Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 7 Januari 2012

Bekas Presiden Pakistan Mencadangkan Kerajaan Pakistan Mewujudkan Hubungan Diplomatik Dengan Kerajaan Haram Israel

ISLAMABAD, 08/01/2012:- "Saya mencadangkan kerajaan Pakistan mewujudkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Israel. Saya rasa ianya amat wajar dan mempunyai banyak manfaat untuk rakyat Pakistan", kata bekas Presiden, Pervez Musharraf (gambar) semalam (07/01/2012). Beliau masih menaruh harapan untuk kembali menceburkan diri dalam politik Pakistan. Kenyataannya mengenai cadangan kerajaan Pakistan mewujudkan hubungan diplomatik dengan kerajaan haram Israel dijangka akan membangkitkan kemarahan rakyat Islam Pakistan yang merupakan penduduk majoriti di negara itu. Pervez Musharaf yang meletak jawatan pada tahun 2008 telah merancang untuk kembali semula ke negara Pakistan pada bulan ini (Januari 2012) meskipon berdepan dengan kemungkinan akan ditahan dan ditangkap oleh kerajaan Pakistan diatas tuduhan rasuah. Antara motif beliau kembali ke Pakistan ialah keinginan untuk bertanding di dalam pilihan raya Umum Pakistan yang dijangka akan diadakan pada tahun 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan