Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 27 April 2012

4 Calon Utama Pilihanraya Umum Presiden Mesir

4 Calon Utama Pilihanraya Umum Presiden Mesir Ialah:

1) Mohammed Morsi - Calon Pergerakan Ikhwanul Muslimin

2) Abdel-Moneim Abolfotoh - Bekas Ahli Pergerakan Ikhwanul Muslimin

3) Ahmed Syafiq - PM Mesir Terakhir Era Pemerintahan Diktator Hosni Mubarak

4) Amr Moussa - Bekas Setiausaha Liga Arab

info: Pencalonan Bagi 10 Orang Calon Lain Yang Bakal Bertanding Di Dalam Pilihanraya Umum Presiden Mesir Dibatalkan Termasuk Pencalonan Individu Yang Bernama Omar Suleiman (Calon Pro Kerajaan Haram Israel)

Ahad, 15 April 2012

Perjanjian Oslo 1993 (Perjanjian Yang Berat Sebelah)

(gambar ketika perjanjian Oslo 1993 dimeterai)

Isi Perjanjian Oslo 1993

1. Rakyat Palestin diberikan pemerintahan autoriti di kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

2. Sebelum bermula pemerintahan autoriti pada tahun ke-3, sempadan kawasan akan diadakan bagi kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Ia akan menjadi sempadan kekal berdasarkan Resolusi Majlis Keselamatan PBB (resolusi 242 dan resolusi 338).

3. Dalam tempoh 2 bulan selepas perjanjian ini dimeterai, kerajaan Israel akan mengundurkan askarnya dari kawasan Semenanjung Gaza dan kawasan Jericho.

4. Selepas 9 bulan pemerintahan autoriti berjalan, satu pilihanraya umum mesti diadakan bagi memilih PA (pihak berkuasa Palestin). Pihak PA Cuma mempunyai kuasa memerintah di kawasan yang diberi autonomi sahaja. Sebaik sahaja pilihanraya umum diadakan, tentera Israel mesti berundur dari penempatan rakyat Palestin.

5. Kerajaan yang diterajui pihak PA cuma mempunyai kuasa memerintah kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sahaja. Pihak PA tidak boleh membina kekuatan dan senjata bagi menangkis ancaman dan serangan dari luar. Pihak PA tidak mempunyai kuasa di kawasan penempatan Israel di kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Pihak PA juga tidak mempunyai hak ke atas Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa.

6. Kerajaan Israel mempunyai kuasa veto untuk membatalkan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Legislatif PA.

7. Apa yang tidak dapat diselesaikan melalui perjanjian damai mesti diselesaikan melalui rundingan bersama.

8. Penyerahan kuasa akan dilakukan secara berperingkat.

9. Pihak PA tidak akan dilabel sebagai pengganas kerana mereka menjaga keamanan rakyat Palestin. Pihak PA bertanggungjawab menghalang apa sahaja usaha bersenjata ke atas rakyat Israel dan askarnya daripada pihak rakyat Palestin.

Info:

- perjanjian ini ditandatangani diantara Yasser Arafat (FATAH) yang mewakili rakyat Palestin dengan Yitzhak Rabin yang mewakili rakyat Israel pada 13 September 1993 (Isnin) di Washington, Amerika Syarikat.

- perjanjian ini berat sebelah. Dengan adanya perjanjian ini bermakna rakyat Palestin telah kehilangan 77% bumi Palestin dan kuasa pemerintahan rakyat Palestin dihadkan semaksimum dan Cuma dapat memerintah kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sahaja.

- Dengan adanya perjanjian ini akan memberikan ruang yang cukup luas kepada kerajaan Israel untuk meluaskan penempatan mereka di kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

- Dengan termeterainya perjanjian berat sebelah ini, rakyat Palestin tidak mempunyai senjata jika diserang oleh tentera Israel.

- Pergerakan HAMAS tidak bersetuju dengan isi kandungan Oslo 1993 kerana ianya satu perjanjian yang berat sebelah dan rakyat Palestin tidak pernah membincangkan isi kandungannya sama sekali. Rakyat Palestin tidak pernah didedahkan isi kandungan perjanjian Oslo 1993.

Khamis, 5 April 2012

Pengerusi Ulama' Palestin Kembali Ke Rahmatullah

(Syeikh Hamed Betawi)

dari Allah kita datang...
dan kepada Allah kita kembali...

Sheikh Hamed Betawi (Pengerusi Persatuan Ulama' Palestin) telah kembali ke rahmatullah semalam (04/04/2012, Rabu) akibat mengidap penyakit kencing manis... semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan diampuni dosanya serta ditempatkan dikalangan para syuhada... al-fatihah... muslimin dan muslimat diminta mendoakan yang terbaik buat Allahyarham...

Isnin, 2 April 2012

Kerajaan Qatar Menyumbang 2 Bulan Bahan Api Ke Semenanjung Gaza

3 April 2012 - PM HAMAS, Ismail Haniyeh telah berkata bahawa kerajaan Qatar telah menderma sejumlah besar bahan api yang mencukupi untuk loji janakuasa eletrik di Semenanjung Gaza berfungsi selama 2 dua bulan sahaja.

Ismail Haniyeh dalam sidang akhbarnya selepas lawatan beliau keatas tahanan yang di bebaskan oleh rejim Zionis, Hana Al-Shalabi berkata: "Jumlah bahan api ini dimuatkan dari sebuah kapal dari negara Qatar dan ianya bernilai sebanyak 30 juta USD dan inilah langkah pertama bekalan bahan api melalui sektor Arab". Ismail Haniyeh mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Qatar diatas sumbangan yang telah diberikan dan menyeru semua negara-negara Arab mencontohi kerajaan Qatar terutamanya kepada kerajaan Algeria.

Kerajaan Syiah Lubnan Tangkap Rakyat Palestin Dan Serahkannya Pada Askar Kerajaan Haram Israel

03 April 2012 - Kerajaan SYIAH Lubnan telah menangkap seorang rakyat Palestin dan menuduhnya memasuki perairan Lubnan pada bulan September 2011 secara haram. Meskipun kerajaan SYIAH Lubnan telah menangkapnya selama lebih 7 bulan akan tetapi berita kehilangannya hanya diketahui semalam (02/04/2012, Isnin) selepas dihebahkan oleh kerajaan SYIAH Lubnan setelah beliau diserahkan kepada kepada tentera zionis untuk dipenjarakan.

Menurut sumber Palestin, pemuda tersebut yang bernama Ahmad Daif tinggal di bahagian Utara Palestin. Hobinya adalah menyelam di perairan laut di sekitar bandar Nahariya, Palestin. Beliau telah tersesat semasa melakukan selaman sehingga menjangkau pantai Naqoura (sempadan Palestin-Lubnan) dan telah ditangkap oleh pihak pengawal pantai Lubnan pada 27 September 2011 (selasa).