Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 29 September 2012

Dalang Yang Cuba Menjatuhkan Kerajaan Pimpinan Recep Tayyip Erdogan Dipenjara Seumur Hidup

Sabtu, 29/09/2012, SILIVRI, Turki:- Sebuah mahkamah Turki Jumaat lalu (28/09/2012) telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada 3 bekas jeneral, hukuman pertama bagi perbicaraan 2 tahun untuk 364 pegawai tentera yang dituduh merancang untuk menggulingkan kerajaan pimpinan PM Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Pihak mahkamah berkata, 3 bekas jeneral tersebut akan menjalani hukuman penjara selama 20 tahun kerana mereka tidak berjaya dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan. 2 lagi jeneral yang sudah bersara dan 1 jeneral yang masih berkhidmat juga telah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun. Pihak mahkamah telah membebaskan 34 pegawai dalam kes berkenaan menampakkan kekuasaan mahkamah sivil ke atas pihak tentera yang dulunya sangat berkuasa di Turki. Tentera Turki secara tradisinya pernah melakukan 3 rampasan kuasa pada tahun 1960, tahun 1980 tahun 1997.

Kuasa tentera kini dikawal dengan tegas oleh Recep Tayyip Erdogan yang telah memerintah Turki selama sedekad yang lalu dan perbicaraan kali ini dilihat mempamerkan kekuatan sebuah kerajaan yang mulai keluar dari bayang-bayangnya sendiri.

Konspirasi "Sledgehammer" dikatakan mengandungi rancangan untuk mengebom masjid bersejarah di Istanbul dan mencetuskan konflik dengan Greece bagi membuka jalan bagi pengambilalihan kuasa oleh pihak tentera. Pihak pendakwa raya telah menuntut hukuman penjara 15-20 tahun untuk 365 defendan, dengan 364 daripada mereka adalah pegawai tentera yang sedang berkhidmat ataupun telah bersara.

Ahad, 16 September 2012

Selamat Mengerjakan Ibadah Islam Yang Ke-5


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... disini ana ingin mengucapkan selamat berangkat ke tanah suci kepada semua jemaah haji khususnya dari negara Malaysia yang beragama Islam yang akan mulai berangkat ke tanah suci Makkah pada 17/09/2012 (ISNIN)... selamat pergi dan selamat kembali... selamat mengerjakan ibadah ISLAM yang ke-5... semoga anda mendapat haji yang mabrur... insyaallah...

Sabtu, 15 September 2012

Negara Tunisia Akan Menjadi Tuan Rumah Persidangan "Menyokong Tahanan Palestin"

Sabtu, 15/09/2012 - Ibunegara Tunisia dijadualkan akan menjadi tuan rumah kepada persidangan antarabangsa terbesar yang menyokong tahanan Palestin dan Arab yang ditahan di penjara kerajaan haram Israel pada bulan November 2012. Persidangan itu ditaja oleh presiden republik Tunisia, Moncef Marzouki.

Jawatankuasa Persediaan untuk persidangan yang telah bermesyuarat telah mengambil keputusan bahawa persidangan itu akan diadakan pada 10 dan 11 November 2012 (Sabtu & Ahad). Sekumpulan ahli politik dan aktivis hak asasi akan turut memberi kerjasama untuk membuat persediaan sewajarnya yang mana ianya disifatkan oleh jawatankuasa sebagai persidangan yang terbesar yang pernah diadakan dalam usaha menyokong isu tahanan Palestin di penjara kerajaan haram Israel.

Kerajaan AS Membina Bar Berbentuk Kaabah




perhatikan, gambar diatas ialah gambar pembinaan sebuah bar yang menjual minuman keras... ianya dibina di NEW YORK, AS... selepas penerbitan filem "Innocence Of Muslim" di AS yang menimbulkan kontroversi dan menghina agama Islam, dibinanya pula sebuah bangunan yang berbentuk Kaabah yang mana Kaabah merupakan sebuah bangunan suci tempat beribadat umat Islam di Makkah... pembinaan bar ini jelas menunjukkan kerajaan AS memang bersifat anti agama Islam...

Sabtu, 1 September 2012

Kutipan Derma Bagi Membantu Muallaf Yang Memerlukan RM60,000.00 Bagi Menampung Kos Guaman


01/09/2012, Kota Bharu – Seorang muallaf muslim, Muhammad Riduan Abdullah, 43 tahun (gambar) memerlukan RM60,000.00 bagi menampung kos guamannya bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang telah memberi hak penjagaan anaknya (hak Hadanah) kepada bekas isterinya, Indira Ghandi yang bukan beragama Islam. Beliau telah memeluk Islam pada 11 Mac 2009 (Rabu).

Sebelum ini, pada tanggal 29 September 2009 (Selasa) Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh telah menetapkan dan memberi hak penjagaan kekal anak kepada Muhammad Riduan Abdullah setelah beliau mengislamkan 3 orang anaknya.

Tetapi, pada tanggal 11 Mac 2010 (Rabu), bekas isterinya yang tidak beragama Islam telah mencabar keputusan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh di Mahkamah Tinggi Ipoh. Pada hari pencabaran keputusan itu, hakim Mahkamah Tinggi Ipoh telah memutuskan hak penjagaan anak diserahkan kepada bekas isterinya yang bukan beragama Islam.

Bekas isterinya, Indira Ghandi juga telah memohon di Mahkamah Tinggi Ipoh agar Perakuan Memeluk Islam bagi 3 orang anak-anaknya DIBATALKAN. 17 April 2012 (Selasa) Mahkamah Rayuan Ipoh telah menolak rayuannya atas alasan beliau membuat rayuan setelah tempoh rayuan bagi sesuatu kes tamat.

Peguam yang mewakili Muhammad Riduan Abdullah enggan mengfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan kerana beliau tidak mampu menjelaskan kos guaman dan sehingga kini beliau masih berhutang sebanyak RM15,000.00. Beliau memerlukan dana sebanyak RM60,000.00 bagi membuat rayuan mendapatkan semula hak penjagaan anak (hak hadanah) dari bekas isterinya di Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Berikut ialah nama-nama anaknya yang berjaya diislamkan:-

Ummu Habibah (Prasana Diksa) 4 Tahun.

Abu Bakar (Karan Dinish) 14 Tahun.

Ummu Salamah (Tevi Darsiny) 15 Tahun.

Sesiapa yang ingin membantu saudara seakidah kita ini bolehlah bank-in di:

No. Akaun: 0301 8010 0362 50 (Bank Islam)
atas nama Mustafa Kamal Mat Hassan (Peguam Muhammad Riduan Abdullah)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: 09-7446736

p/s: saya mohon kepada pengunjung blog sautulhaqq yang beragama Islam dapat membantu saudara seakidah kita ini, bantulah beliau kerana ALLAH… ini kes yang melibatkan akidah… beliau adalah saudara-saudara kita… anak-anak beliau yang Islam juga adalah saudara kita… saya risau sekiranya hak penjagaan anak diberikan kepada bekas isterinya, anak-anaknya akan kembali kepada agama asal akibat dipaksa oleh ibu mereka…

kepada sahabat-sahabat yang bergelar PEGUAM SYARIE, saya faham kos bagi kes sebegini sangat-sangat besar… tapi ada di antara pelangan yang bukan datang dari keluarga yang senang… mereka sangat memerlukan bantuan anda dalam kes sebegini… ini melibatkan AKIDAH. sanggupkah anda melihat 3 orang anaknya yang beragama Islam kembali kepada agama asal mereka??? saya mohon budi baik anda seandainya anda dapat membantu mengurangkan sedikit kosnya, kurangkanlah…

“Ya Allah, Engkau tetapkanlah hati 3 orang anak-anaknya di dalam agama-Mu… Engkau kuatkanlah pegangan akidah mereka… Janganlah Engkau pesongkan hati-hati mereka setelah Engkau memberi hidayah ISLAM kepada mereka. Bantulah mereka menghadapi ujian ini… Selamatkanlah mereka di dunia dan akhirat… Mereka adalah saudara-saudaraku yang amat aku sayang… Hanya kepada-Mu tempat kami berserah dan memohon pertolongan… Kabulkanlah permintaan ini wahai Tuhan Yang Maha Mendengar… aku memohon pada-Mu dengan doa yang sungguh-sungguh”