Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 29 Februari 2012

Penulis Karikatur Hina Rasulullah S.A.W. Ditemui Mati Terbakar

(Kurt Westergard sebelum terbakar)

(Kurt Westergard selepas terbakar)

29/02/2012, Denmark - Akhbar yang diterbitkan dari Arab Saudi telah mendakwa bahawa Kurt Westergard (gambar), kartunis Denmark telah meninggal dunia di dalam suatu kejadian kebakaran misteri. Pihak berkuasa Denmark telah cuba sedaya upaya mereka untuk menyembunyikan kematiannya. Tidak ditemui sebarang petunjuk mengenai kematiannya tentang bagaimana kebakaran misteri itu berlaku dan mengapa hanya di dalam bilik di mana Kurt Westergard ditempatkan sahaja yang terbakar.

Siasatan awal menunjukkan bahawa kartunis yang melakukan kekufuran dengan melukis karikatur menghina Rasulullah s.a.w. telah meningkatkan ancaman terhadap dirinya ke tahap tertinggi dan menerima banyak ancaman dari seluruh dunia terutamanya umat Islam yang amat marah kerana lukisannya yang menghina Rasulullah s.a.w. itu diterbitkan berulang-ulang kali di akhbar Eropah.

Laporan siasatan akhir menyatakan bahawa Kurt Westergard mati selepas beberapa hari mengalami kecederaan parah akibat terbakar api misteri. Media antarabangsa cuba untuk menyembunyikan peristiwa tersebut. Akhbar Saudi melaporkan bahawa kematian Kurt Westergard menunjukkan betapa berkuasa Allah, walaupun dilindungi dengan keselamatan yang paling terbaik sekali, tiada siapa dapat terlepas daripada azab Allah.

Khamis, 23 Februari 2012

Demo Dihadapan Kedutaan Syria Kerana Membantah Kekejaman Diktator Basyar Assad


DEMO DIHADAPAN KEDUTAAN SYRIA MEMBANTAH KEKEJAMAN
DIKTATOR BASYAR ASSAD

HARI:

JUMAAT (24/02/2012)

MASA:

SELEPAS SOLAT JUMAAT

TEMPAT:

KEDUTAAN SYRIA

ALAMAT KEDUTAAN SYRIA:

NO 93, JALAN U THANT, KUALA LUMPUR

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Demo Dihadapan Kedutaan AS Kerana Membakar Al-Quran


DEMO DI HADAPAN KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT KERANA MEMBAKAR AL-QURAN

HARI:

24/02/2012 (JUMAAT)

MASA:

SELEPAS SOLAT JUMAAT

TEMPAT
:

KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT, KUALA LUMPUR

ALAMAT KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT:

KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT
376 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR
MALAYSIA

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Ahad, 19 Februari 2012

Pilihanraya Presiden Mesir Akan Diadakan Pada Jun 2012

KAHERAH, 20/02/2012 - Pilihanraya Presiden Mesir dijadualkan akan diadakan pada awal Jun 2012 selepas bekas Presiden, diktator Hosni Mubarak digulingkan dalam kebangkitan rakyat sejak setahun yang lalu. Anggota SPR (mesir), Ahmed Shams El-Din berkata pilihanraya presiden itu dijadualkan akan bermula pada 1 Jun 2012 (Jumaat) dan akan tamat pada minggu terakhir bulan Jun 2012 jika terdapat jumlah undian yang sama. Calon yang akan bertanding pula akan diberi masa 3 minggu bermula pada 10 Mac 2012 (Sabtu) untuk mendaftar dan tempoh berkempen ialah selama 45 hari sebelum proses mengundi dimulakan.

Sabtu, 18 Februari 2012

Facebook "Hajjah Sitt Al-Wuzara" Menghina Allah

(beberapa facebook yang menghina Allah)

assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... disini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai beberapa facebook-facebook yang menghina Allah antaranya ialah sebuah facebook yang disyaki dimiliki oleh seorang individu yang dikenali sebagai "Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara" (facebook yang komen pada no 4 & 5)... individu yang dikenali sebagai "Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara" pernah menimbulkan kontroversi sekitar bulan May tahun 2011 yang lalu apabila didapati dilaman web wordpressnya terdapat banyak artikel dan statement yang menghina Allah dan Rasulullah s.a.w.. sehingga kini, tiada tindakan tegas yang diambil oleh kerajaan Malaysia terhadap individu ini... saya menyeru kepada semua pengunjung blog sautulhaqq khususnya yang beragama Islam, marilah kita menggesa dan mendesak kerajaan agar pihak berkuasa Malaysia menangkap dan menghukum individu-individu yang menghina Allah dan Rasulullah dengan hukuman yang berat... kita juga mesti mendesak kerajaan mewujudkan "undang-undang kesalahan menghina agama"... diharap kerajaan Malaysia bertindak secepat mungkin... jangan bercakap sahaja tapi tidak buat... ingatlah Allah akan tanya anda nanti di hari akhirat kelak... saya tanpilkan maklumat mengenai individu yang dikenali sebagai "Makcik Sitt Al-Wuzara" di sini

Khamis, 16 Februari 2012

Khabar Angin Kolumnis Arab Saudi Yang Menghina Rasulullah S.A.W. Bertaubat

(gambar Hamza Kashgari Mohamad Najeeb)

RIYADH, 17/02/2012 - Khabar angin mengenai kolumnis Arab Saudi, Hamza Kashgari Mohamad Najeeb (gambar) yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina Rasulullah s.a.w. di dalam laman twitternya sudah bertaubat mulai tersebar luas di laman web sosial dan internet. Salah seorang daripada ahli keluarga Hamza Kashgari Mohamad Najeeb yang enggan dikenali telah berkata kolumnis Arab Saudi yang berusia 23 tahun itu telah mengaku kepada keluarganya yang dia telah melakukan kesilapan menulis penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. di laman web twitternya dan dia menyesali perbuatan tersebut.

Hamza Kashgari Mohamad Najeeb dilaporkan telah melarikan diri ke negara Malaysia selepas menyedari tulisannya di laman web twitternya itu telah membangkitkan kemarahan umat Islam Arab Saudi serta menyebabkan nyawanya berada di dalam bahaya. Dia kemudiannya telah dihantar pulang ke Arab Saudi pada hari Ahad (12/02/2012) oleh pihak berkuasa negara Malaysia.

Sehingga kini kolumnis Arab Saudi, Hamza Kashgari Mohamad Najeeb masih belum disoal siasat oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan dia amat berharap kesnya itu dapat diselesaikan sebelum ia dibawa ke mahkamah. Arab News pada awal minggu ini melaporkan bahawa kolumnis akhbar Al-Billad itu akan didakwa di atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kufur dan menghina Rasulullah s.a.w. di laman web twitter.

Rabu, 15 Februari 2012

Rakyat Syria Bersumpah Berjihad Jatuhkan Kerajaan Diktator Basyar Assad Di Bumi Syria



Rakyat Syria Bersumpah Akan Berjuang Menumbangkan Kerajaan Diktator Basyar Assad Yang Berfahaman Syiah Di Bumi Syria Sehingga Ke Titisan Darah Yang Terakhir... Dinasti Assad Banyak Melakukan Kezaliman Dan Penganiayaan Terhadap Umat Islam Syria Yang Berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah... Dinasti Itu Mesti Ditumbangkan Dan Didirikan Sistem Kekhalifahan Semula...

Selasa, 14 Februari 2012

CINTA TANPA NODA


Tidak mampuku mendustai rasa ini,
Cukuplah dengan pautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota serta takutlah Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala couple menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia.

Cintaku bukan cinta murahan
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi ku tundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Aku berazam pada diri,
Ku ingin mahligai kasihku berdiri
Tanpa kenangan yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi

Ku ingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan yang bakalku nikahi,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri

Isnin, 6 Februari 2012

Mahmoud Abbas Dilantik Sebagai PM Palestin Sementara, Pantau Pilihanraya Umum Palestin Dan Pilihanraya Presiden Palestin

(Mahmoud Abbas)

07/02/2012, DOHA:- Pergerakan HAMAS dan pergerakan FATAH yang sekian lama berbalah di bumi Palestin bersetuju menamakan Mahmoud Abbas sebagai "PM SEMENTARA" untuk memantau persiapan pilihan raya Presiden dan Parlimen yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi. Tempoh "PM SEMENTARA" Mahmoud Abbas ialah sampai hari Pilihanraya umum Palestin dan Pilihanraya Presiden Palestin sahaja.

Mahmoud Abbas dan Khaled Meshaal (pimpinan HAMAS) telah mengadakan satu pertemuan semalam (ISNIN 06/02/2012) di negara Qatar dan pertemuan itu bertujuan untuk mencapai kata akhir mengenai pelbagai isu yang timbul berikutan dengan perjanjian perdamaian yang telah ditandatangani oleh semua kumpulan pejuang Palestin di Kaherah, Mesir pada bulan April 2011 yang lalu. Pengumuman formal akan diumumkan tidak lama lagi.

Pergerakan HAMAS telah mengesahkan perlantikan Mahmoud Abbas sebagai "PM SEMENTARA". Pergerakan HAMAS dan pergerakan FATAH akan mengadakan pertemuan semula dengan semua kumpulan pejuang Palestin di Kaherah pada 18 Februari 2012 (SABTU) dan agenda utamanya ialahpengumuman perlantikan Mahmoud Abbas sebagai "PM SEMENTARA" dan perbincangan mengenai perkara yang timbul berikutan dengan perjanjian damai yang ditandatangani yang ditandatangani oleh semua kumpulan pejuang Palestin.

Sabtu, 4 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul

assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengunjung blog sautulhaqq... dikesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul kepada semua sahabat dan pengunjung blog sautulhaqq terutamanya kepada yang beragama Islam... marilah kita menelusuri kembali sirah detik-detik kelahiran junjungan besar Rasulullah s.a.w.. saya mengajak semua pengunjung blog sautulhaqq mengamalkan sunnah Baginda s.a.w. dan perbanyakkan selawat ke atas Baginda s.a.w.. semoga kita mendapat syafaat Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak... insyaallah...

Jumaat, 3 Februari 2012

Doa Elak Dicabul Dan Dirogol

assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai sepotong doa... doa ini dibaca bagi mengelakkan diri kita dirogol atau pun dicabul... kepada insan yang bergelar wanita, silalah mengamalkan doa ini setiap selepas solat 5 waktu... semoga Allah sentiasa melindungi anda dunia dan akhirat... insyaallah...