Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 2 Januari 2012

Ikhwanul Muslimin Tidak Akan Mengiktiraf Kerajaan Haram Israel

03/01/2012, KAHERAH:- Pergerakan Ikhwanul Muslimin yang menang besar di dalam pilihan raya pertama negara Mesir mengumumkan bahawa pergerakan tersebut tidak akan mengiktiraf kerajaan haram Israel dan bercadang untuk membuat pungutan suara rakyat Mesir mengenai perjanjian damai kerajaan haram Israel-Mesir.

“Kami tidak akan mengiktiraf kerajaan haram Israel di dalam apa juga keadaan, kami tidak mahu berurusan dan berurus niaga dengan penjenayah perang dan entiti penjenayah,” kata timbalan ketua Ikhwanul Muslimin Dr Rashad Bayoumi kepada wartawan akhbar Al-Hayat. Penyokong Parti Keadilan dan Kebebasan Ikhwanul Muslimin Mesir telah menyertai satu perarakan besar-besaran menyambut pemimpin Hamas yang melawat Mesir, Ismail Haniyeh pada 26 Disember 2011 (Isnin).

Kenyataan pergerakan Ikhwanul Muslimin sedikit sebanyak telah menzahirkan penipuan laporan para diplomat Barat sebelumnya yang menyatakan bahawa pergerakan Ikhwan Muslimin tidak akan membahayakan hubungan Mesir dengan Israel. Dr Bayoumi Rashad juga menyatakan bahawa sebaik saja kerajaan baru Mesir dilantik, perjanjian damai kerajaan haram Israel-Mesir tidak akan diteruskan lagi dan penduduk Mesir akan diminta memutuskannya melalui pungutan suara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan