Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 21 Julai 2012

Kedutaan Malaysia Di Syria Ditutup Dan Misi Membawa Pulang Rakyat Malaysia Di Negara Syria Bermula

Sabtu, 22 Julai 2012, Kuala Lumpur:- Kerajaan Malaysia telah mengarahkan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik (Syria) ditutup serta merta dan semua rakyat Malaysia yang berada di negara Syria dibawa pulang secepat mungkin. Kerajaan Malaysia bertindak mengeluarkan arahan itu berikutan keadaan pergolakan dilihat semakin meruncing.

“Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman telah menghubungi saya dan meminta izin membawa pulang rakyat dan pelajar kita di Syria sebab keadaan di sana semakin meruncing dan berbahaya. Jadi, saya izinkan dan mengarahkan kedutaan kita ditutup bagi tujuan keselamatan,” kata Datuk Seri Najib Razak ketika berucap selepas menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Pulau Serai dekat Pekan, malam tadi.

Ketika ini ada 138 orang rakyat Malaysia di negara Syria iaitu seramai 128 penuntut dan 10 ekspatriat. Bakinya yang lain sudah keluar dari negara Syria beberapa minggu lalu. Rakyat Malaysia akan dikeluarkan menerusi jalan udara bermula esok (Isnin, 23/07/2012) dengan menggunakan pesawat syarikat penerbangan yang masih beroperasi di Damsyik dan akan dipindahkan ke Dubai, Abu Dhabi dan Doha sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Pihak Wisma Putra telah membuka bilik operasi dan orang awam boleh menghubunginya untuk sebarang pertanyaan mengenai misi pemindahan ini di talian 03-88874570.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan