Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 6 November 2012

Aku Ingin...


Teman tersayang…
Aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq…
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq…
Harta dikorbankan bukan sedikit…
Cintakan kebenaran dan sanggup bersakit…

Serta tawakkal Ibrahim mulia…
Ketika meninggalkan insan tercinta…
Di bumi tandus tanpa bicara…
Kerana yakinkan Allah sebagai penjaga…

Aku impikan antara kita seorang Umar…
Berdiri tatkala tunduknya manusia…
Bersuara tatkala diamnya mereka…
Menggerunkan musuh yang durjana…

Serta senyuman Syed Al-Qutb…
Ketika berhadapan dengan tali gantung…
Akidah mantap tidak teragut…
Roh dakwahnya tidak pernah surut…

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubair…
Menahan panahan Hajjaj dengan rela…
Lantas syahid lalu rohnya ke syurga…

Marilah kita menyemai benih Hassan Al-Banna…
Fikrahnya yang jernih yang menggegar dunia…
Merelakan tubuh dimamah peluru…
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul…

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf…
Tetap mencintai saudaranya…
Meskipun dihumban ke perigi tua…
Dan terpisah dari ayahanda bertahun lamanya…

Aku ingin pusara kita harum mewangi…
Bagaikan haruman kasturi pusara Masyitah…

Ku inginkan persahabatan kita yang indah ini…
Dapat menjadi syafaat buat kita…
Ketika di Mahkamah Mahsyar nanti…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan