Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 5 Oktober 2012

Parlimen Turki Membenarkan Tenteranya Menyerang Negara Syria

AKCAKALE, Turki 5 Oktober 2012 - Parlimen negara Turki hari ini telah memberi lampu hijau kepada tindakan ketenteraan terhadap negara Syria pimpinan Basyar Assad laknatullah. Tindakan ini bukannya 1 mandat perang berikutan serangan maut merentasi sempadan oleh tentera Syria yang telah mengorbankan nyawa 5 rakyat negara Turki.

Undian di Parlimen dibuat sebagai tindakbalas terhadap serangan berkenaan namun Damsyik berikrar bedilan seumpama itu tidak akan berlaku lagi. Di Ankara, Parlimen Turki telah mengadakan satu sidang khas dan kerajaan telah bersetuju membenarkan operasi ketenteraan dilancarkan ke kawasan Syria.

Kerajaan Syria pimpinan Basyar Assad laknatullah juga telah mengaku bertanggungjawab ke atas bedilan berkenaan. Ketua Penasihat kepada PM Turki, Ibrahim Kalin berkata, Ankara tidak berminat untuk berperang dengan Damsyik tetapi tindakan melindungi kepentingan negara adalah diperlukan.

Perselisihan terbaru antara Syria dan Turki itu tercetus selepas bedilan mortar tentera Syria telah mengorbankan 5 orang warganegara Turki termasuk seorang ibu dan 3 anaknya. Sebagai serangan balas, Ankara hari ini telah melancarkan bedilan yang turut menyebabkan beberapa askar Syria maut. Serangan berlanjutan sejak tengah malam tadi. Serangan oleh tentera Syria itu juga menyaksikan buat pertama kali rakyat Turki menjadi korban akibat kebangkitan rakyat negara itu menentang kerajaan Presiden Bashar al-Assad sejak bulan Mac 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan