Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 13 Mac 2012

Osama Hamdan: Rejim Zionis Laknatullah Terlalu Pengecut Kerana Tetap Meneruskan Serangan Ke Atas Semenanjung Gaza

13 Mac 2012 - AJK Perhubungan HAMAS, Osama Hamdan berkata kerajaan haram Israel cuba untuk menutup krisis dalaman mereka dengan meningkatkan kadar serangan ke atas Semenanjung Gaza dan menjadi hak rakyat Palestin untuk bangun dan membalas kembali jenayah ini. Osama Hamdan mempersoalkan tindakan pemimpin rejim zionis laknatullah yang mengarahkan tentera mereka meneruskan pembunuhan terhadap rakyat Palestin dan keangkuhan rejim zionis laknatullah yang mengatakan bahawa penentangan yang dilakukan oleh HAMAS tidak memberi kesan kepada mereka.

1.5 juta rakyat semenanjung Gaza tidak pernah diberi perlindungan dari serangan tentera kerajaan haram Israel samada perlindungan dari PBB, OIC atau mana-mana negara jiran mereka meskipun mereka tahu rakyat Palestin dihujani dengan serangan yahudi laknatullah setiap hari. Sudah tiba masanya dimana rakyat Palestin mesti bangun dan melindungi diri mereka sendiri dan jenayah bangsa yahudi tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang pembalasan. Tekanan dalaman yang berlaku di dalam kerajaan Netanyahu laknatullah itu menunjukkan bahawa kerajaan yahudi itu sudah lemah dan berpecah serta tidak mempunyai keupayaan untuk menahan serangan balas pejuang Palestin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan