Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 28 Jun 2012

Etnik Rohingya Yang Beragama Islam Tidak Diiktiraf Sebagai Etnik Di Negara Myanmar

YANGON 29 Jun 2012 - Satu pertubuhan yang mewakili 8 etnik kaum di negara Myanmar telah bekerjasama dengan parti pembangkang di negara ini hari ini telah menolak Rohingya sebagai etnik minoriti di negara ini.

Laman web Radio Free Asia yang memetik kenyataan Setiausaha Barisan Demokratik Kebangsaan (NDF) yang bernama Khun Oh telah berkata suku etnik Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara Myanmar yang sah.

Katanya, NDF mahu pandangan ini diketahui di kalangan semua penduduk di seluruh negara. Rusuhan yang berlaku di negeri Rakhine (1 daerah di dalam negara Myanmar) telah mengorbankan hampir 80 nyawa sejak meletus pada 28 Mei 2012.

Kira-kira 800,000 etnik Rohingya telah tinggal di negara Myanmar dan kini dianggap sebagai pendatang haram (PATI) dan tidak diberikan kerakyatan warganegara Myanmar. Sebelum konflik berdarah ini meletus, penduduk Buddha di kawasan Rakhine sering bertelagah dengan suku etnik Rohingya yang beragama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan