Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 7 Mei 2012

Pilihanraya Umum Syria Diadakan Hari Ini 08/05/2012

DAMSYIK, 8 Mei 2012 - Rakyat negara Syria akan mengundi dalam pilihanraya umum Syria yang dijadualkan diadakan pada hari ini (selasa, 08/05/2012). Pilihanraya umum Syria kali ini merupakan pilihanraya umum Syria pertama yang melibatkan banyak parti dalam tempoh lima dekad. Pilihanraya kali ini disifatkan dibayangi dengan keganasan palsu oleh kumpulan ahli sunnah wal jamaah. Pembuangan undi bermula jam 7 pagi waktu Syria (12 tengah hari waktu Malaysia) di seluruh Syria.

Menurut pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, lebih 11,000 orang yang kebanyakannya orang awam terbunuh sejak tercetusnya kebangkitan rakyat di negara ini pada bulan Mac tahun 2011. Pilihan raya Parlimen Syria awalnya dijadual diadakan pada bulan September tahun 2011 tetapi ditangguh seketika oleh Basyar Assad laknatullah

Pilihanraya umum Syria kali ini amat diragui selepas parti pembangkang utama negara itu menolak untuk menyertainya. Sejumlah 7,195 orang calon telah mendaftar untuk menjadi calon bagi merebut 250 kerusi Parlimen, lapor agensi berita SANA.

Penganalisis politik Syria percaya pilihanraya umum kali in tidak akan membawa sebarang perubahan yang besar dalam politik Syria selepas gencatan senjata yang dikuatkuasakan oleh PBB pada 12 April 2012 yang lalu gagal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan