Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 28 Jun 2012

Angkatan Tentera Turki Bersiap Sedia

ANKARA, 29 Jun 2012:- Kerajaan Turki telah menempatkan senjata anti pesawat dan kelengkapan perang lain di sepanjang kawasan sempadannya dengan negara Syria selepas beberapa hari tentera Syria pimpinan Basyar Assad laknatullah menembak jatuh sebuah jet tentera kepunyaan negara Turki yang menjadi sebab utama ketegangan kedua-dua negara meningkat ke tahap yang lebih tinggi.

Konvoi kecil trak tentera Turki telah menunda senjata anti pesawat memasuki pangkalan luar tentera di kampung Guvecci, satu kawasan yang berada dihadapan pangkalan luar tentera Syria di kawasan sempadan dan lokasi tentera Turki dan pemberontak negara itu bertempur beberapa bulan lalu. Beberapa senjata anti pesawat juga ditempatkan di beberapa kawasan lain. PM Turki, Recep Tayyip Erdogan telah memberi amaran keras mana-mana unit tentera Syria yang didapati memasuki atau mendekati kawasan sempadan negaranya akan dianggap sebagai ancaman.

Etnik Rohingya Yang Beragama Islam Tidak Diiktiraf Sebagai Etnik Di Negara Myanmar

YANGON 29 Jun 2012 - Satu pertubuhan yang mewakili 8 etnik kaum di negara Myanmar telah bekerjasama dengan parti pembangkang di negara ini hari ini telah menolak Rohingya sebagai etnik minoriti di negara ini.

Laman web Radio Free Asia yang memetik kenyataan Setiausaha Barisan Demokratik Kebangsaan (NDF) yang bernama Khun Oh telah berkata suku etnik Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara Myanmar yang sah.

Katanya, NDF mahu pandangan ini diketahui di kalangan semua penduduk di seluruh negara. Rusuhan yang berlaku di negeri Rakhine (1 daerah di dalam negara Myanmar) telah mengorbankan hampir 80 nyawa sejak meletus pada 28 Mei 2012.

Kira-kira 800,000 etnik Rohingya telah tinggal di negara Myanmar dan kini dianggap sebagai pendatang haram (PATI) dan tidak diberikan kerakyatan warganegara Myanmar. Sebelum konflik berdarah ini meletus, penduduk Buddha di kawasan Rakhine sering bertelagah dengan suku etnik Rohingya yang beragama Islam.

Selasa, 19 Jun 2012

Bunga Kembang Mekar Ketika Azan Dilaungkan Bukti Kehebatan Azan

Subhanallah, suara laungan Azan yang mengalun merdu yang dikumandangkan oleh muazzin ternyata mampu membangunkan bunga-bunga yang sedang tertidur. Stesen televisyen CNN berjaya merakam fenomena luar biasa ini. Inilah salah satu bukti kehebatan laungan azan yang dikumandangkan oleh muazzin 5 kali sehari.

Bunga-bunga ini pada awalnya kuncup telah berubah menjadi mekar sebaik sahaja laungan azan oleh muazzin mulai dikumandangkan. Fenomena mengagumkan ini terjadi di negara Azerbaijan (peristiwa ini juga pernah berlaku di negara Turki). saksikan...

Jumaat, 15 Jun 2012

Lelaki Israel Ingin Menjadi Warga Palestin

RAMALLAH, 15/06/2012:- Seorang pendatang Yahudi dari Tajikistan, Andre Pshenichnikov, 23 tahun (gambar) menegaskan bahawa beliau mahu memutuskan semua hubungannya dengan kerajaan haram Israel dan memohon kerakyatan Palestin. Ini merupakan satu insiden luar biasa dan amat jarang berlaku.

Andre Pshenichnikov telah ditahan oleh pihak berkuasa Tel Aviv baru-baru ini selepas didapati salah kerana telah tinggal secara haram di sebuah Kem Pelarian Palestin di Deheishe, satu tempat yang berdekatan dengan Baitulaham dan berhasrat melepaskan kerakyatannya sebagai warga Israel. Beliau kini sedang bercuti selama 2 bulan di Eropah dan berharap dapat berpindah ke kawasan Tebing Barat apabila pulang dari bercuti nanti.

Insiden membabitkan warga Israel yang memohon untuk tinggal di bawah pentadbiran Palestin amat jarang berlaku. Setakat ini hanya beberapa orang sahaja yang berbuat demikian kerana mereka berkahwin dengan warga Palestin. Setakat ini tiada rakyat tempatan Israel yang pernah melepaskan kewarganegaraan mereka walaupun sebilangan yang tinggal di luar negara haram Israel. Setakat ini juga tidak pernah ada rakyat Israel memohon menjadi warganegara Palestin kerana mereka tidak dibenarkan memiliki dua kewarganegaraan.

Ibu Pshenichnikov, Svetlana ketika dihubungi di rumahnya di Israel berkata, beliau runsing apabila mendapat tahu rancangan anaknya itu.

“Saya ibunya dan saya cuba menyokong apa sahaja Pshenichnikov nak buat. Sama seperti ibu lain, tetapi saya tidak akan menyokong hasratnya yang ini,” katanya.

Svetlana dan keluarganya telah berpindah ke negara haram Israel ketika Andre Pshenichnikov berusia 13 tahun dan telah diberi kerakyatan Israel secara automatik kerana mereka orang Yahudi. Andre Pshenichnikov juga telah menamatkan program kerahan tentera selama 3 tahun, dilantik sebagai perancang komputer dan pernah berkhidmat selama 1 tahun setengah sebagai askar yahudi.

Bagaimanapun ketika manjadi tentera, Andre Pshenichnikov mula mempersoalkan tindakan pihak tentera Israel ke atas penduduk Palestin dan sejak itu ia mula menolak sepenuhnya dasar negara Yahudi itu. Selepas perkhidmatannya tamat, beliau telah berpindah ke Kem Pelarian Deheishe pada April 2012 sebelum bekerja sebagai pelayan dan pekerja binaan di Deheishe.

“Saya membenci Zionisme. Saya mahu menjadi sebahagian daripada pertahanan Palestin. Saya menyeru rakyat Israel agar menyokong kewujudan negara Palestin dan tinggal di Tebing Barat atau Gaza, tinggal sebagai rakyat Palestin,” katanya.

Rabu, 6 Jun 2012

Diktator Basyar Assad Laknatullah Melantik PM Syiah Syria Yang Baru

BEIRUT, 7 Jun 2012 - Presiden Syria, diktator Bashar al-Assad laknatullah telah menamakan Riyad Hijab (gambar) salah seorang penyokong setia Parti Baath yang dipimpinnya sekian lama untuk menjadi PM Syria yang baru bagi pembentukan kerajaan baru Syria yang dibentuk semalam (Rabu, 06/06/2012) sekaligus menzahirkan tiada tanda-tanda pengundurannya dari arena politik Syria selepas kebangkitan rakyat Syria sejak 15 bulan lalu. Hasil tindak balas kebangkitan rakyat Syria, pihak tentera kerajaan terus menyerang sehingga kini kubu kuat para penentang Basyar Assad laknatullah yang berpusat di bandar Homs.

Pelantikan Riyad Hijab yang kini memegang jawatan Menteri Pertanian dilantik sebagai PM Syria yang baru berikutan pilihanraya umum Parlimen Syria yang dilaksanakan bulan lalu. Pilihanraya umum parlimen Syria yang dilaksanakan bulan lalu didakwa oleh kerajaan syiah Syria sebagai salah satu usaha pembaharuan politik namun dakwaan itu ditolak pihak pembangkang.

“Kita menjangkakan Basyar laknatullah akan bermain satu permainan dengan melantik seorang yang bebas untuk menjadi PM Syria yang baru tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila beliau memilih seorang penyokong setia Parti Baath untuk menjawat jawatan PM Syria yang baru. Kerajaan Syria yang baru ini dilihat seolah-olah tidak mempunyai kuasa yang sebenar." kata Najati Tayyara, yang berkempen untuk pembangkang.

Kerajaan Haram Israel Halang Aktivis Kemanusiaan Datang Ke Palestin Guna E-Mail

BAITULMAQDIS, 06/06/2012 - Kerajaan Haram Israel telah menggunakan taktik terbaru untuk menyekat perjalanan aktivis pro-Palestin dari masuk ke negara Palestin dengan memaksa para aktivis pro-Palestin membuka e-mel ketika pemeriksaan di kawasan sempadan sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.

Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Sandra Tamari mengatakan ketika dia tiba di lapangan terbang antarabangsa, beliau telah disuruh membuka akaun e-mel Gmail-nya untuk diperiksa sebagai tukarannya beliau dapat memasuki negara Palestin. Pemeriksaan akaun e-mail itu dilakukan oleh ejen yahudi berbangsa Israel.

Ejen yahudi yang berbangsa Israel itu mengesyaki Sandra Tamari terbabit dalam aktiviti pro-Palestin dan mahu memeriksa akaun e-mel peribadinya untuk mendapat bukti. Warga AS yang berketurunan Palestin itu enggan membukanya menyebabkan beliau diusir dan dihalang memasuki negara Palestin. Kerajaan haram Israel menyasarkan kaedah ini hanya kepada individu penganut agama Islam dan Arab bertujuan mengusir pelawat yang mempunyai sejarah aktiviti pro-Palestin. Yang terbaru sekurang-kurangnya 3 orang wanita berbangsa AS pro-Palestin telah dihalang dan diusir dari memasuki negara Palestin dengan menggunakan cara ini.

Agensi keselamatan Shin Bet mengesahkan dan mengatakan ejennya bertindak mengikut undang-undang kerajaan haram Israel. Kini, kebanyakan individu yang menganut agama Islam, berketurunan Arab dan India akan menjadi sasaran dan tidak dibenarkan memasuki negara Palestin.

Isnin, 4 Jun 2012

Aktivis Mesir Akan Adakan Demo Di Medan Tahrir Sebagai Tanda Protes Kepada Mahkamah Mesir

KAHERAH, 5 Jun 2012 - Semua aktivis Mesir yang diterajui oleh pergerakan Ikhwanul Muslimin telah menyatakan hasrat untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran esok (Rabu, 06/06/2012) bagi memprotes terhadap keputusan mahkmah yang cuma menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas diktator Hosni Mubarak..

Sabtu lalu, mahkamah Mesir telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap diktator Mesir, Husni Mubarak dan bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly tetapi telah membebaskan 6 orang komander polis yang terang-terangan terlibat dengan pembunuhan beramai-ramai semasa demonstrasi tahun 2011 yang telah mengakibatkan kira-kira 850 orang pendemonstrasi terkorban.

Demonstrasi berkenaan akan diadakan di Dataran Tahrir dan akan diketuai oleh calon yang bertanding sebagai Presiden Mesir, Hamdeen Sabbahi dan bekas anggota Ikhwan, Abdel Moneim Abul Fotouh. Rakyat Mesir yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah Mesir ini, diseru turun ke dataran tahrir bagi menyertai demonstrasi ini.

Sabtu, 2 Jun 2012

Diktator Hosni Mubarak Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup

KAHERAH, 2 Jun 2012 - Bekas Presiden Mesir, diktator Hosni Mubarak telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah diatas pertuduhan membunuh lebih 800 orang penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada penggulingannya awal tahun 2011.

Dua anak lelaki Hosni, Gamal dan Alaa yang berhadapan dengan pertuduhan rasuah turut hadir ke mahkamah hari ini. Pertuduhan rasuah ke atas mereka semua turut digugurkan oleh hakim. Beberapa orang pembantu diktator Hosni Mubarak telah dibebaskan oleh pihak mahkamah yang bersidang hari ini.

Bekas presiden Mesir berusia 84 tahun itu disabitkan bersalah selepas melalui perbicaraan selama lebih 10 bulan di sebuah mahkamah khas di Mesir. Diktator Hosni Mubarak merupakan bekas pemimpin negara yang pertama dibicarakan sejak Kebangkitan Arab awal tahun 2011.

Beliau didapati bersalah apabila mengarahkan pihak tentera melepaskan tembakan ke arah para penunjuk perasaan. Seramai 840 orang penunjuk perasaan telah maut manakala lebih 6,000 orang yang lain cedera ketika kebangkitan rakyat Mesir tahun 2011 yang lalu, lapor Amnesty International.

Hakim Mahkamah terpaksa menangguhkan prosiding ekoran jeritan dan pergelutan yang tercetus di dalam mahkamah sebaik sahaja keputusan penghakiman dibacakan.

Kedengaran laungan
"hukuman MATI satu-satunya penyelesaian" dan "dia (Hosni) yang membunuh harus MATI".

Insiden itu tercetus ekoran rasa tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan, memaksa hakim dan diktator Hosni Mubarak dibawa keluar dari bilik mahkamah khas dengan kawalan ketat pihak tentera.