Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 29 Mei 2012

Kerajaan Sepanyol Mengusir Duta Syria

MADRID 30 Mei 2012 - Kerajaan Sepanyol dengan rasminya semalam telah mengusir duta kerajaan Syria dari Madrid sebagai tanda protes menentang kekejaman rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad laknatullah.

"Kerajaan Sepanyol dengan rasminya membuat keputusan untuk mengusir duta Syria ke Sepanyol, Hussam Edin Ali termasuk empat lagi diplomat negara berkenaan," menurut kenyataan Kementerian Luar Sepanyol.

Kerajaan Britain, Jerman, Perancis, Kanada, Bulgaria dan negara lain turut mengambil langkah yang sama selepas mengkritik serangan tentera Syria di perkampungan Haula yang menyebabkan 108 penduduk kampung berkenaan telah terbunuh di dalam serangan berkenaan.

Isnin, 28 Mei 2012

Doa Munajat Untuk Rakyat Syria

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العلمين

والصلاة والسلام على سيدنا محمد

وعلى ءاله وصحبه أجمعين.

اللهم انصر إخواننا المسلمين في سوريا يا رب العلمين

اللهم انصرهم ولا تنصرعليهم وكن لهم ومعهم وقوهم

اللهم عليك بمن يعذبونهم

اللهم عليك بمن خانهم

اللهم عليك بمن ظلمهم

اللهم من أراد بهم شرا فكده في نحره واجعل تدميره في تدميره

ومن أراد بهم خيرا فأعنه وأنصره وثبته يا أرهم الرحيم

اللهم إن عبادك في حمص وفي حماة وفي إدلب وفي درعا قتلوا وذبحوا وطردوا من بيوتهم وديارهم وأبنائهم ودينهم

فاللهم رد كيد على أعدائهم

وبدد شملهم

وفرق جمعهم

وشتت كلمتهم

وزلزل أقدامهم

وأنزل عليهم غضبك وسخطك

وأرسل عليهم ناز نزل من السماء وما خرج من الأرض

اللهم كما نزعت الملك من مبارك وزين العابدين

فأنزع الملك من بشار

وكما قتلت القدافي

فاقتل البشار

يا ملك يوم الدين

إياك نعبد وإياك نستعين

فدمرهم تدميرا

وتبرهم تتبيرا

واجعلهم هباءا منثورا

اللهم اجعل بشار الأسد هباءا منثورا

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه أجمعين

وسلام على المرسلين

والحمد لله رب العلمين


Maksud:


dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat-Nya.

ya Allah! bantulah saudara-saudara kami di Syria wahai Tuhan sekalian alam. Ya Allah! jadikanlah bantuan-Mu bersama-sama mereka. kuatkanlah mereka. ya Allah! hancurkanlah sesiapa yang menyeksa, mengkhianati dan menzalimi mereka. sesiapa yang mengkehendaki mereka dengan kejahatan, Engkau gagalkanlah perancangan mereka tetapi sekiranya mereka mengkehendaki mereka dengan kebaikan, Engkau tetapkanlah pendirian dan bantulah dia wahai Yang Maha Mengasihi.

ya Allah! sesungguhnya hamba-hamba-Mu di Homs, Idlib dan Dar’a (nama wilayah di Syria) dibunuh, disembelih dan dihalau dari rumah-rumah mereka, kampong halaman mereka, anak-anak mereka serta agama mereka. Engkau gagalkanlah perancangan musuh-musuh-Mu, leburkanlah ikatan mereka, pecah belahkan kesatuan mereka, goncangkanlah pendirian mereka, turunkanlah kemurkaan-Mu serta utuskanlah kepada mereka api yang keluar dari langit dan bumi.

ya Allah! seperti mana Engkau cabut kerajaan dari Hosni Mubarak dan Zainal Abidine Ben Ali, Engkau cabutlah kerajaan dari Basyar. Seperti mana Engkau membunuh Muammar Gaddafi, Engkau bunuhlah Basyar.

wahai Tuhan yang memiliki Hari Agama (kiamat), hanya kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan. jadikanlah usaha-usaha mereka sia-sia seperti debu-debu yang berterbangan. ya Allah! jadikanlah usaha-usaha Basyar Assad itu sia-sia seperti debu-debu yang berterbangan.

selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat-Nya. Segala Puji hanya kepada Tuhan Sekalian Alam.

Ahad, 27 Mei 2012

Buku Keluaran Indonesia Memaparkan Karikatur Nabi Muhammad

JAKARTA, 28/05/2012 - Menteri Hal Ehwal Agama Islam Indonesia, Suryadharma Ali berjanji akan melakukan siasatan terperinci terhadap penemuan buku yang memaparkan karikatur Nabi Muhammad S.A.W (gambar) di sebuah sekolah rendah di Solo, semalam.

“Kementerian akan melakukan siasatan dan menarik balik buku itu,” katanya.

Menurut Suryadharma, buku bertajuk "Interesting Childhood Stories of Prophets" tidak pernah diluluskan pengedarannya oleh kementerian pelajaran Indonesia.

“Saya khuatir ia bakal mengganggu keamanan rakyat sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam,” katanya.

komen: dulu negara Denmark sekarang Indonesia pula… diakhir zaman ini banyak sungguh orang yang menghina Rasulullah s.a.w. melalui gambar karikatur…

Pengebumian Jenazah Syuhada' Bosnia

VISEGRAD, Bosnia Herzegovina 28 Mei 2012 - Proses pengebumian 66 jenazah syuhada' warganegara Bosnia yang syahid dibunuh oleh tentera Serbia laknatullah ketika peperangan Bosnia-Serbia sekitar tahun 1992-1995 telah selamat disemadikan di dalam satu upacara khas di sebuah tanah perkuburan di Bosnia. Jenazah kesemua syuhada' tersebut berjaya ditemui 2 tahun lalu. Jenazah syuhada' ditemui di dalam tasik buatan manusia yang memisahkan antara negara Bosnia dan negara Serbia selepas tasik berkenaan dikeringkan bagi tujuan penyelenggaraan. Jenazah syuhada' Bosnia kemudiannya telah dikenalpasti melalui analisis asid deoksiribonukleik (DNA).

Antara yang hadir di dalam upacara berkenaan itu adalah Amira Murtic, 49 tahun yang tinggal di negara Austria sejak dihalau dari kampungnya (Bosnia) dan kembali ke Bosnia semula untuk menghadiri upacara pengebumian syuhada' Bosnia. Tahun 2011 yang lalu, beliau telah menghadiri satu upacara pengebumian jenazah suaminya yang ditemui di dalam satu kubur besar. Kali ini, beliau hadir untuk proses pengebumian jenazah abang serta anak lelakinya yang masih kecil pula.

Ketika peperangan Bosnia-Serbia meletus, ribuan orang awam bukan Serbia dibunuh kejam dan ditanam beramai-ramai di dalam sebuah kubur yang besar atau dibuang ke dalam Sungai Drina melalui sebuah jambatan yang dibina sejak empayar Uthmaniyyah. Selepas upacara itu selesai, keluarga dan rakan-rakan syuhada' melawat jambatan tersebut dan melemparkan kuntuman bunga mawar sebagai penghormatan kepada mereka yang menjadi mangsa tentera Serbia laknatullah.

ratusan rangka manusia ditemui pada lumpur tebing tasik tersebut yang dikeringkan pada tahun 2010. Sukarelawan dari seluruh Bosnia kini sedang membantu pakar forensik bagi mengumpul sebanyak 372 bahagian rangka yang ditemui pada tasik di sebelah Bosnia manakala 79 bahagian rangka lagi ditemui dibahagian tasik yang terletak di Serbia.

Isnin, 21 Mei 2012

Irshad Manji Menghina Agama Islam

(IRSHAD MANJI)

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Rejab kepada semua pengunjung blog sautulhaqq terutamanya yang beragama Islam... di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai seorang individu yang menghina agama Islam yang bernama IRSHAD MANJI (gambar)... saya terbaca hari ini mengenai statementnya terhadap hadith Rasulullah s.a.w.. dia mengatakan hadith Nabi dan undang-undang Islam adalah ciptaan manusia... memang jelas statement dia begitu menghina Islam... diharap pihak kerajaan Malaysia dapat mengambil tindakan tegas pada individu yang menghina agama Islam ini...

para pengunjung blog sautulhaqq dapat melihat statementnya di:

http://malaysiakini.com/news/198559

Rabu, 16 Mei 2012

Pembentukan Kabinet Palestin Di Tebing Barat Menandakan FATAH Mengkhianati Perjanjian Damai HAMAS-FATAH

RAMALLAH 17 Mei - Kepimpinan baru kerajaan Palestin di Tebing Barat mengangkat sumpah dalam satu upacara rasmi di sini, semalam. Seramai 25 menteri termasuk Salam Fayyad, mengangkat sumpah dalam upacara yang diadakan di pejabat Mahmoud Abbas. Pembentukan kerajaan baru itu dilaksanakan selepas barisan Kabinet sebelum ini meletakkan jawatan masing-masing pada Februari tahun 2011.

Komen: perbentukan ini jelas menunjukkan FATAH telah mengkhianati perjanjian damai HAMAS-FATAH yang ditandatangani di Mesir… di dalam perjanjian damai HAMAS-FATAH, individu yang bernama Salam Fayyad tidak akan diberi sebarang jawatan dalam kabinet sebab dia pro-yahudi… tetapi oleh sebab dia adalah calon kesukaan Mahmoud Abbas si penipu besar, beliau diberi jawatan… semoga Allah zahirkan lagi sikap MUNAFIK Mahmoud Abbas… biar seluruh umat Islam tahu siapa sebenarnya Mahmoud Abbas…