Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 29 September 2012

Dalang Yang Cuba Menjatuhkan Kerajaan Pimpinan Recep Tayyip Erdogan Dipenjara Seumur Hidup

Sabtu, 29/09/2012, SILIVRI, Turki:- Sebuah mahkamah Turki Jumaat lalu (28/09/2012) telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada 3 bekas jeneral, hukuman pertama bagi perbicaraan 2 tahun untuk 364 pegawai tentera yang dituduh merancang untuk menggulingkan kerajaan pimpinan PM Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Pihak mahkamah berkata, 3 bekas jeneral tersebut akan menjalani hukuman penjara selama 20 tahun kerana mereka tidak berjaya dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan. 2 lagi jeneral yang sudah bersara dan 1 jeneral yang masih berkhidmat juga telah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun. Pihak mahkamah telah membebaskan 34 pegawai dalam kes berkenaan menampakkan kekuasaan mahkamah sivil ke atas pihak tentera yang dulunya sangat berkuasa di Turki. Tentera Turki secara tradisinya pernah melakukan 3 rampasan kuasa pada tahun 1960, tahun 1980 tahun 1997.

Kuasa tentera kini dikawal dengan tegas oleh Recep Tayyip Erdogan yang telah memerintah Turki selama sedekad yang lalu dan perbicaraan kali ini dilihat mempamerkan kekuatan sebuah kerajaan yang mulai keluar dari bayang-bayangnya sendiri.

Konspirasi "Sledgehammer" dikatakan mengandungi rancangan untuk mengebom masjid bersejarah di Istanbul dan mencetuskan konflik dengan Greece bagi membuka jalan bagi pengambilalihan kuasa oleh pihak tentera. Pihak pendakwa raya telah menuntut hukuman penjara 15-20 tahun untuk 365 defendan, dengan 364 daripada mereka adalah pegawai tentera yang sedang berkhidmat ataupun telah bersara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan