Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 16 Februari 2012

Khabar Angin Kolumnis Arab Saudi Yang Menghina Rasulullah S.A.W. Bertaubat

(gambar Hamza Kashgari Mohamad Najeeb)

RIYADH, 17/02/2012 - Khabar angin mengenai kolumnis Arab Saudi, Hamza Kashgari Mohamad Najeeb (gambar) yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina Rasulullah s.a.w. di dalam laman twitternya sudah bertaubat mulai tersebar luas di laman web sosial dan internet. Salah seorang daripada ahli keluarga Hamza Kashgari Mohamad Najeeb yang enggan dikenali telah berkata kolumnis Arab Saudi yang berusia 23 tahun itu telah mengaku kepada keluarganya yang dia telah melakukan kesilapan menulis penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. di laman web twitternya dan dia menyesali perbuatan tersebut.

Hamza Kashgari Mohamad Najeeb dilaporkan telah melarikan diri ke negara Malaysia selepas menyedari tulisannya di laman web twitternya itu telah membangkitkan kemarahan umat Islam Arab Saudi serta menyebabkan nyawanya berada di dalam bahaya. Dia kemudiannya telah dihantar pulang ke Arab Saudi pada hari Ahad (12/02/2012) oleh pihak berkuasa negara Malaysia.

Sehingga kini kolumnis Arab Saudi, Hamza Kashgari Mohamad Najeeb masih belum disoal siasat oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan dia amat berharap kesnya itu dapat diselesaikan sebelum ia dibawa ke mahkamah. Arab News pada awal minggu ini melaporkan bahawa kolumnis akhbar Al-Billad itu akan didakwa di atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kufur dan menghina Rasulullah s.a.w. di laman web twitter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan