Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 18 Oktober 2012

Qatar Umum Projek Membina Semula Bandar Gaza

DOHA,18 Oktober 2012 - Kerajaan Qatar telah melancarkan pelan pembinaan semula bandar semenanjung Gaza membabitkan kos berjumlah AS$254 juta (RM773 juta) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negara itu. Projek itu diumumkan oleh Duta Qatar, Mohammed Al-Amadi akan dimulakan dalam tempoh 3 bulan dari sekarang dan ia memerlukan kerjasama dari kerajaan Mesir bagi membenarkan jentera berat dan bahan binaan dihantar ke Gaza. MohammedAl-Amadi berkata, segala rancangan telah diatur dengan teliti dan ia akan dimulakan dengan projek pembinaan lebuh raya di sepanjang pesisir pantai Mediterranean.

"Mengikut dasar kami, selepas kesemua projek pemulihan infrastruktur ini selesai ia akan diserahkan kepada kementerian berkaitan. Dasar ini telah diguna pakai sebelum ini dan semenanjung Gaza tidak terkecuali. 

Keputusan kami untuk memberikan bantuan dana kepada semenanjung Gaza bukan atas pengaruh politik. Projek ini memberi manfaat kepada penduduk Gaza." jelasnya. Di bawah projek permodenan Gaza tersebut, sebanyak 3 jalan utama akan dipulihkan, sebuah bandar baru akan diwujudkan termasuk hospital dan kediaman selesa untuk penduduk. Projek pembinaan yang mendapat suntikan dana terbesar dari negara luar itu diharap dapat mengubah cara hidup 1.6 juta penduduk di Gaza dan memberi peluang pekerjaan kepada 28 peratus penganggur di negara itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan