanathan (dalam gambar diatas) untuk mendapat kebenaran merayu. Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang bersidang bersama Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha turut memerintahkan muallaf itu membayar kos guaman sebanyak RM10,000 kepada bekas isterinya yang bukan Islam.

Sementara itu, permohonan semakan kehakiman bekas isterinya, M. Indira Gandhi, 37, untuk membatalkan pengislaman anak-anak mereka ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Tinggi Ipoh, esok (Rabu, 28/11/2012).

Muhammad Ridzuan diwakili oleh peguam-peguam Anas Fauzi, Mohamed Ibrahim Mohamad dan Nik Mohamad Anuar Badiruddeen. Indira Gandhi pula diwakili oleh peguam K. Shanmuga dan Fahri Azzat

* artikel berkenaan ini telah saya siarkan sebelum ini di:


p/s: bila dengar berita ni saya rasa sedih sangat-sangat… hakim-hakim memang tak berhati perut… bangsa Melayu… mengaku beragama ISLAM… tapi bila saudara seIslam sendiri datang minta pertolongan dalam perundangan dia tak tolong…

kepada hakim Melayu yang terlibat dalam kes ini… anda bertanggungjawab di atas akidah anak-anak saudara kita ini… anda boleh bagi hak penjagaan anak pada saudara kita sebenarnya tapi anda tidak bagi… seandainya anak-anak dia masuk kembali ke agama asal mereka/MURTAD… anda bertanggungjawab sepenuhnya… jawablah di hadapan Allah di akhirat kelak…

kepada Jabatan Agama Islam, saudara kita ini bukan orang senang… beliau orang susah… datang memohon bantuan kewangan di atas nama MUALLAF bagi kes ini… beliau adalah sebahagian daripada 8 asnaf yang berhak terima zakat… tapi anda tidak bagi… anda juga bertanggungjawab sekiranya anak-anaknya kembali ke agama asal/MURTAD… jawablah di hadapan Allah di akhirat kelak kenapa tidak tunaikan hak seorang muslim…