Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 1 Januari 2012

Presiden Yaman Berbohong Lagi... Enggan Berundur Dari Tampuk Pemerintahannya...

02/01/2012, SANAA:- Presiden Yaman, diktator Ali Abdullah Salleh yang sepatutnya melepaskan jawatannya mengubah lagi keputusannya untuk kekal tinggal di negara Yaman dan enggan melepaskan jawatannya sebagai presiden. Tindakan itu dilihat sebagai satu cubaan untuk menyelamatkan rejimnya sekaligus mencetuskan kembali pemberontakan dan protes jalanan di negara Yaman.

Anak lelaki Presiden Yaman, Ahmed Ali Salleh dan anak saudara presiden telah dilantik bagi mengetuai pasukan keselamatan elit Yaman. Pembabitan individu berkenaan juga dilihat sebagai salah satu usaha pihak kerajaan bagi menghalang kebangkitan rakyat Yaman terhadap pemerintahan diktator Ali Abdullah Salleh.

Ratusan ribu rakyat negara Yaman telah berarak ke jalan bandar Sanaa dan bandar-bandar lain. Ianya bertujuan menuntut supaya diktator Ali Abdullah Salleh dihadapkan ke muka pengadilan atas dakwaan pembunuhan beramai-ramai penunjuk perasaan yang tidak bersenjata sejak bulan Februari 2011 lagi.

Presiden Yaman, diktator Ali Abdullah Salleh telah menandatangani perjanjian peralihan kuasa awal pada November 2011. Diktator berkenaan juga sudah menyatakan akan menyerahkan kesemua kuasanya kepada naib presiden dan berikrar akan berundur secara rasmi selepas parlimen Yaman meluluskan imunitinya daripada didakwa tetapi bertindak sebaliknya kemudian dengan menyerapkan anak dan anak saudaranya ke pasukan keselamatan elit Yaman. Semua penunjuk perasaan akan berterusan berkampung di jalan raya Sanaa dan menolak kehendak diktator Ali Abdullah Saleh supaya diberikan kepadanya satu imuniti dan tidak didakwa di muka pengadilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan