Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 16 Mei 2012

Pembentukan Kabinet Palestin Di Tebing Barat Menandakan FATAH Mengkhianati Perjanjian Damai HAMAS-FATAH

RAMALLAH 17 Mei - Kepimpinan baru kerajaan Palestin di Tebing Barat mengangkat sumpah dalam satu upacara rasmi di sini, semalam. Seramai 25 menteri termasuk Salam Fayyad, mengangkat sumpah dalam upacara yang diadakan di pejabat Mahmoud Abbas. Pembentukan kerajaan baru itu dilaksanakan selepas barisan Kabinet sebelum ini meletakkan jawatan masing-masing pada Februari tahun 2011.

Komen: perbentukan ini jelas menunjukkan FATAH telah mengkhianati perjanjian damai HAMAS-FATAH yang ditandatangani di Mesir… di dalam perjanjian damai HAMAS-FATAH, individu yang bernama Salam Fayyad tidak akan diberi sebarang jawatan dalam kabinet sebab dia pro-yahudi… tetapi oleh sebab dia adalah calon kesukaan Mahmoud Abbas si penipu besar, beliau diberi jawatan… semoga Allah zahirkan lagi sikap MUNAFIK Mahmoud Abbas… biar seluruh umat Islam tahu siapa sebenarnya Mahmoud Abbas…

2 ulasan:

  1. rujukan: http://sautulhaqq.blogspot.com/2011/05/antara-perjanjian-damai-dan.html

    pembentukan kabinet Palestin ini menyalahi syarat perjanjian damai no 4 (a) yang mana dinyatakan pembentukan pemerintahan dan perlantikan menteri mestilah dibincang dan dipersetujui oleh HAMAS dan FATAH... tetapi pembentukan kabinet kali ini dilihat cuma dipersetujui oleh FATAH sorang je sebab perlantikan kabinet dibuat di rumah Mahmoud Abbas (penipu besar)... dan Salam Fayyad merupakan orang yang HAMAS paling x setuju dilantik sebagai menteri...

    BalasPadam
  2. renungilah 1 hadith sahih yang berbunyi:

    Dari Abdullah bin Amru r.a., Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Ada 4 perkara yg jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia MENIPU, apabila membuat persetujuan dia MENGKHIANATINYA, apabila berjanji dia MUNGKIR JANJI dan apabila berlaku pertikaian dia MELAMPAUI BATAS".

    (Riwayat Muslim)

    BalasPadam