Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 25 Oktober 2012

Salam Aidiladha 2012


assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pengunjung blog sautulhaqq... saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada semua pengunjung blog sautulhaqq khususnya yang beragama Islam... saya juga menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf seandainya ada terkasar bahasa sehingga menyinggung perasaan pengunjung blog sautulhaqq sekalian... dikesempatan ini saya ingin mengajak pengunjung blog sautulhaqq mengimbau kembali sejarah ibadah Qurban yang disyariatkan Allah kepada umat manusia dan menghayati erti pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.. semoga ibadah Qurban kita diterima Allah... insyaallah...

Isnin, 22 Oktober 2012

HAMAS Tidak Akan Mengiktiraf Pilihanraya Yang Diadakan Di Tebing Barat

Isnin, 22/10/2012, Semenanjung Gaza - Presiden Palestin yang PENIPU, Mahmoud Abbas telah mengumumkan berita kemenangan pergerakan FATAH di dalam pilihanraya umum Palestin di kebanyakan kerusi parlimen yang diadakan kawasan TEBING BARAT. Pilihanraya umum Palestin kali ini diboikot oleh pergerakan HAMAS kerana terdapat banyak penipuan yang didalangi oleh Mahmoud Abbas.

Presiden SPR Palestin, Hanna Nasser berkata bahawa 54.8 peratus dari 500,000 orang rakyat Palestin yang layak mengundi telah keluar menbuang undi.

Kemenangan pergerakan FATAH di dalam pilihanraya umum Palestin kali ini adalah dengan menggunakan cara MENIPU sudah dijangka dari awal lagi. Pergerakan HAMAS membatalkan proses membuang undi di kawasan SEMENANJUNG GAZA dan menyatakan bahawa pihak HAMAS tidak akan sesekali mengiktiraf kemenangan FATAH di kawasan TEBING BARAT.

Diantara faktor utama pergerakan HAMAS memboikot pilihanraya umum yang diadakan di kawasan TEBING BARAT ialah kerana kegagalan proses rundingan damai diantara HAMAS-FATAH.

Pilihanraya umum Palestin diadakan telah diadakan dikawasan TEBING BARAT pada hari Sabtu (20/10/2012). Selebihnya akan diadakan pada hari Rabu (24/10/2012).

"Pilihanraya kali ini mengukuhkan kekuasaan mereka (FATAH) dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan konsensus kebangsaan. Pilihanraya kali ini bukan pilihanraya untuk rakyat Palestin tetapi untuk FATAH", kata jurucakap pergerakan HAMAS, Fawzi Barhum.

Khamis, 18 Oktober 2012

Qatar Umum Projek Membina Semula Bandar Gaza

DOHA,18 Oktober 2012 - Kerajaan Qatar telah melancarkan pelan pembinaan semula bandar semenanjung Gaza membabitkan kos berjumlah AS$254 juta (RM773 juta) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negara itu. Projek itu diumumkan oleh Duta Qatar, Mohammed Al-Amadi akan dimulakan dalam tempoh 3 bulan dari sekarang dan ia memerlukan kerjasama dari kerajaan Mesir bagi membenarkan jentera berat dan bahan binaan dihantar ke Gaza. MohammedAl-Amadi berkata, segala rancangan telah diatur dengan teliti dan ia akan dimulakan dengan projek pembinaan lebuh raya di sepanjang pesisir pantai Mediterranean.

"Mengikut dasar kami, selepas kesemua projek pemulihan infrastruktur ini selesai ia akan diserahkan kepada kementerian berkaitan. Dasar ini telah diguna pakai sebelum ini dan semenanjung Gaza tidak terkecuali. 

Keputusan kami untuk memberikan bantuan dana kepada semenanjung Gaza bukan atas pengaruh politik. Projek ini memberi manfaat kepada penduduk Gaza." jelasnya. Di bawah projek permodenan Gaza tersebut, sebanyak 3 jalan utama akan dipulihkan, sebuah bandar baru akan diwujudkan termasuk hospital dan kediaman selesa untuk penduduk. Projek pembinaan yang mendapat suntikan dana terbesar dari negara luar itu diharap dapat mengubah cara hidup 1.6 juta penduduk di Gaza dan memberi peluang pekerjaan kepada 28 peratus penganggur di negara itu.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Parlimen Turki Membenarkan Tenteranya Menyerang Negara Syria

AKCAKALE, Turki 5 Oktober 2012 - Parlimen negara Turki hari ini telah memberi lampu hijau kepada tindakan ketenteraan terhadap negara Syria pimpinan Basyar Assad laknatullah. Tindakan ini bukannya 1 mandat perang berikutan serangan maut merentasi sempadan oleh tentera Syria yang telah mengorbankan nyawa 5 rakyat negara Turki.

Undian di Parlimen dibuat sebagai tindakbalas terhadap serangan berkenaan namun Damsyik berikrar bedilan seumpama itu tidak akan berlaku lagi. Di Ankara, Parlimen Turki telah mengadakan satu sidang khas dan kerajaan telah bersetuju membenarkan operasi ketenteraan dilancarkan ke kawasan Syria.

Kerajaan Syria pimpinan Basyar Assad laknatullah juga telah mengaku bertanggungjawab ke atas bedilan berkenaan. Ketua Penasihat kepada PM Turki, Ibrahim Kalin berkata, Ankara tidak berminat untuk berperang dengan Damsyik tetapi tindakan melindungi kepentingan negara adalah diperlukan.

Perselisihan terbaru antara Syria dan Turki itu tercetus selepas bedilan mortar tentera Syria telah mengorbankan 5 orang warganegara Turki termasuk seorang ibu dan 3 anaknya. Sebagai serangan balas, Ankara hari ini telah melancarkan bedilan yang turut menyebabkan beberapa askar Syria maut. Serangan berlanjutan sejak tengah malam tadi. Serangan oleh tentera Syria itu juga menyaksikan buat pertama kali rakyat Turki menjadi korban akibat kebangkitan rakyat negara itu menentang kerajaan Presiden Bashar al-Assad sejak bulan Mac 2011.

Khamis, 4 Oktober 2012

Presiden Morsi: Mesir Tidak Akan Berdiam Diri Dan Isu Palestin Menjadi Isu Utama Mesir

Khamis, 04/10/2012 - Presiden Mesir, Dr. Muhammad Mursi menegaskan bahawa negara Mesir tidak akan berdiam diri terhadap isu Palestin. Beliau juga menegaskan bahawa negara Mesir kini akan konsisten bersama rakyat Palestin. Dalam pidatonya di Mesyuarat Agung Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) di Turki, presiden Mursi menyatakan dengan tegas bahawa negara Mesir kini tidak bersetuju terhadap halangan-halangan yang dikenakan terhadap rakyat Palestin di khususnya di semenanjung Gaza. Hal ini jelas dapat dirasai bilamana sempadan Mesir - Gaza telah dibuka kekal bagi mempermudahkan rakyat Gaza mendapatkan segala bentuk bantuan termasuklah bantuan pendidikan, perubatan dan lain-lain.

Selasa, 2 Oktober 2012

Ratusan Ahli Parlimen Mesir Hafiz 30 Juzu' Al-Quran Dan Hafal Ratusan Ribu Hadith


Majlis Rakyat Mesir kini (Parlimen Mesir) selepas ditadbir oleh pergerakan IKHWANUL MUSLIMIN memiliki:-

- Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Quran.

- Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith sahih.

- Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengah al-Quran.

- Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran.

- Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta.

- Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun.

p/s: alangkah indahnya sekiranya ada pemimpin seperti ini di negara Malaysia... ya Allah, kurniakanlah kami pemimpin yang seperti ini...