Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 6 Februari 2012

Mahmoud Abbas Dilantik Sebagai PM Palestin Sementara, Pantau Pilihanraya Umum Palestin Dan Pilihanraya Presiden Palestin

(Mahmoud Abbas)

07/02/2012, DOHA:- Pergerakan HAMAS dan pergerakan FATAH yang sekian lama berbalah di bumi Palestin bersetuju menamakan Mahmoud Abbas sebagai "PM SEMENTARA" untuk memantau persiapan pilihan raya Presiden dan Parlimen yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi. Tempoh "PM SEMENTARA" Mahmoud Abbas ialah sampai hari Pilihanraya umum Palestin dan Pilihanraya Presiden Palestin sahaja.

Mahmoud Abbas dan Khaled Meshaal (pimpinan HAMAS) telah mengadakan satu pertemuan semalam (ISNIN 06/02/2012) di negara Qatar dan pertemuan itu bertujuan untuk mencapai kata akhir mengenai pelbagai isu yang timbul berikutan dengan perjanjian perdamaian yang telah ditandatangani oleh semua kumpulan pejuang Palestin di Kaherah, Mesir pada bulan April 2011 yang lalu. Pengumuman formal akan diumumkan tidak lama lagi.

Pergerakan HAMAS telah mengesahkan perlantikan Mahmoud Abbas sebagai "PM SEMENTARA". Pergerakan HAMAS dan pergerakan FATAH akan mengadakan pertemuan semula dengan semua kumpulan pejuang Palestin di Kaherah pada 18 Februari 2012 (SABTU) dan agenda utamanya ialahpengumuman perlantikan Mahmoud Abbas sebagai "PM SEMENTARA" dan perbincangan mengenai perkara yang timbul berikutan dengan perjanjian damai yang ditandatangani yang ditandatangani oleh semua kumpulan pejuang Palestin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan