Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 9 Mei 2012

Syeikh Sudais Dilantik Sebagai Pengerusi Bagi Masjidil Haram Dan Masjidil Nabawi

(Syeikh Abdul Rahman Al-Sudais)

Khamis, 10/05/2012 - Syeikh Abdul Rahman Al-Sudais (Khatib dan Imam Masjidil Haram) telah dilantik sebagai pengerusi bagi 2 masjid mulia iaitu Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi bagi menggantikan Syeikh Soleh Al-Hosain yang memohon bersara awal diatas faktor kesihatan. Pengumuman perlantikan jawatan yang sama taraf seperti menteri itu diumum oleh Mahkamah Diraja semalam (Rabu, 09/05/2012).

"Kami telah menerima permintaan syeikh Soleh Al-Hosain untuk bersara awal dari jawatan pengerusi bagi 2 masjid suci (Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi) atas faktor kesihatan. Dan kami juga telah berbincang dan bersepakat melantik Syeikh Sudais bagi menggantikannya kerana suara beliau amat merdu dan beliau menjadi inspirasi umat Islam diseluruh dunia." kata penjaga suci bagi 2 masjid mulia ketika ditemuramah oleh wartawan.

berikut ialah sedikit maklumat biodata Syeikh Abd Rahman Al-Sudais:-

NAMA: SYEIKH ABD RAHMAN AL-SUDAIS

TAHUN LAHIR: TAHUN 1382 HIJRAH

TEMPAT LAHIR: RIYADH, ARAB SAUDI

PENDIDIKAN: MENGHAFAL 30 JUZU' AL-QURAN KETIKA BERUSIA 12 TAHUN DAN BERKELULUSAN SARJANA SYARIAH DARI UNIVERSITI ISLAM RIYADH

PEKERJAAN TERKINI: IMAM MASJIDIL HARAM, KHATIB MASJIDIL HARAM, PENSYARAH UMM QURA UNIVERSITY (Universiti Islam Makkah)

GURU-GURU SYEIKH SUDAIS: SYEIKH SALEH AN-NASSER, SYEIKH ABDUL AZIZ AL-ASYEIKH, SYEIKH SALEH AL-ATRAM, SYEIKH ABDULLAH AL-JIBRIN, SYEIKH ABDUL AZIZ AL-DAWOOD DAN RAMAI LAGI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan