Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 27 November 2012

Muallaf Islam Gagal Mendapatkan Hak Penjagaan Anak


PUTRAJAYA 27 Nov. - Seorang muallaf Islam berbangsa India telah gagal dalam usahanya mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak yang memerintahkan hak penjagaan ketiga-tiga anaknya diserahkan kepada bekas isteri yang bukan beragama Islam.

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini (Selasa, 27/11/2012) juga menolak permohonan Muhammad Ridzuan Abdullah, 43 atau nama asalnya K. Patmanathan (dalam gambar diatas) untuk mendapat kebenaran merayu. Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang bersidang bersama Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha turut memerintahkan muallaf itu membayar kos guaman sebanyak RM10,000 kepada bekas isterinya yang bukan Islam.

Sementara itu, permohonan semakan kehakiman bekas isterinya, M. Indira Gandhi, 37, untuk membatalkan pengislaman anak-anak mereka ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Tinggi Ipoh, esok (Rabu, 28/11/2012).

Muhammad Ridzuan diwakili oleh peguam-peguam Anas Fauzi, Mohamed Ibrahim Mohamad dan Nik Mohamad Anuar Badiruddeen. Indira Gandhi pula diwakili oleh peguam K. Shanmuga dan Fahri Azzat

* artikel berkenaan ini telah saya siarkan sebelum ini di:


p/s: bila dengar berita ni saya rasa sedih sangat-sangat… hakim-hakim memang tak berhati perut… bangsa Melayu… mengaku beragama ISLAM… tapi bila saudara seIslam sendiri datang minta pertolongan dalam perundangan dia tak tolong…

kepada hakim Melayu yang terlibat dalam kes ini… anda bertanggungjawab di atas akidah anak-anak saudara kita ini… anda boleh bagi hak penjagaan anak pada saudara kita sebenarnya tapi anda tidak bagi… seandainya anak-anak dia masuk kembali ke agama asal mereka/MURTAD… anda bertanggungjawab sepenuhnya… jawablah di hadapan Allah di akhirat kelak…

kepada Jabatan Agama Islam, saudara kita ini bukan orang senang… beliau orang susah… datang memohon bantuan kewangan di atas nama MUALLAF bagi kes ini… beliau adalah sebahagian daripada 8 asnaf yang berhak terima zakat… tapi anda tidak bagi… anda juga bertanggungjawab sekiranya anak-anaknya kembali ke agama asal/MURTAD… jawablah di hadapan Allah di akhirat kelak kenapa tidak tunaikan hak seorang muslim…
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan