Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 29 Mei 2012

Kerajaan Sepanyol Mengusir Duta Syria

MADRID 30 Mei 2012 - Kerajaan Sepanyol dengan rasminya semalam telah mengusir duta kerajaan Syria dari Madrid sebagai tanda protes menentang kekejaman rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad laknatullah.

"Kerajaan Sepanyol dengan rasminya membuat keputusan untuk mengusir duta Syria ke Sepanyol, Hussam Edin Ali termasuk empat lagi diplomat negara berkenaan," menurut kenyataan Kementerian Luar Sepanyol.

Kerajaan Britain, Jerman, Perancis, Kanada, Bulgaria dan negara lain turut mengambil langkah yang sama selepas mengkritik serangan tentera Syria di perkampungan Haula yang menyebabkan 108 penduduk kampung berkenaan telah terbunuh di dalam serangan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan