Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 19 Ogos 2012

Kerajaan Syiah Mengutuk Sekeras-Kerasnya Keputusan Menggantung Keanggotaan Negara Syria Di Dalam OIC

19 Ogos 2012, TEHERAN - Kerajaan Iran hari ini mengkritik keputusan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggantung keanggotaan negara Syria dalam badan berkenaan. Teheran menegaskan bahawa keputusan OIC tersebut adalah "tidak adil dan tidak patut". Kerajaan Syria merupakan sekutu rapat Iran dan sama-sama berfahaman Syiah.

"Kerajaan Syria sepatutnya dipelawa ke mesyuarat OIC ini untuk mempertahankan dirinya," jelas Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi kepada agensi berita IRNA di kota Makkah.

Terdahulu, pada penghujung mesyuarat tergempar OIC di kota Makkah, pihak OIC mengumumkan bahawa ia akan menggantung keanggotaan negara Syria dalam organisasi 57 buah negara Islam berkuatkuasa serta merta. Pertubuhan itu turut menyuarakan kebimbangan serius berhubung pembunuhan beramai-ramai dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Syria.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dan Ali yang menghadiri sidang tergempar itu cuba untuk mempertahankan tindakan presiden Syria, Bashar Assad laknatullah dan menghalang penggantungan negara Syria dalam OIC tetapi gagal menghalang keputusan tersebut. Sidang tergempar itu dipanggil oleh pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah. Negara OIC juga bersepakat menyokong perjuangan pemberontak yang dikenali Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang menentang rejim Presiden Bashar Al-Assad laknatullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan