Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 23 Januari 2012

Software Jadual Waktu Solat 2012 Untuk Handphone


software waktu solat 2012 untuk handphone

Cara-Cara Install Software "JADUAL WAKTU SOLAT 2012" ialah:-

1) download software "JADUAL WAKTU SOLAT 2012" dekat laman web dibawah.

2) on bluetooth computer anda dan send software "JADUAL WAKTU SOLAT 2012" yang didownload ke hanphone anda.

3) install (cari software "JADUAL WAKTU SOLAT 2012" di handphone anda dan tekan dan install)

4) pilih negeri dan kawasan

laman web: software waktu solat untuk handphone

* software ini khas untuk handphone yang ada "JAVA" sahaja

"Sembahyanglah Anda Sebelum Anda Disembahyangkan"

Isnin, 16 Januari 2012

Kerajaan Bulgaria Menjalinkan Kerjasama Ketenteraan Dan Pembuatan Senjata Api Dengan Kerajaan Haram Israel

17 Januari 2012 - Menteri Pertahanan Bulgaria, Ongilov telah membuat lawatan rasminya ke negara haram Israel pada hari selasa (17/01/2012). Tujuan lawatan itu ialah bagi menandatangani perjanjian dua hala kerjasama ketenteraan diantara kerajaan Bulgaria dan kerajaan haram Israel. Kementerian Pertahanan Bulgaria menyatakan lawatan berkenaan akan mengambil masa selama 2 hari. Selain perjanjian kerjasama di dalam bahagian ketenteraan, kerajaan Bulgaria juga akan menjalinkan kerjasama dengan kerajaan haram Israel di dalam industri membuat senjata api.

Sabtu, 14 Januari 2012

KISDAR Enggan Memberi Baucer RM200 Kepada Mahasiswanya


assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... merujuk kepada tajuk artikel diatas... disini ingin saya nyatakan seluruh mahasiswa Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) yang belajar di kampus di Kuala Kangsar, Perak telah dinafikan hak menerima "Baucer Buku 1 Malaysia" oleh pihak Kolej yang diketuai oleh Prof Dr Jamil bin Hashim yang mana baucer buku tersebut sepatutnya semua pelajar IPTA, IPTS, Politeknik dan Form 6 menerimanya pada tahun 2012... Sehingga kini, seluruh Kolej dan Universiti di seluruh Malaysia sudah memberikan baucer berkenaan kepada mahasiswanya kecuali Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR)... sehubungan dengan itu, saya meminta agar semua mahasiswa KISDAR agar bangkit dan mendesak pihak Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) memberi baucer itu kepada semua mahasiswa KISDAR... Dato' Seri Najib sudah luluskannya di dalam "BAJET 2012"... tiada sebab mahasiswa KISDAR tidak boleh mendapat baucer buku yang bernilai RM200... ini hak mahasiswa... jangan sesuka hati merampas hak orang lain...

Sabtu, 7 Januari 2012

Bekas Presiden Pakistan Mencadangkan Kerajaan Pakistan Mewujudkan Hubungan Diplomatik Dengan Kerajaan Haram Israel

ISLAMABAD, 08/01/2012:- "Saya mencadangkan kerajaan Pakistan mewujudkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Israel. Saya rasa ianya amat wajar dan mempunyai banyak manfaat untuk rakyat Pakistan", kata bekas Presiden, Pervez Musharraf (gambar) semalam (07/01/2012). Beliau masih menaruh harapan untuk kembali menceburkan diri dalam politik Pakistan. Kenyataannya mengenai cadangan kerajaan Pakistan mewujudkan hubungan diplomatik dengan kerajaan haram Israel dijangka akan membangkitkan kemarahan rakyat Islam Pakistan yang merupakan penduduk majoriti di negara itu. Pervez Musharaf yang meletak jawatan pada tahun 2008 telah merancang untuk kembali semula ke negara Pakistan pada bulan ini (Januari 2012) meskipon berdepan dengan kemungkinan akan ditahan dan ditangkap oleh kerajaan Pakistan diatas tuduhan rasuah. Antara motif beliau kembali ke Pakistan ialah keinginan untuk bertanding di dalam pilihan raya Umum Pakistan yang dijangka akan diadakan pada tahun 2013.

Isnin, 2 Januari 2012

Ikhwanul Muslimin Tidak Akan Mengiktiraf Kerajaan Haram Israel

03/01/2012, KAHERAH:- Pergerakan Ikhwanul Muslimin yang menang besar di dalam pilihan raya pertama negara Mesir mengumumkan bahawa pergerakan tersebut tidak akan mengiktiraf kerajaan haram Israel dan bercadang untuk membuat pungutan suara rakyat Mesir mengenai perjanjian damai kerajaan haram Israel-Mesir.

“Kami tidak akan mengiktiraf kerajaan haram Israel di dalam apa juga keadaan, kami tidak mahu berurusan dan berurus niaga dengan penjenayah perang dan entiti penjenayah,” kata timbalan ketua Ikhwanul Muslimin Dr Rashad Bayoumi kepada wartawan akhbar Al-Hayat. Penyokong Parti Keadilan dan Kebebasan Ikhwanul Muslimin Mesir telah menyertai satu perarakan besar-besaran menyambut pemimpin Hamas yang melawat Mesir, Ismail Haniyeh pada 26 Disember 2011 (Isnin).

Kenyataan pergerakan Ikhwanul Muslimin sedikit sebanyak telah menzahirkan penipuan laporan para diplomat Barat sebelumnya yang menyatakan bahawa pergerakan Ikhwan Muslimin tidak akan membahayakan hubungan Mesir dengan Israel. Dr Bayoumi Rashad juga menyatakan bahawa sebaik saja kerajaan baru Mesir dilantik, perjanjian damai kerajaan haram Israel-Mesir tidak akan diteruskan lagi dan penduduk Mesir akan diminta memutuskannya melalui pungutan suara.

Ahad, 1 Januari 2012

Kerajaan Turki: Kami Mempunyai Rancangan Untuk Membangunkan Kembali Semenanjung Gaza

2 Januari 2012 - Perdana Menteri Palestin HAMAS, Ismail Haniyeh telah berkesempatan bertemu dengan rakan sejawatannya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam di Istanbul.  Beliau juga turut menemui menteri luar Turki, Ahmet Davutoglu dan menteri kesihatan serta dua orang penasihat Recep Tayyip Erdogan dalam siri lawatan pertama Ismail Haniyah ke luar negara melawat negara-negara Islam.

Sumber negara Palestin menyatakan bahawa mesyuarat yang berlangsung selama 2 jam tersebut dilihat oleh pemerhati politik sebagai mencerminkan sokongan kuat kerajaan Turki kepada kerajaan pimpinan Ismail Haniyeh di semenanjung Gaza. Setelah selesai mesyuarat terbuka selama 2 jam itu, satu mesyuarat lain telah diadakan hanya diantara Ismail Haniyeh dan Recep Tayyip Erdogan sahaja.

Jurucakap kerajaan Turki, Taher Nunu Erdogan menegaskan bahawa kerajaan Turki mempunyai rancangan pembangunan untuk bandar semenanjung Gaza termasuklah penubuhan anggota infrastruktur pembangunan Gaza. Recep Tayyip Erdogan dengan tegas menyatakan pergerakan HAMAS bukan sebuah pergerakan pengganas bahkan ia adalah satu pergerakan demokratik dan beliau amat menghormati kehendak rakyat Palestin. Dalam pada itu kerajaan Turki turut meletakkan salah satu syarat untuk Israel berbaik semula dengan negara Palestin adalah dengan mengangkat kepungan ke atas semenanjung Gaza. Recep Tayyip Erdogan juga memberi jaminan kepada Ismail Haniyeh bahawa beliau tidak nampak sebarang penyelesaian kepada isu Palestin tanpa adanya penyertaan pergerakan HAMAS dalam semua proses perdamaian dan penyelesaian isu Palestin.

Presiden Yaman Berbohong Lagi... Enggan Berundur Dari Tampuk Pemerintahannya...

02/01/2012, SANAA:- Presiden Yaman, diktator Ali Abdullah Salleh yang sepatutnya melepaskan jawatannya mengubah lagi keputusannya untuk kekal tinggal di negara Yaman dan enggan melepaskan jawatannya sebagai presiden. Tindakan itu dilihat sebagai satu cubaan untuk menyelamatkan rejimnya sekaligus mencetuskan kembali pemberontakan dan protes jalanan di negara Yaman.

Anak lelaki Presiden Yaman, Ahmed Ali Salleh dan anak saudara presiden telah dilantik bagi mengetuai pasukan keselamatan elit Yaman. Pembabitan individu berkenaan juga dilihat sebagai salah satu usaha pihak kerajaan bagi menghalang kebangkitan rakyat Yaman terhadap pemerintahan diktator Ali Abdullah Salleh.

Ratusan ribu rakyat negara Yaman telah berarak ke jalan bandar Sanaa dan bandar-bandar lain. Ianya bertujuan menuntut supaya diktator Ali Abdullah Salleh dihadapkan ke muka pengadilan atas dakwaan pembunuhan beramai-ramai penunjuk perasaan yang tidak bersenjata sejak bulan Februari 2011 lagi.

Presiden Yaman, diktator Ali Abdullah Salleh telah menandatangani perjanjian peralihan kuasa awal pada November 2011. Diktator berkenaan juga sudah menyatakan akan menyerahkan kesemua kuasanya kepada naib presiden dan berikrar akan berundur secara rasmi selepas parlimen Yaman meluluskan imunitinya daripada didakwa tetapi bertindak sebaliknya kemudian dengan menyerapkan anak dan anak saudaranya ke pasukan keselamatan elit Yaman. Semua penunjuk perasaan akan berterusan berkampung di jalan raya Sanaa dan menolak kehendak diktator Ali Abdullah Saleh supaya diberikan kepadanya satu imuniti dan tidak didakwa di muka pengadilan.