Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 1 September 2012

Kutipan Derma Bagi Membantu Muallaf Yang Memerlukan RM60,000.00 Bagi Menampung Kos Guaman


01/09/2012, Kota Bharu – Seorang muallaf muslim, Muhammad Riduan Abdullah, 43 tahun (gambar) memerlukan RM60,000.00 bagi menampung kos guamannya bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang telah memberi hak penjagaan anaknya (hak Hadanah) kepada bekas isterinya, Indira Ghandi yang bukan beragama Islam. Beliau telah memeluk Islam pada 11 Mac 2009 (Rabu).

Sebelum ini, pada tanggal 29 September 2009 (Selasa) Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh telah menetapkan dan memberi hak penjagaan kekal anak kepada Muhammad Riduan Abdullah setelah beliau mengislamkan 3 orang anaknya.

Tetapi, pada tanggal 11 Mac 2010 (Rabu), bekas isterinya yang tidak beragama Islam telah mencabar keputusan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh di Mahkamah Tinggi Ipoh. Pada hari pencabaran keputusan itu, hakim Mahkamah Tinggi Ipoh telah memutuskan hak penjagaan anak diserahkan kepada bekas isterinya yang bukan beragama Islam.

Bekas isterinya, Indira Ghandi juga telah memohon di Mahkamah Tinggi Ipoh agar Perakuan Memeluk Islam bagi 3 orang anak-anaknya DIBATALKAN. 17 April 2012 (Selasa) Mahkamah Rayuan Ipoh telah menolak rayuannya atas alasan beliau membuat rayuan setelah tempoh rayuan bagi sesuatu kes tamat.

Peguam yang mewakili Muhammad Riduan Abdullah enggan mengfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan kerana beliau tidak mampu menjelaskan kos guaman dan sehingga kini beliau masih berhutang sebanyak RM15,000.00. Beliau memerlukan dana sebanyak RM60,000.00 bagi membuat rayuan mendapatkan semula hak penjagaan anak (hak hadanah) dari bekas isterinya di Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Berikut ialah nama-nama anaknya yang berjaya diislamkan:-

Ummu Habibah (Prasana Diksa) 4 Tahun.

Abu Bakar (Karan Dinish) 14 Tahun.

Ummu Salamah (Tevi Darsiny) 15 Tahun.

Sesiapa yang ingin membantu saudara seakidah kita ini bolehlah bank-in di:

No. Akaun: 0301 8010 0362 50 (Bank Islam)
atas nama Mustafa Kamal Mat Hassan (Peguam Muhammad Riduan Abdullah)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: 09-7446736

p/s: saya mohon kepada pengunjung blog sautulhaqq yang beragama Islam dapat membantu saudara seakidah kita ini, bantulah beliau kerana ALLAH… ini kes yang melibatkan akidah… beliau adalah saudara-saudara kita… anak-anak beliau yang Islam juga adalah saudara kita… saya risau sekiranya hak penjagaan anak diberikan kepada bekas isterinya, anak-anaknya akan kembali kepada agama asal akibat dipaksa oleh ibu mereka…

kepada sahabat-sahabat yang bergelar PEGUAM SYARIE, saya faham kos bagi kes sebegini sangat-sangat besar… tapi ada di antara pelangan yang bukan datang dari keluarga yang senang… mereka sangat memerlukan bantuan anda dalam kes sebegini… ini melibatkan AKIDAH. sanggupkah anda melihat 3 orang anaknya yang beragama Islam kembali kepada agama asal mereka??? saya mohon budi baik anda seandainya anda dapat membantu mengurangkan sedikit kosnya, kurangkanlah…

“Ya Allah, Engkau tetapkanlah hati 3 orang anak-anaknya di dalam agama-Mu… Engkau kuatkanlah pegangan akidah mereka… Janganlah Engkau pesongkan hati-hati mereka setelah Engkau memberi hidayah ISLAM kepada mereka. Bantulah mereka menghadapi ujian ini… Selamatkanlah mereka di dunia dan akhirat… Mereka adalah saudara-saudaraku yang amat aku sayang… Hanya kepada-Mu tempat kami berserah dan memohon pertolongan… Kabulkanlah permintaan ini wahai Tuhan Yang Maha Mendengar… aku memohon pada-Mu dengan doa yang sungguh-sungguh”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan