Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 1 Januari 2012

Kerajaan Turki: Kami Mempunyai Rancangan Untuk Membangunkan Kembali Semenanjung Gaza

2 Januari 2012 - Perdana Menteri Palestin HAMAS, Ismail Haniyeh telah berkesempatan bertemu dengan rakan sejawatannya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam di Istanbul.  Beliau juga turut menemui menteri luar Turki, Ahmet Davutoglu dan menteri kesihatan serta dua orang penasihat Recep Tayyip Erdogan dalam siri lawatan pertama Ismail Haniyah ke luar negara melawat negara-negara Islam.

Sumber negara Palestin menyatakan bahawa mesyuarat yang berlangsung selama 2 jam tersebut dilihat oleh pemerhati politik sebagai mencerminkan sokongan kuat kerajaan Turki kepada kerajaan pimpinan Ismail Haniyeh di semenanjung Gaza. Setelah selesai mesyuarat terbuka selama 2 jam itu, satu mesyuarat lain telah diadakan hanya diantara Ismail Haniyeh dan Recep Tayyip Erdogan sahaja.

Jurucakap kerajaan Turki, Taher Nunu Erdogan menegaskan bahawa kerajaan Turki mempunyai rancangan pembangunan untuk bandar semenanjung Gaza termasuklah penubuhan anggota infrastruktur pembangunan Gaza. Recep Tayyip Erdogan dengan tegas menyatakan pergerakan HAMAS bukan sebuah pergerakan pengganas bahkan ia adalah satu pergerakan demokratik dan beliau amat menghormati kehendak rakyat Palestin. Dalam pada itu kerajaan Turki turut meletakkan salah satu syarat untuk Israel berbaik semula dengan negara Palestin adalah dengan mengangkat kepungan ke atas semenanjung Gaza. Recep Tayyip Erdogan juga memberi jaminan kepada Ismail Haniyeh bahawa beliau tidak nampak sebarang penyelesaian kepada isu Palestin tanpa adanya penyertaan pergerakan HAMAS dalam semua proses perdamaian dan penyelesaian isu Palestin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan