Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 31 Disember 2013

Ya Allah... Tolong Jaga Si Dia Untukku...


Tuhan…
Mungkin aku bukan yang terbaik untuknya…
Mungkin juga aku tidak indah di matanya…
Tapi tolong jagakan dia untukku…
Aku terlalu jauh untuk melihat dia…
Aku terlalu jauh untuk mencari tahu perihal dia
Tapi dalam hati hanya ENGKAU yang tahu
seberapa dekatnya dia di hati ini

Tuhan
Berikanlah dia kesihatan
Kurniakanlah dia kegembiraan
Agar aku juga turut senang melihatnya kelak
Andai ENGKAU izinkan
Dalam hati, hanya ENGKAU yang mengerti
Rasa sakit rasa rindu
Menahan perasaan yang tidak sepatutnya muncul untuk dia

Tuhan
Jika benar memang perasaanku ini salah terhadap dia
Kau pudarkanlah rasa ini rasa yang ada dalam hati
Kerana makin hari rasa itu semakin menebal
Sekiranya ada hati lain yang layak menerima cinta dia
Kau pertemukanlah mereka segera
Dan bukalah mata hatiku
Untuk aku berlalu pergi dari hidupnya

Tuhan
Sukarnya menahan perasaan ini
Perasaan yang terpaksa didiamkan ditahankan
Sesak setiap kali memikirkannya
Tapi apalah dayaku tanpa setiap kekuatan dari-MU

Tuhan
Andai memang aku tidak mendapatkan keizinan dari-MU untuk memiliki dia
ENGKAU lindungilah dia
ENGKAU jagalah dia untukku
Kerana aku terlalu SAYANG dia

p/s: ku nukilkan ini khas buat bakal zaujahku... uhibbuki fillah... uhibbuki until jannah... insyaallah...

Sabtu, 30 November 2013

Negara Anggola Menjadi Negara Pertama Mengharamkan Islam



ya Allah, kata-kata mereka sangat angkuh... mereka memusnahkan rumah ibadah agama-Mu... mereka membunuh dan menyeksa orang yang menyembah-Mu... Engkau lindungilah semua saudara-saudaraku di sana... hanya kepada-Mu tempat kami meminta pertolongan dan berserah diri... Engkau hancurkanlah orang-orang yang memusuhi agama-Mu sebagaimana mereka menghancurkan rumah ibadah agama-Mu...

* p/s: sila klik pada gambar untuk melihat dengan jelas

Jumaat, 15 November 2013

Bismillah 5


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... jom kita sama-sama amalkan bismillah 5... semoga ianya bermanfaat buat kita...

Isnin, 14 Oktober 2013

Salam Aidiladha 2013


assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pengunjung blog sautulhaqq... saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada semua pengunjung blog sautulhaqq khususnya yang beragama Islam... saya juga menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf seandainya ada terkasar bahasa sehingga menyinggung perasaan pengunjung blog sautulhaqq sekalian... dikesempatan ini saya ingin mengajak pengunjung blog sautulhaqq mengimbau kembali sejarah ibadah Qurban yang disyariatkan Allah kepada umat manusia dan menghayati erti pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.. semoga ibadah Qurban kita diterima Allah... insyaallah...

~ disaat berderai jatuhnya titisan air mata suci Ibrahim...
dikala melihat keteguhan iman anaknya Ismail...
dikala itulah bermulanya satu sejarah agung erti sebuah pengorbanan...
salam aidiladha buat yang mengenali diri ini...
maaf zahir & batin...
kullu 'am wa antum bi alfi kheir... ~

Jumaat, 11 Oktober 2013

IAIN Ar-Raniry Telah Dinaiktaraf Sebagai UIN Ar-Raniry Dengan Rasminya


alhamdulillah, IAIN Ar-Raniry (Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry) telah dinaiktaraf kepada UIN Ar-Raniry (Universitas Islam Negeri Ar-Raniry) secara rasminya pada 1 Oktober 2013 (selasa)...

Selasa, 24 September 2013

Pengikut-Pengikut Jeneral As-Sisi Mencipta Surah Baru


assalamualaikum dan salah sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai isu Mesir... seperti yang semua sedia maklum, sekarang negara Mesir diperintah secara kudeta oleh pihak tentera yang diketuai oleh Jeneral Abdul Fattah As-Sisi laknatullah... gambar di atas ialah gambar suatu surah yang dicipta oleh pengikut-pengikut jeneral Abdul Fattah As-Sisi laknatullah... kalau anda semua perasan, ia sama seperti pengikut Basyar Assad laknatullah yang berfahaman syiah nusairiah di negara Syria... pengikut Basyar Assad menyembah keluarga Assad... semoga Allah melaknati sesiapa yang mencipta surah ini... surah ini dicipta bagi menghina kitab suci Al-Quran...

p/s: sila klik pada gambar untuk melihat dengan jelas...

Harta Purba Mesir Dilelong, Kerajaan pimpinan Jeneral Abdul Fattah As-Sisi Laknatullah Menutup Mata


kerajaan kudeta Mesir pimpinan Jeneral Abdul Fattah As-Sisi laknatullah mengetahui harta antik mesir iaitu peninggalan Firaun bakal dijual di laman web ebay... tetapi ia menutup mata... barang antik itu ialah 3 kepingan emas yang digambarkan sebagai "Anak-Anak Horus"... 3 kepingan emas itu ialah kepingan emas yang paling terbaik sekali di dunia... ia terdapat di London sekarang ini... tetapi lokasinya kebelakangan ini selalu berubah-ubah... lokasi berikut ia berubah di Amerika Syarikat, Eropah, Asia dan Australia...

* p/s: sila klik pada gambar untuk melihat dengan jelas...

Ahad, 22 September 2013

Berita Penangkapan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi Tidak Benar


ini adalah keratan status seorang sahabat fb saya... alhamdulillah... semoga Allah melindungi pejuang-pejuang agama-Nya...

p/s: sila klik pada gambar untuk melihat dengan jelas...

Jumaat, 20 September 2013

Tentera Sekular Mesir Di Bawah Pimpinan Jeneral As-Sisi Akan Menangkap Syeikh Yusuf Al-Qardhawi


Kaherah, 20/09/2013:- Pemerintahan kudeta tentera Mesir melalui Peguam Negara Mesir telah mengeluarkan surat perintah penangkapan ke atas Syeikh Yusuf Al-Qardhawi. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi adalah ulama yang lahir di negara Mesir. Beliau tinggal dan berkewarganegaraan Qatar. Berdasarkan surat perintah itu, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi akan terus ditangkap oleh tentera Mesir sebaik sahaja tiba di negara Mesir.

Surat khabar Al-Sharq Al-Awsat yang bertarikh (20/9/2013) melaporkan, Hisham Barakat, Peguam Negara Mesir telah mengeluarkan surat perintah penangkapan Syeikh Yusuf Al Qardhawi di atas tuduhan beliau melakukan provokasi dengan menyeru rakyat Mesir supaya bangkit untuk berjihad melawan kezaliman tentera Mesir, meminta untuk dilakukan campur tangan asing bagi selesaikan masalah negara Mesir, merancang penghinaan dan melemparkan tuduhan pembunuhan para penunjuk perasaan kepada tentera Mesir dalam rancangan TV yang disiarkan melalui stesen televisyen milik Qatar iaitu Al-jazeera.

Info Mengenai Syeikh Yusuf Al-Qardhawi:


* Syeikh Yusuf Al-Qardhawi merupakan Pengerusi Persatuan Ulama Muslim Antarabangsa.

* Beliau telah menetap di Qatar lebih dari 40 tahun dan memperoleh kewarganegaraan dari negara berkenaan.

* Beliau pernah dipenjara oleh pemerintah Mesir sebelum ini.

* Beliau adalah salah seorang anggota "Haiah Kibar Ulama Al Azhar".

Isnin, 9 September 2013

Ucapan Pertama Presiden Mohamed Morsi Dari Jeriji Penjara Mesir


Ini ialah kata-kata pertama yang keluar dari mulut Presiden Mohamed Morsi (Presiden Mesir yang sah) sendiri setelah beliau ditumbangkan oleh Jeneral As-Sisi laknatullah...

"Saya adalah Presiden yang terpilih. Saya memiliki pelindung (Allah). Kamu tiada ada hak untuk menghakimi saya. Kalau kamu ingin menghakimi saya mestilah mengikut prosedur undang-undang negara Mesir. Saya rela menanggung semua ini (penghinaan dan pengkhianatan) demi harga diri dan kehormatan bangsa Mesir. Saya yakin Allah sama sekali tidak akan mensia-siakan cita-cita & harapan bangsa Mesir yang ingin bangkit dan merdeka dari penjajahan sekular. Untuk pengetahuan kamu wahai rakyat Mesir, saya tidak tahu dimana saya ditahan. Sampai sekarang saya tidak pernah dapat berkomunikasi dengan ahli keluarga saya. Demi Allah saya tidak pernah membohongi kalian rakyatku. Allah tahu bahawa saya tidak tamak kekuasaan dan jabatan. Dalam masa 1 tahun aku memerintah Mesir aku mendapat banyak rintangan. Mereka (pegawai Kerajaan) sedikit pun tidak mahu bekerjasama dengan-ku."

info terkini berkaitan dengan keadaan terkini Presiden Morsi:

* sudah 4 kali Presiden Mohamed Morsi dipaksa menandatangani surat letak jawatan oleh Jeneral Al-Sisi laknatullah tetapi beliau tidak menandatanganinya sama sekali.

* tempat penahanan Presiden Mohamed Morsi dikawal oleh 12 buldozer dan 80 orang askar (orang bawahan Jeneral Al-Sisi laknatullah)

* tempat penahanan Presiden Morsi dikawal sangat ketat. Untuk memasukinya memerlukan pemeriksaan yang sangat-sangat ketat sekali.

* Tempat penahanan Presiden Mohamed Morsi di bahagian Cairo

"Ya Allah, jadikanlah darah para syuhada’ (syuhada' Mesir) itu menjadi laknat ke atasnya (Al-Sisi)... Dan kepada siapa yang menolongnya, mereka yang melakukan perancangan bersamanya, mereka yang membiayainya, mereka yang menyokong apa yang telah dilakukan dan mereka yang redha terhadap apa yang dia perbuat...."

Ahad, 8 September 2013

Adab Memandikan Bayi Yang Berusia Sehari - 40 Hari


Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah ke dunia selepas 9 bulan tinggal di alam rahim. Justeru itu ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi yang baru lahir dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik. Berikut ialah beberapa kaedah memandikan bayi yang baru lahir hingga 40 hari:-

- Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

- Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

- Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

- Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan-lahan supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi bayi.

- Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir “Ya Latif… Ya Hadi...”

- Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnyamenyebabkan bayi mudah mendapat selesema atau jangkitan kuman.

- Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

- Selepas selesai mandikan bayi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Sabtu, 7 September 2013

Surat Kebenaran Menangguh Peperiksaan Bagi Pelajar Malaysia Yang Menuntut Di Al-Azhar


SURAT PRESIDEN UNIVERSITI AL-AZHAR KEPADA DATUK PENGARAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DI MESIR BERSETUJU MENANGGUHKAN SEMUA EXAM & KEMASUKAN PELAJAR MALAYSIA

" ... Dengan ini kami bersetuju dengan permintaan pihak tuan secara bertulis & lisan seperti berikut:

i. Menangguhkan Peperiksaan Ulangan & Tasfiah bagi semua pelajar Malaysia sehingga Sabtu (21/10/2013).

ii. Menangguhkan Tempoh Permulaan Sesi Pengajian Baru bagi semua pelajar Malaysia sehingga Sabtu, (21/10/2013). "

Presiden Universiti Al-Azhar: Prof. Dr. Osama Muhammad El Abd

Khamis, 5 September 2013

Cucu Pengasas Pergerakan Ikhwanul Muslimin Syahid Dibunuh Tentera Al-Sisi Laknatullah


gambar ini ialah gambar cucu pengasas pergerakan Ikhwanul Muslimin Mesir, Hassan Al-Banna... nama cucu beliau ialah Abdullah Hassan Al-Banna... beliau telah syahid dibunuh tentera sekular Mesir pimpinan Jeneral Al-Sisi laknatullah ketika menyertai penunjuk perasaan secara aman meminta kerajaan Mesir mengembalikan semula tampuk pemerintahan yang dirampas dengan cara paling tidak bertamadun kepada Presiden Mohamed Morsi... perhatikan sungguh manis senyuman syuhada' ini... semoga Allah terima kesyahidannya dan darahnya akan menjadi saksi kesyahidannya di hadapan Allah di akhirat kelak...

Gaji Presiden Morsi Paling Rendah Di Kalangan Semua Presiden Di Dunia


Mengikut kajian terkini yang dibuat oleh Universiti Brussels International tentang gaji beberapa pemimpin dunia dan mendapati bahawa gaji Presiden Mesir Dr Mohamed Mursi adalah yang paling terendah dalam tempoh setahun. Berikut ialah gaji beberapa orang presiden di dunia:-

Presiden Dr Mohamed Mursi = 10 ribu USD
Raja Norway = 14.4 juta EURO
Raja Belanda = 9.948 juta EURO
Raja Luxembourg = 7.74 juta EURO
Presiden Barack Obama (Boneka Yahudi Laknatullah) = 355 ribu USD
Raja Saudi = 24 juta USD
Raja Sepanyol = 175 ribu EURO
Presiden Rusia = 115 ribu USD
Presiden Filipina = 24 ribu USD
PM Iraq = 3 juta USD
Presiden Turki = 13 ribu USD

* Presiden Morsi disahkan tidak mengambik gajinya sebagai Presiden Mesir sepanjang beliau memerintah negara Mesir...

Rabu, 4 September 2013

Presiden Morsi Disahkan Tidak Pernah Mengambil Gajinya Selama Setahun


05 September 2013, Kaherah -: Lembaga Suruhanjaya Anti-Rasuah Mesir telah meminta data gaji serta dana yang pernah diambil oleh Presiden Mohammad Morsi dari Jabatan Kewangan Negara Mesir.

Jabatan Kewangan Negara Mesir menjawab: "Di dalam rekod kami Mohammad Morsi belum pernah menerima dan mengambil sebarang dana mahupun gaji bulanannya selama pemerintahannya sebagai Presiden Mesir."

Sabtu, 20 Julai 2013

Ijazah Syariah Dari IAIN Ar-Raniry Diiktiraf JPA???


saya pun agak risau sebenarnya adakah ijazah dari IAIN Ar-Raniry diiktiraf JPA... saya harap dengan gambar ini terjawab segala persoalan diiktiraf ke tidak ijazah dari IAIN Ar-Raniry...

* sila klik pada gambar untuk melihat dengan jelas...

Rabu, 17 Julai 2013

Sambung Study Di Bumi Indonesia



alhamdulillah, setelah berpenat lelah berjuang dalam final exam semester 6 pada bulan 6 yang lalu... akhirnya berjaya juga menamatkan dengan berjaya dengan cemerlang... dengan izin Allah selepas lawatan graduate diadakan bersama-sama dengan sahabat sepengajian ana telah memohon untuk sambung belajar ke negara Indonesia... akhirnya keputusan sambung belajar ke sana keluar juga akhirnya... keputusannya ialah ana dapat melanjutkan pelajaran ke sana... syukur sangat-sangat... tercapai juga impian nak sambung ke luar negara... rasa sedih juga le sebab tak dapat nak belajar sama-sama dengan kawan-kawan kat Malaysia g dah...

kepada kawan-kawan sepengajian ana, ana rindu sangat-sangat kenang-kenangan ngan diorang... banyak kenangan kita bersama... suka duka gelak tawa senyuman manis diorang ana paling rindu sekali... ana mohon maaf andai kata ada terbuat salah dan silap sepanjang perkenalan kita... perkenalan kita amat bermakna buat ana... ana tak akan lupakan semua kenangan-kenangan ini... halalkan makan minum ana dan halalkan semua ilmu yang dikongsikan dengan ana... ana sayang sangat-sangat kawan-kawan ana... doakan Allah mudahkan perjuangan baru ana di bumi Indonesia ye...

Petua Imam Syafie

Ahad, 16 Jun 2013

Mesir Memutuskan Hubungan Dengan Kerajaan Basyar Assad Laknatullah Dengan Rasminya

17 Jun 2013, KAHERAH - Presiden Mesir, Mohamed Morsi semalam mengumumkan memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Syria termasuk menutup kedutaan negara itu di Kaherah.

“Kami (kerajaan Mesir) telah memutuskan untuk memutuskan sepenuhnya hubungan dengan kerajaan Syria pimpinan Basyar Assad laknatullah berkuat kuasa serta merta dan akan datang,” katanya ketika berucap di hadapan ribuan penyokongnya di Stadium Kaherah sempena perhimpunan "Support For Syria".

Menurutnya, kerajaan sekeras-kerasnya menyangkal dakwaan yang menuduh negara Mesir yang selama ini dikatakan mempunyai kaitan dan terbabit dalam konflik di Damsyik dan Syria khususnya.

“Kami mahu memberi amaran kepada sekutu Presiden Syria, Bashar al-Assad iaitu pergerakan Hizbullah dari Lubnan untuk segera berundur dari Syria,” katanya dipetik Press TV

Dalam perhimpunan itu, beliau turut menyokong perlaksanaan zon larangan terbang yang dikenakan ke atas negara itu.

"Kami menyeru masyarakat antarabangsa untuk bersama-sama mengenakan zon larangan terbang ke atas Syria. Kami juga akan berbincang dengan negara-negara Arab untuk menyokong usaha ini,” katanya.

Jutaan Rakyat Turki Berhimpun Bagi Menyatakan Sokongan Kepada Pemerintahan Recep Teyyip Erdogan


subhanallah... perhatikan, jutaan rakyat Turki berhimpun di Istanbul bagi menyatakan sokongan mereka terhadap pemerintahan PM Turki, Recep Teyyip Erdogan... himpunan ini bertemakan "Hormati Kehendak Rakyat"... himpunan ini disiarkan oleh seluruh pihak media di seluruh dunia... kekuatan negara Turki dan negara Mesir kini amat menggerunkan musuh-musuh Islam...

Rabu, 12 Jun 2013

Video Ribut Pasir Di Arab Saudi



ini ialah video ribut pasir yang sedang melanda kawasan Arab Saudi... perhatikan, keadaan cuaca pada mulanya sangat-sangat cerah... dengan izin Allah ribut pasir mulai melanda kawasan ini dan keadaan menjadi sangat-sangat gelap seperti malam... saksikan... 

Sebab-Sebab Sebenar Rakyat Turki Yang Berfahaman Sekuler Ingin Tumbangkan Kerajaan Pimpinan Erdogan


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... disini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai fakta-fakta mengapa rakyat Turki yang berfahaman sekular cukup benci dan ingin menumbangkan kerajaan AKP pimpinan Recep Tayyip Erdogan yang memerintah negara Turki sekarang... saya pasti anda semua mengetahui bahawa sekarang rakyat turki bangkit menentangnya melalui akhbar-akhbar utama di seluruh dunia...

sila lihat gambar di atas... ia adalah salah 1 gambar yang ingin saya berkongsi dengan anda semua... ia gambar sebenar yang diambil ketika demonstrasi rakyat Turki yang berfahaman sekular sedang bangkit dan berdemo di hadapan rumah PM Turki iaitu rumah Recep Tayyip Erdogan... mereka berkumpul sambil menjulangkan botol arak...

di akhbar-akhbar utama menyatakan mereka menentang kerajaan Erdogan disebabkan kerajaan Erdogan memusnahkan "Gezi Park" kerana ingin membina replika rumah tentera kerajaan Turki Uthmaniah... "Gezi Park " merupakan kawasan hijau terakhir di negara Turki... kenyataan di akhbar-akhbar utama seluruh dunia sebenarnya adalah salah... mereka berdemostrasi bukan kerana itu... berikut adalah sebab-sebab mereka berdemonstrasi... perkara ini telah disahkan oleh aktivis yang menyertai demonstrasi berkenaan...

sebab-sebabnya ialah kerajaan Turki pimpinan Erdogan telah mengeluarkan 1 arahan khas melarang semua syarikat yang menjual arak mengadakan aktiviti meminum arak secara terang-terangan di kawasan orang ramai lalu lalang, melarang premis jual arak mempamerkan arak secara terang-terangan, larangan memasukkan iklan arak di dalam setiap movie, filem dan tv Turki, arak dihadkan penjualan dari pukul 10 malam hingga pukul 6 pagi dan sesiapa yang didapati memandu di bawah pengaruh arak akan dijatuhi dengan hukuman yang lebih berat... inilah sebabnya mereka ingin menumbangkan kerajaan Erdogan di negara Turki... sekarang ni adalah zaman kebangkitan orang sekular di bumi Mesir dan bumi Turki...

p/s: semoga Allah melindungi dan menyelamatkan kerajaan Turki pimpinan Recep Tayyip Erdogan dan kerajaan Mesir pimpinan Morsi... di akhir zaman ini orang yang mengamalkan syariat Islam seperti menggenggam bara api di atas tangan... orang baik disangka jahat... orang jahat di sangka baik dan disanjung-sanjung... diangkat menjadi pemimpin... sesungguhnya kita sekarang berada di ambang kiamat...

Rabu, 22 Mei 2013

Jenazah Syuhada Syria Berbau Wangi Dan Tidak Reput


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... disini saya ingin berkongsi dengan anda semua suatu video mengenai seorang syuhada' Syria yang telah gugur syahid ketika menentang Basyar Assad laknatullah... dari segi percakapan, diyakini tempat di dalam video ini merujuk kepada wilayah Dar'aa (sebuah wilayah di negara Syria yang terlibat peperangan di antara mujahidin menentang askar Basyar Assad laknatullah)...

maqam syuhada' ini digali kerana orang-orang sunni ingin menyempurnakan jasad syuhada' berkenaan... ini kerana ketika jasad syuhada ini ditanam, ia tidak diuruskan dengan sempurna kerana ketika itu sedang darurat... mereka terpaksa menanam jasad syuhada' ini kerana sekiranya dibiarkan tanpa ditanam, tentera syiah Syria akan mencuri dan merosakkan jasad ini... kebanyakan jasad syuhada' Syria dikebumikan di taman permainan... setelah keadaan sedikit aman, mereka menggali semula maqam ini untuk menguruskannya dengan sempurna...

subhanallah... ketika penggalian semula sedang dilakukan, para hadirin yang menghadiri upacara ini tercium suatu haruman yang sangat-sangat wangi... kewangiannya melebihi kewangian kasturi... jasad syuhada' ini tidak rosak malah masih utuh dan lembut... seakan-akan baru gugur syahid di jalan Allah walhal syuhada' Syria ini sudah lama syahid sebenarnya... saksikan...

Sabtu, 11 Mei 2013

Petisyen PRU Ke-13 Online


KUALA LUMPUR: Sekumpulan rakyat Malaysia telah menganjurkan petisyen online bagi mengumpul sejumlah tandatangan sebagai bantahan terhadap perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu yang didiakwa berlaku banyak penipuan.

Penganjur petisyen ini, Terry Kok berkata, inisiatif ini dibuat bagi menarik campurtangan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyiasat perjalanan PRU-13 yang lalu. Menurutnya, rakyat Malaysia boleh menyokong petisyen ini dengan menurunkan tandatangan online di SINI.

Sehingga berita ini ditulis sejumlah lebih 237,000 tandatangan telah dikumpul.

Selasa, 7 Mei 2013

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum Ya Rejab



assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Rejab kepada semua pengunjung blog sautulhaqq terutamanya yang beragama Islam... bersempena dengan kedatangan bulan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan berdoa kepada Allah semoga diberi kesempatan dan peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang amat dirindui sekali... semoga Allah mengizinkan kita bertemunya... insyaallah...


Jumaat, 3 Mei 2013

Kisah Menarik Di Sebalik Pengislaman Hana Tajima Simpson


Sejak kebelakangan ini, nama Hana Tajima Simpson (gambar) mula menjadi topik perbincangan di kalangan blogger Muslimah. Nama gadis kacukan Jepun dan Inggeris ini dikenali kerana gaya berhijabnya yang unik dan lebih kasual. Wajah manis ini juga telah mula menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil.

Hana yang lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen membuat kejutan melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke pasaran dunia itu berupa hijab bergaya 'layers'. Melalui jenama tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi, namun tetap sesuai dengan syariat Islam di kalangan Muslimah.

Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam bermula semasa belajar di sekolah tinggi. Hana bertemu dan bersahabat dengan beberapa pelajar Muslim.

Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan berbeza dengan yang lain. "Mereka kelihatan menjaga jarak dengan beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi berhibur di sebuah kelab malam." katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya, pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di perpustakaan ataupun berbincang.

Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam langsung dari sumbernya iaitu Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. "Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita.

Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan idea-idea disebalik Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba. Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk menjadi seorang Islam" katanya.

Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh teman-teman Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. "Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik," tuturnya.

Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga keputusan untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula mengenakan hijab di hari sama dia mengucap dua kalimah syahadah. "Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan," ujarnya.

Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutamanya kawan rapatnya. Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab. "Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh menerima penampilan saya dengan balutan hijab." katanya lagi.

Dalam blog peribadinya, Hana mengakui bahawa menjadi seorang Muslimah di sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum sajalah, sebahagian penduduk de negara-negara barat telah dijangkita dengan wabak Islamofobia. "Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu." ujarnya.

Kini, dengan busana Muslimah yang dirancangkannya, kaum Muslimah di negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam. Kini fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan.

p/s: semoga Allah memelihara imannya di dunia dan akhirat...

Selasa, 9 April 2013

Video Wanita Syria Diseksa Di Penjara Tentera Basyar Assad Laknatullah


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua sebuah video wanita Syria yang berfahaman ahli sunnah wal jamaah diseksa oleh tentera Basyar Assad laknatullah di dalam penjara... saya mohon sangat-sangat kepada anda semua supaya doakan kehancuran rejim Basyar Assad laknatullah dan cepat sikit mereka tumbang... marilah kita sama-sama amalkan qunut nazilah untuk saudara kita dan rakyat Syria yang sedang berjuang di bumi Syria...



اللهم كما نزعت الملك من مبارك وزين العابدين
فأنزع الملك من بشار
وكما قتلت القدافي
فاقتل البشار
يا ملك يوم الدين
إياك نعبد وإياك نستعين
فدمرهم تدميرا
وتبرهم تتبيرا
واجعلهم هباءا منثورا
اللهم اجعل بشار الأسد هباءا منثورا
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه أجمعين
وسلام على المرسلين
والحمد لله رب العلمين