Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 15 April 2012

Perjanjian Oslo 1993 (Perjanjian Yang Berat Sebelah)

(gambar ketika perjanjian Oslo 1993 dimeterai)

Isi Perjanjian Oslo 1993

1. Rakyat Palestin diberikan pemerintahan autoriti di kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

2. Sebelum bermula pemerintahan autoriti pada tahun ke-3, sempadan kawasan akan diadakan bagi kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Ia akan menjadi sempadan kekal berdasarkan Resolusi Majlis Keselamatan PBB (resolusi 242 dan resolusi 338).

3. Dalam tempoh 2 bulan selepas perjanjian ini dimeterai, kerajaan Israel akan mengundurkan askarnya dari kawasan Semenanjung Gaza dan kawasan Jericho.

4. Selepas 9 bulan pemerintahan autoriti berjalan, satu pilihanraya umum mesti diadakan bagi memilih PA (pihak berkuasa Palestin). Pihak PA Cuma mempunyai kuasa memerintah di kawasan yang diberi autonomi sahaja. Sebaik sahaja pilihanraya umum diadakan, tentera Israel mesti berundur dari penempatan rakyat Palestin.

5. Kerajaan yang diterajui pihak PA cuma mempunyai kuasa memerintah kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sahaja. Pihak PA tidak boleh membina kekuatan dan senjata bagi menangkis ancaman dan serangan dari luar. Pihak PA tidak mempunyai kuasa di kawasan penempatan Israel di kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Pihak PA juga tidak mempunyai hak ke atas Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa.

6. Kerajaan Israel mempunyai kuasa veto untuk membatalkan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Legislatif PA.

7. Apa yang tidak dapat diselesaikan melalui perjanjian damai mesti diselesaikan melalui rundingan bersama.

8. Penyerahan kuasa akan dilakukan secara berperingkat.

9. Pihak PA tidak akan dilabel sebagai pengganas kerana mereka menjaga keamanan rakyat Palestin. Pihak PA bertanggungjawab menghalang apa sahaja usaha bersenjata ke atas rakyat Israel dan askarnya daripada pihak rakyat Palestin.

Info:

- perjanjian ini ditandatangani diantara Yasser Arafat (FATAH) yang mewakili rakyat Palestin dengan Yitzhak Rabin yang mewakili rakyat Israel pada 13 September 1993 (Isnin) di Washington, Amerika Syarikat.

- perjanjian ini berat sebelah. Dengan adanya perjanjian ini bermakna rakyat Palestin telah kehilangan 77% bumi Palestin dan kuasa pemerintahan rakyat Palestin dihadkan semaksimum dan Cuma dapat memerintah kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sahaja.

- Dengan adanya perjanjian ini akan memberikan ruang yang cukup luas kepada kerajaan Israel untuk meluaskan penempatan mereka di kawasan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

- Dengan termeterainya perjanjian berat sebelah ini, rakyat Palestin tidak mempunyai senjata jika diserang oleh tentera Israel.

- Pergerakan HAMAS tidak bersetuju dengan isi kandungan Oslo 1993 kerana ianya satu perjanjian yang berat sebelah dan rakyat Palestin tidak pernah membincangkan isi kandungannya sama sekali. Rakyat Palestin tidak pernah didedahkan isi kandungan perjanjian Oslo 1993.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan