Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 19 Ogos 2012

Kerajaan Syiah Mengutuk Sekeras-Kerasnya Keputusan Menggantung Keanggotaan Negara Syria Di Dalam OIC

19 Ogos 2012, TEHERAN - Kerajaan Iran hari ini mengkritik keputusan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggantung keanggotaan negara Syria dalam badan berkenaan. Teheran menegaskan bahawa keputusan OIC tersebut adalah "tidak adil dan tidak patut". Kerajaan Syria merupakan sekutu rapat Iran dan sama-sama berfahaman Syiah.

"Kerajaan Syria sepatutnya dipelawa ke mesyuarat OIC ini untuk mempertahankan dirinya," jelas Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi kepada agensi berita IRNA di kota Makkah.

Terdahulu, pada penghujung mesyuarat tergempar OIC di kota Makkah, pihak OIC mengumumkan bahawa ia akan menggantung keanggotaan negara Syria dalam organisasi 57 buah negara Islam berkuatkuasa serta merta. Pertubuhan itu turut menyuarakan kebimbangan serius berhubung pembunuhan beramai-ramai dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Syria.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dan Ali yang menghadiri sidang tergempar itu cuba untuk mempertahankan tindakan presiden Syria, Bashar Assad laknatullah dan menghalang penggantungan negara Syria dalam OIC tetapi gagal menghalang keputusan tersebut. Sidang tergempar itu dipanggil oleh pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah. Negara OIC juga bersepakat menyokong perjuangan pemberontak yang dikenali Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang menentang rejim Presiden Bashar Al-Assad laknatullah.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Temuramah Saudara Seislam Mengenai Umat Islam Rohingya Di Myanmar


Ya Allah, Engkau selamatkan saudaraku di negara Myanmar... mereka saudaraku yang amat aku sayang... Engkau bantulah pejuang-Mu disana... kuatkanlah semangat mereka... hancurkanlah musuh-musuh-Mu dan orang yang memusuhi agama-Mu... hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan... ya Allah, ku memohon padamu dengan doa yang sungguh-sungguh... kabulkanlah doaku ini...

Salam Aidilfitri


assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blog sautulhaqq… di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan syawal dan hari raya aidilfitri kepada semua pengunjung blog sautulhaqq khususnya yang beragama Islam… saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa sehingga mengguris hati pengunjung blog sekalian… di dalam kegembiraan menyambut kedatangan aidilfitri, saya ingin mengajak semua pengunjung blog sautulhaqq bersama-sama menangisi pemergian bulan ramadhan al-mubarak… semoga Allah menerima ibadah puasa kita… insyaallah… dan marilah kita menambah amalan di bulan syawal ini dengan berpuasa selama enam hari di bulan syawal…

tangisilah pemergian Ramadhan kerna barangkali ia adalah yang terakhir bagi kamu...tangisilah pemergian Lailatulqadar kerna barangkali ia adalah yang terakhir bagi kamu... bergembiralah di bulan kemenangan kerna berjaya mengalahkan nafsumu... Ramadhan... pemergianmu kami tangisi... semoga Allah mengizinkan kita bertemu lagi... selamat jalan wahai bulan keberkatan...

Sabtu, 4 Ogos 2012

Kerajaan Mesir Meminta Kerajaan AS Laknatullah Membebaskan Rakyatnya Yang Ditahan Di Kem Guantanamo

04/08/2012, KAHERAH: Kerajaan Mesir telah memohon kepada kerajaan AS laknatullah supaya membebaskan seorang rakyatnya yang bernama Tareq al-Sawah dipenjara di kem Guantanamo selama lebih 10 tahun, kata Menteri Luar negara Mesir. Menurut laman web Jabatan Pertahanan AS, Tareq al-Sawah telah cedera dan ditangkap di negara Afghanistan selepas didapati beliau telah bertempur dengan tentera AS dalam peperangan Tota Bora.

Dia dituduh sebagai seorang pengganas dan dikatakan telah menjadi pelatih letupan dalam rangkaian militan Al-Qaeda sebelum dakwaan terhadapnya itu ditarik pada bulan Mac 2012. Permohonan itu telah diserahkan kepada Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton. Kerajaan Mesir juga telah melantik seorang peguam di AS untuk mewakili Tareq al-Sawah. Presiden boneka yahudi laknatullah, Barack Obama menyatakan dalam sidang medianya bahawa beliau akan mengkaji status tahanan berkenaan yang ditahan di penjara penuh kontroversi itu.

Sajak Terakhir Syed Qutb

Saudara…
Seandainya engkau tangisi kematianku…
Dan engkau sirami pusaraku dengan air matamu…
Maka di atas tulangku yang hancur luluh ini…
Nyalakanlah obor buat umat ini…
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya…

Saudara…
Kematianku adalah satu perjalanan…
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu…
Taman-taman syurga-Nya bangga menerimaku…
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku…
Bahagialah hidupku di alam abadi…

Saudara…
Puaka kegelapan pasti akan hancur…
Dan alam ini akan disinari fajar lagi…
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindu-Nya…
Janganlah gentar berkelana di alam abadi…
Nun di sana fajar sedang memancar…