Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 30 November 2012

Senarai Nama Negara Yang Menentang Penaiktarafan Status Negara Palestin Sebagai "Negara Pemerhati Bukan Ahli PBB"



NEGARA YANG MENENTANG PENAIKTARAFAN STATUS NEGARA PALESTIN SEBAGAI “NEGARA PEMERHATI BUKAN AHLI PBB”



BIL.


NAMA NEGARA YANG MENENTANG


1.


AMERIKA SYARIKAT (AS)


2.


NEGARA HARAM ISRAEL


3.


KANADA


4.


REPUBLIK CZECH


5.


MARSHALL ISLANDS


6.


MICRONESIA


7.


NAURU


8.


PALAU


9.


PANAMA

Khamis, 29 November 2012

Negara Palestin Diiktiraf Sebagai Negara Pemerhati Bukan Anggota PBB

NEW YORK, 30 November 2012:- Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam (Khamis, 29/11/2012) telah mengiktiraf negara Palestin sebagai "Negara Pemerhati Bukan Anggota" di dalam badan dunia itu. Hanya 9 daripada 193 negara anggota PBB mengundi untuk menentang penaiktarafan status itu, termasuklah AS, negara HARAM Israel dan Kanada, manakala negara Australia dan Jerman termasuk di dalam 41 buah negara yang mengambil pendirian berkecuali.

Selasa, 27 November 2012

Muallaf Islam Gagal Mendapatkan Hak Penjagaan Anak


PUTRAJAYA 27 Nov. - Seorang muallaf Islam berbangsa India telah gagal dalam usahanya mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak yang memerintahkan hak penjagaan ketiga-tiga anaknya diserahkan kepada bekas isteri yang bukan beragama Islam.

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini (Selasa, 27/11/2012) juga menolak permohonan Muhammad Ridzuan Abdullah, 43 atau nama asalnya K. Patmanathan (dalam gambar diatas) untuk mendapat kebenaran merayu. Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang bersidang bersama Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha turut memerintahkan muallaf itu membayar kos guaman sebanyak RM10,000 kepada bekas isterinya yang bukan Islam.

Sementara itu, permohonan semakan kehakiman bekas isterinya, M. Indira Gandhi, 37, untuk membatalkan pengislaman anak-anak mereka ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Tinggi Ipoh, esok (Rabu, 28/11/2012).

Muhammad Ridzuan diwakili oleh peguam-peguam Anas Fauzi, Mohamed Ibrahim Mohamad dan Nik Mohamad Anuar Badiruddeen. Indira Gandhi pula diwakili oleh peguam K. Shanmuga dan Fahri Azzat

* artikel berkenaan ini telah saya siarkan sebelum ini di:


p/s: bila dengar berita ni saya rasa sedih sangat-sangat… hakim-hakim memang tak berhati perut… bangsa Melayu… mengaku beragama ISLAM… tapi bila saudara seIslam sendiri datang minta pertolongan dalam perundangan dia tak tolong…

kepada hakim Melayu yang terlibat dalam kes ini… anda bertanggungjawab di atas akidah anak-anak saudara kita ini… anda boleh bagi hak penjagaan anak pada saudara kita sebenarnya tapi anda tidak bagi… seandainya anak-anak dia masuk kembali ke agama asal mereka/MURTAD… anda bertanggungjawab sepenuhnya… jawablah di hadapan Allah di akhirat kelak…

kepada Jabatan Agama Islam, saudara kita ini bukan orang senang… beliau orang susah… datang memohon bantuan kewangan di atas nama MUALLAF bagi kes ini… beliau adalah sebahagian daripada 8 asnaf yang berhak terima zakat… tapi anda tidak bagi… anda juga bertanggungjawab sekiranya anak-anaknya kembali ke agama asal/MURTAD… jawablah di hadapan Allah di akhirat kelak kenapa tidak tunaikan hak seorang muslim…
 

Rabu, 21 November 2012

Isi Perjanjian Genjatan Senjata Diantara Pergerakan HAMAS-Kerajaan Haram Israel

ISI PERJANJIAN DAMAI ANTARA PERGERAKAN HAMAS DENGAN KERAJAAN HARAM ISRAEL

1. Kerajaan haram Israel akan menghentikan semua serangan dari arah udara, darat dan laut.

2. Semua pintu sempadan yang menghubungkan diantara dunia luar ke Semenanjung Gaza akan dibuka dan segala sekatan akan diangkat bagi memudahkan pergerakan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan penghantaran barangan keperluan.

3. Pergerakan HAMAS dikehendaki memberhentikan semua serangan roket ke Negara haram Israel.

4. Benteng yang dibina mengelilingi Semenanjung Gaza mesti diturunkan dan segala isi kandungan genjatan senjata ini akan dilaksanakan selepas 24 jam sebaik sahaja ia dimeterai.

5. Negara Mesir akan menjadi penjamin bagi proses perjanjian genjatan senjata di antara HAMAS-NEGARA HARAM ISRAEL kali ini.

* info: Perjanjian ini diusahakan oleh Presiden Mesir, Dr Mohammad Morsi

Panggilan Jihad Fisabilillah Di Semenanjung Gaza


PANGGILAN JIHAD DI SEMENANJUNG GAZA

MASA: 07 DISEMBER 2012 (JUMAAT) - 12 DISEMBER 2012 (RABU)

KOS: RM7500 (TANGGUNGAN SENDIRI)

ANJURAN: NGO AQSA SYARIF & NGO AMAN PALESTIN

saya seru dan harap sangat-sangat sahabat-sahabat yang mempunyai sumber kewangan yang agak baik, marilah kita sertai misi ini... kita tengok sendiri keadaan saudara-saudara kita yang syahid dibunuh oleh tentera YAHUDI laknatullah...

Beberapa Gambar Terkini Rakyat Semenanjung Gaza

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... disini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa gambar terkini rakyat Palestin yang tinggal di kawasan semenanjung Gaza yang dibedil bertalu-talu oleh tentera YAHUDI laknatullah... YAHUDI dijangka akan membedil saudara-saudara kita dalam tempoh 7 minggu... saksikan gambar-gambar berkenaan...


saya mohon sangat-sangat kepada sahabat-sahabat khususnya yang beragama Islam kita amalkan doa qunut nazilah di setiap solat 5 waktu kita... kita tidak dapat sumbangkan tenaga kita membantu diorang... tetapi kita bantu diorang dengan doa kita...

"Ya Allah, Engkau bantulah umat Islam Semenanjung Gaza... Engkau kuatkanlah semangat mereka... Engkau utuskanlah tentera-tentera-Mu... Ketika ini musuh-musuh-Mu sedang membedil mereka tanpa henti... Ya Allah, sebagaimana Engkau menjatuhkan dan mencabut kerajaan Zine Abidine Ben Ali... Engkau jatuhkanlah dan cabutkanlah kerajaan haram YAHUDI... Ya Allah, sebagaimana Engkau membunuh Al-Ghaddafi... Engkau bunuhlah Benjamin Netanyahu laknatullah... Ya Allah, aku memohon pada-Mu dengan doa yang sungguh-sungguh... bantulah pejuang-pejuang-Mu... hanya kepada-Mu ku memohon pertolongan dan berserah diri... kabulkanlah doaku ini..."

Rabu, 14 November 2012

Doa Awal Dan Akhir Tahun


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq khususnya yang beragama Islam... saya ingin mengajak anda semua membaca doa awal dan akhir tahun sempena kedatangan Awal Muharam dan Maal Hijrah... semoga Allah menerima doa kita... insyaallah...

Salam Maal Hijrah 2012


assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pengunjung blog sautulhaqq... disini saya ingin mengucapkan selamat menyambut awal muharam dan maal hijrah khususnya kepada pengunjung blog sautulhaqq yang beragama Islam... marilah kita membaca doa akhir dan awal tahun... semoga tahun baru Islam yang baru menyinsing fajarnya diberkati oleh Allah... insyaallah...

disini saya ingin mengajak anda semua menelusuri kembali sirah penghijrahan Baginda s.a.w. dan umat Islam muhajirin dari kota Makkah Al-Mukarramah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan semangat ukhwah yang cukup kental yang terbina di antara kaum ansar dan muhajirin... semoga umat Islam dapat menghayati dan mencontohi sifat ukhwah tersebut... insyaallah...

Sabtu, 10 November 2012

Kakak Pengerusi Aqsa Syarif Pulang Ke Rahmatullah


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... hari ini saya mahu berkongsi dengan anda 1 berita sedih iaitu berita kepulangan kakak pengerusi NGO Aqsa Syarif iaitu Dr Hafidzi Mohd Noor (gambar) yang bernama Hathlina Bt Mohd Noor ke rahmatullah... saya mohon kepada semua pengunjung blog sautulhaqq yang beragama Islam dapat menyedekahkan surah al-fatihah dan doa yang terbaik buat arwah... syukran... takziah kepada Dr Hafidzi Mohd Noor sekeluarga... semoga Allah menempat roh arwah bersama dengan orang yang beriman... insyaallah... tabahkan hati ye...

Selasa, 6 November 2012

Aku Ingin...


Teman tersayang…
Aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq…
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq…
Harta dikorbankan bukan sedikit…
Cintakan kebenaran dan sanggup bersakit…

Serta tawakkal Ibrahim mulia…
Ketika meninggalkan insan tercinta…
Di bumi tandus tanpa bicara…
Kerana yakinkan Allah sebagai penjaga…

Aku impikan antara kita seorang Umar…
Berdiri tatkala tunduknya manusia…
Bersuara tatkala diamnya mereka…
Menggerunkan musuh yang durjana…

Serta senyuman Syed Al-Qutb…
Ketika berhadapan dengan tali gantung…
Akidah mantap tidak teragut…
Roh dakwahnya tidak pernah surut…

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubair…
Menahan panahan Hajjaj dengan rela…
Lantas syahid lalu rohnya ke syurga…

Marilah kita menyemai benih Hassan Al-Banna…
Fikrahnya yang jernih yang menggegar dunia…
Merelakan tubuh dimamah peluru…
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul…

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf…
Tetap mencintai saudaranya…
Meskipun dihumban ke perigi tua…
Dan terpisah dari ayahanda bertahun lamanya…

Aku ingin pusara kita harum mewangi…
Bagaikan haruman kasturi pusara Masyitah…

Ku inginkan persahabatan kita yang indah ini…
Dapat menjadi syafaat buat kita…
Ketika di Mahkamah Mahsyar nanti…