Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 29 Februari 2012

Penulis Karikatur Hina Rasulullah S.A.W. Ditemui Mati Terbakar

(Kurt Westergard sebelum terbakar)

(Kurt Westergard selepas terbakar)

29/02/2012, Denmark - Akhbar yang diterbitkan dari Arab Saudi telah mendakwa bahawa Kurt Westergard (gambar), kartunis Denmark telah meninggal dunia di dalam suatu kejadian kebakaran misteri. Pihak berkuasa Denmark telah cuba sedaya upaya mereka untuk menyembunyikan kematiannya. Tidak ditemui sebarang petunjuk mengenai kematiannya tentang bagaimana kebakaran misteri itu berlaku dan mengapa hanya di dalam bilik di mana Kurt Westergard ditempatkan sahaja yang terbakar.

Siasatan awal menunjukkan bahawa kartunis yang melakukan kekufuran dengan melukis karikatur menghina Rasulullah s.a.w. telah meningkatkan ancaman terhadap dirinya ke tahap tertinggi dan menerima banyak ancaman dari seluruh dunia terutamanya umat Islam yang amat marah kerana lukisannya yang menghina Rasulullah s.a.w. itu diterbitkan berulang-ulang kali di akhbar Eropah.

Laporan siasatan akhir menyatakan bahawa Kurt Westergard mati selepas beberapa hari mengalami kecederaan parah akibat terbakar api misteri. Media antarabangsa cuba untuk menyembunyikan peristiwa tersebut. Akhbar Saudi melaporkan bahawa kematian Kurt Westergard menunjukkan betapa berkuasa Allah, walaupun dilindungi dengan keselamatan yang paling terbaik sekali, tiada siapa dapat terlepas daripada azab Allah.

1 ulasan:

  1. ada pula yang menyatakan berita kematian penulis karikatur hina Rasulullah s.a.w. adalah palsu... apa pun hanya Allah sahaja yang mengetahui samada berita itu benar or tidak...

    sumber yang menyatakan berita ini palsu: http://www.szlihin.com/2012/02/berita-pelukis-kartun-nabi-muhammad.html

    BalasPadam