Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 21 Julai 2012

Kedutaan Malaysia Di Syria Ditutup Dan Misi Membawa Pulang Rakyat Malaysia Di Negara Syria Bermula

Sabtu, 22 Julai 2012, Kuala Lumpur:- Kerajaan Malaysia telah mengarahkan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik (Syria) ditutup serta merta dan semua rakyat Malaysia yang berada di negara Syria dibawa pulang secepat mungkin. Kerajaan Malaysia bertindak mengeluarkan arahan itu berikutan keadaan pergolakan dilihat semakin meruncing.

“Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman telah menghubungi saya dan meminta izin membawa pulang rakyat dan pelajar kita di Syria sebab keadaan di sana semakin meruncing dan berbahaya. Jadi, saya izinkan dan mengarahkan kedutaan kita ditutup bagi tujuan keselamatan,” kata Datuk Seri Najib Razak ketika berucap selepas menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Pulau Serai dekat Pekan, malam tadi.

Ketika ini ada 138 orang rakyat Malaysia di negara Syria iaitu seramai 128 penuntut dan 10 ekspatriat. Bakinya yang lain sudah keluar dari negara Syria beberapa minggu lalu. Rakyat Malaysia akan dikeluarkan menerusi jalan udara bermula esok (Isnin, 23/07/2012) dengan menggunakan pesawat syarikat penerbangan yang masih beroperasi di Damsyik dan akan dipindahkan ke Dubai, Abu Dhabi dan Doha sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Pihak Wisma Putra telah membuka bilik operasi dan orang awam boleh menghubunginya untuk sebarang pertanyaan mengenai misi pemindahan ini di talian 03-88874570.

Jumaat, 20 Julai 2012

Jadual Berbuka Puasa 2012 Bagi Kawasan Kuala Kangsar

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... saya mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut kedatangan bulan Ramadhan... semoga Allah terima ibadah kita semua dan dipertemukan dengan malam lailatulqadar... insyaallah...

* p/s: sila klik gambar jika ingin melihat jadual berbuka puasa dengan jelas...

Sabtu, 7 Julai 2012

Kasut Sukan Keluaran Negara Jordan Menghina Agama Islam

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... disini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai 1 penghinaan terhadap agama Islam yang terjadi di negara arab iaitu negara Jordan... lihat gambar diatas... ianya adalah gambar 1 kasut sukan... perhatikan apa yang tertulis di kasut sukan yang dikeluarkan di negara Jordan... pada kasut itu tertulis perkataan "La Ilaha Illallah" yang bermaksud "Tiada Tuhan Selain Allah"... kasut ini digunakan untuk bersukan dan dipakai di kaki... penulisan kalimah suci pada kasut ini amat jelas menghina agama Islam dan penganutnya...

Khamis, 5 Julai 2012

Kerajaan Haram Israel Membeli Jet Pejuang Itali

Itali, 05 Julai 2012: Kerajaan haram Israel hari ini telah membeli jet pejuang buatan kerajaan Itali dalam usaha meningkatkan pertahanan udara mereka. Menurut media Israel, sejumlah 30 buah jet pejuang bakal dimiliki oleh kerajaan haram Israel. Jet-jet pejuang itu dijadualkan akan diserahkan selewat-lewatnya pada awal tahun 2014.

Selasa, 3 Julai 2012

Universiti Al-Azhar Menerima Pelajar Syiah Buat Kali Pertama

Kaherah, 03 Julai 2012: Universiti Al-Azhar buat pertama kalinya telah memecah tradisi institusi pengajian dengan mula mengambil pelajar baru yang dipercayai mereka adalah individu yang berfahaman syiah. Penerimaan pelajar yang diyakini syiah itu dibenarkan belajar di universiti Al-Azhar adalah kerana permintaan para Mansyaikh aliran syiah yang berpusat di Beirut, Lubnan.

Syeikh Al-Azhar, Dr Ahmad Taiyib ketika mengumumkan keputusan itu menegaskan bahawa pihaknya telah menerima permohonan daripada kerajaan Lubnan yang meminta pihaknya menerima permohonan pelajar-pelajar berkenaan memandangkan suasana di Negara Lubnan ketika ini tidak mengizinkan pembelajaran di peringkat universiti berjalan dengan lancar dan teratur.

Menurut Dr Ahmad Taiyib juga, permohonan kemasukan pelajar-pelajar itu juga turut disuarakan oleh mufti Lubnan yang kesian dengan nasib masa depan pelajar warganegara Lubnan terutamanya dalam bidang pembelajaran memandangkan kerajaan Lubnan kini berdepan dengan peperangan dalaman.

Dr Ahmad Taiyib juga mengakui bahawa keputusannya menerima kemasukan pelajar dari Lubnan yang diyakini berfahaman syiah itu adalah satu tindakan yang drastik. Ini kerana semenjak universiti Al-Azhar ditubuhkan lebih 1000 tahun yang lalu, pihak universiti cuma mengajarkan pembelajaran mazhab “ahli sunnah” yang mana pembelajaran itu akan diajarkan pada penuntutnya yang dating dari seluruh pelosok dunia.

Akhbar el-Khaleej Emirates melaporkan bahawa semenjak Dr Ahmad Taiyib memimpin Al-Azhar, beliau telah banyak melakukan perubahan termasuklah menerima kemasukan pelajar syiah ke dalam institusi pendidikan berkenaan. Kemasukan pelajar-pelajar yang berfahaman syiah ke dalam universiti Al-Azhar menandakan universiti itu melakar sejarah baru yang belum pernah dibuat sebelumnya.