Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 14 Mac 2012

Recep Tayyip Erdogan: Berhenti Gelar Palestin Dan Rakyatnya Sebagai Pengganas

14 Mac 2012 - PM Turki, Recep Tayyip Erdogan menyeru kepada seluruh media tempatan dan antarabangsa supaya berhenti menggelar pejuang Palestin sebagai pengganas. Recep Tayyip Erdogan berkata demikian di dalam ucapannya di dalam Parlimen Turki dan ibu pejabat Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Ankara, Turki pada petang Selasa (13/03/2012). Katanya pejuang-pejuang Palestin sekarang sedang berjuang menentang penjajah yahudi dan berusaha sedaya upaya melindungi hak dan tanahair mereka dari lenyap dirampas oleh yahudi laknatullah.

Beliau menegaskan bahawa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan secara kejam oleh penjenayah perang rejim Zionis terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza adalah bukti siapa pengganas yang sebenar. " Setiap orang Islam perlu ingat bahawa saudara-saudara kita di semenanjung Gaza sedang ditekan dengan hebat oleh kerajaan yahudi laknatullah sekarang ini dan mereka tetap akan terus menjadi begini sampai bila-bila. Mereka saudara kita, kita mesti bantu mereka." kata Erdogan dalam ucapannya di Parlimen Turki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan