Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 6 Jun 2012

Kerajaan Haram Israel Halang Aktivis Kemanusiaan Datang Ke Palestin Guna E-Mail

BAITULMAQDIS, 06/06/2012 - Kerajaan Haram Israel telah menggunakan taktik terbaru untuk menyekat perjalanan aktivis pro-Palestin dari masuk ke negara Palestin dengan memaksa para aktivis pro-Palestin membuka e-mel ketika pemeriksaan di kawasan sempadan sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.

Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Sandra Tamari mengatakan ketika dia tiba di lapangan terbang antarabangsa, beliau telah disuruh membuka akaun e-mel Gmail-nya untuk diperiksa sebagai tukarannya beliau dapat memasuki negara Palestin. Pemeriksaan akaun e-mail itu dilakukan oleh ejen yahudi berbangsa Israel.

Ejen yahudi yang berbangsa Israel itu mengesyaki Sandra Tamari terbabit dalam aktiviti pro-Palestin dan mahu memeriksa akaun e-mel peribadinya untuk mendapat bukti. Warga AS yang berketurunan Palestin itu enggan membukanya menyebabkan beliau diusir dan dihalang memasuki negara Palestin. Kerajaan haram Israel menyasarkan kaedah ini hanya kepada individu penganut agama Islam dan Arab bertujuan mengusir pelawat yang mempunyai sejarah aktiviti pro-Palestin. Yang terbaru sekurang-kurangnya 3 orang wanita berbangsa AS pro-Palestin telah dihalang dan diusir dari memasuki negara Palestin dengan menggunakan cara ini.

Agensi keselamatan Shin Bet mengesahkan dan mengatakan ejennya bertindak mengikut undang-undang kerajaan haram Israel. Kini, kebanyakan individu yang menganut agama Islam, berketurunan Arab dan India akan menjadi sasaran dan tidak dibenarkan memasuki negara Palestin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan