Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 3 Julai 2012

Universiti Al-Azhar Menerima Pelajar Syiah Buat Kali Pertama

Kaherah, 03 Julai 2012: Universiti Al-Azhar buat pertama kalinya telah memecah tradisi institusi pengajian dengan mula mengambil pelajar baru yang dipercayai mereka adalah individu yang berfahaman syiah. Penerimaan pelajar yang diyakini syiah itu dibenarkan belajar di universiti Al-Azhar adalah kerana permintaan para Mansyaikh aliran syiah yang berpusat di Beirut, Lubnan.

Syeikh Al-Azhar, Dr Ahmad Taiyib ketika mengumumkan keputusan itu menegaskan bahawa pihaknya telah menerima permohonan daripada kerajaan Lubnan yang meminta pihaknya menerima permohonan pelajar-pelajar berkenaan memandangkan suasana di Negara Lubnan ketika ini tidak mengizinkan pembelajaran di peringkat universiti berjalan dengan lancar dan teratur.

Menurut Dr Ahmad Taiyib juga, permohonan kemasukan pelajar-pelajar itu juga turut disuarakan oleh mufti Lubnan yang kesian dengan nasib masa depan pelajar warganegara Lubnan terutamanya dalam bidang pembelajaran memandangkan kerajaan Lubnan kini berdepan dengan peperangan dalaman.

Dr Ahmad Taiyib juga mengakui bahawa keputusannya menerima kemasukan pelajar dari Lubnan yang diyakini berfahaman syiah itu adalah satu tindakan yang drastik. Ini kerana semenjak universiti Al-Azhar ditubuhkan lebih 1000 tahun yang lalu, pihak universiti cuma mengajarkan pembelajaran mazhab “ahli sunnah” yang mana pembelajaran itu akan diajarkan pada penuntutnya yang dating dari seluruh pelosok dunia.

Akhbar el-Khaleej Emirates melaporkan bahawa semenjak Dr Ahmad Taiyib memimpin Al-Azhar, beliau telah banyak melakukan perubahan termasuklah menerima kemasukan pelajar syiah ke dalam institusi pendidikan berkenaan. Kemasukan pelajar-pelajar yang berfahaman syiah ke dalam universiti Al-Azhar menandakan universiti itu melakar sejarah baru yang belum pernah dibuat sebelumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan