Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 2 Jun 2012

Diktator Hosni Mubarak Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup

KAHERAH, 2 Jun 2012 - Bekas Presiden Mesir, diktator Hosni Mubarak telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah diatas pertuduhan membunuh lebih 800 orang penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada penggulingannya awal tahun 2011.

Dua anak lelaki Hosni, Gamal dan Alaa yang berhadapan dengan pertuduhan rasuah turut hadir ke mahkamah hari ini. Pertuduhan rasuah ke atas mereka semua turut digugurkan oleh hakim. Beberapa orang pembantu diktator Hosni Mubarak telah dibebaskan oleh pihak mahkamah yang bersidang hari ini.

Bekas presiden Mesir berusia 84 tahun itu disabitkan bersalah selepas melalui perbicaraan selama lebih 10 bulan di sebuah mahkamah khas di Mesir. Diktator Hosni Mubarak merupakan bekas pemimpin negara yang pertama dibicarakan sejak Kebangkitan Arab awal tahun 2011.

Beliau didapati bersalah apabila mengarahkan pihak tentera melepaskan tembakan ke arah para penunjuk perasaan. Seramai 840 orang penunjuk perasaan telah maut manakala lebih 6,000 orang yang lain cedera ketika kebangkitan rakyat Mesir tahun 2011 yang lalu, lapor Amnesty International.

Hakim Mahkamah terpaksa menangguhkan prosiding ekoran jeritan dan pergelutan yang tercetus di dalam mahkamah sebaik sahaja keputusan penghakiman dibacakan.

Kedengaran laungan
"hukuman MATI satu-satunya penyelesaian" dan "dia (Hosni) yang membunuh harus MATI".

Insiden itu tercetus ekoran rasa tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan, memaksa hakim dan diktator Hosni Mubarak dibawa keluar dari bilik mahkamah khas dengan kawalan ketat pihak tentera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan