Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 12 Mei 2012

Pengawai Turus Tentera AS Syor Mengebom Kota Makkah Dan Kota Madinah

13/05/2012, VIRGINIA:- Jabatan Pertahanan AS (Pentagon) mengakui bahawa terdapat seorang jurulatih di Kolej Pegawai Turus Angkatan Tentera AS di Virginia mengajarkan satu kursus yang mana sukatan pengajarannya itu lebih menjurus kepada menyokong "perang habis-habisan" terhadap Islam. Di dalam pengajaran itu, jurulatih berkenaan telah menyarankan supaya tentera AS mengebom kota Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah tanpa mengira dan mempedulikan nasib orang awam. Pendedahan ini menunjukkan sikap sebenar kerajaan AS yang amat membenci agama Islam dan penganut agama Islam.

Sukatan kursus itu jelas bertentangan dengan dakwaan yang berulang kali dibuat oleh pentadbiran Presiden AS, Barack Obama bahawa usaha kerajaan AS untuk memerangi keganasan dengan tidak mensasarkan agama Islam dan penganutnya. Kursus "perang habis-habisan" terhadap Islam itu diajar oleh Leftenen Kolonel Matthew Dooley (gambar) terbongkar pada bulan Julai 2011. Leftenan Kolonel Matthew Dooley menyatakan bahawa beliau cuma mencadangkan sahaja supaya tentera AS memusnahkan kota suci umat Islam dengan menggunakan serangan bom nuklear seperti yang pernah dilakukan tentera Bersekutu terhadap Hiroshima dan Nagasaki pada Perang Dunia Ke-2 atau menggunakan cara seperti serangan bom di Dresden, Jerman.

Kursus itu selalunya diadakan sebanyak 5 kali setahun dan dihadiri oleh 20 pelajar yang kebanyakannya ialah anggota tentera. Sehingga bulan April 2012, seramai 800 orang yang berjawatan pengawai tentera di peringkat pertengahan dan pegawai kanan tentera AS telah menyertai kursus berkenaan.

komen: kepada tentera-tentera AS, tentera kerajaan haram Israel dan sekutu-sekutunya yang begitu membenci Islam dan penganutnya… satu amaran buat kalian… kota Makkah Al-Mukarramah dan kota Madinah Al-Munawwarah adalah tempat suci bagi kami orang Islam… kami orang islam tidak akan biarkan anda buat sewenang-wenangnya pada tempat suci kami dan menghina serta menyerangnya… kami orang Islam akan pertahankannya dari dihina dan dimusnahkan oleh kalian dengan diri, harta, darah dan NYAWA kami… selain itu, kami juga akan berusaha sedaya upaya kami untuk memerdekakan tempat suci kami yang ke-3 iaitu Palestin dan Masjidil Aqsa dari penjajahan tentera yahudi laknatullah… semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami dalam membebaskan tempat suci yang ke-3 dan melindungi kesucian 2 tanah haram ini dari dinodai dan dicemari oleh musuh-musuh Allah…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan