Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 27 Mei 2012

Pengebumian Jenazah Syuhada' Bosnia

VISEGRAD, Bosnia Herzegovina 28 Mei 2012 - Proses pengebumian 66 jenazah syuhada' warganegara Bosnia yang syahid dibunuh oleh tentera Serbia laknatullah ketika peperangan Bosnia-Serbia sekitar tahun 1992-1995 telah selamat disemadikan di dalam satu upacara khas di sebuah tanah perkuburan di Bosnia. Jenazah kesemua syuhada' tersebut berjaya ditemui 2 tahun lalu. Jenazah syuhada' ditemui di dalam tasik buatan manusia yang memisahkan antara negara Bosnia dan negara Serbia selepas tasik berkenaan dikeringkan bagi tujuan penyelenggaraan. Jenazah syuhada' Bosnia kemudiannya telah dikenalpasti melalui analisis asid deoksiribonukleik (DNA).

Antara yang hadir di dalam upacara berkenaan itu adalah Amira Murtic, 49 tahun yang tinggal di negara Austria sejak dihalau dari kampungnya (Bosnia) dan kembali ke Bosnia semula untuk menghadiri upacara pengebumian syuhada' Bosnia. Tahun 2011 yang lalu, beliau telah menghadiri satu upacara pengebumian jenazah suaminya yang ditemui di dalam satu kubur besar. Kali ini, beliau hadir untuk proses pengebumian jenazah abang serta anak lelakinya yang masih kecil pula.

Ketika peperangan Bosnia-Serbia meletus, ribuan orang awam bukan Serbia dibunuh kejam dan ditanam beramai-ramai di dalam sebuah kubur yang besar atau dibuang ke dalam Sungai Drina melalui sebuah jambatan yang dibina sejak empayar Uthmaniyyah. Selepas upacara itu selesai, keluarga dan rakan-rakan syuhada' melawat jambatan tersebut dan melemparkan kuntuman bunga mawar sebagai penghormatan kepada mereka yang menjadi mangsa tentera Serbia laknatullah.

ratusan rangka manusia ditemui pada lumpur tebing tasik tersebut yang dikeringkan pada tahun 2010. Sukarelawan dari seluruh Bosnia kini sedang membantu pakar forensik bagi mengumpul sebanyak 372 bahagian rangka yang ditemui pada tasik di sebelah Bosnia manakala 79 bahagian rangka lagi ditemui dibahagian tasik yang terletak di Serbia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan