Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 24 Januari 2013

Parti Benjamin Netanyahu Laknatullah Menang Tipis Di Dalam Pilihan raya Umum Kerajaan Haram Israel

Baitulmaqdis, 24/01/2013 – Parti Benjamin Netanyahu laknatullah telah memperolehi kemenangan tipis di dalam pilihan raya umum kerajaan haram Israel semalam (23/01/2013, Rabu) meletakkan beliau kepada kedudukan terbaik untuk membentuk kerajaan haram Israel.

Keputusan pilihan raya itu juga turut mencatatkan parti yahudi yang berhaluan tengah, Parti Yesh Atid menjadi parti ke-2 terkuat di kerajaan haram Israel. Parti berkenaan telah ditubuhkan setahun yang lalu oleh seorang bekas wartawan yang bernama Yair Lapid.

Jumlah kerusi Knesset (kerusi Parlimen haram Israel) telah terbahagi sama rata di antara parti berhaluan kanan dan parti berhaluan kiri (nisbah 60:60). Pengiraan undi telah dijalankan sebanyak 99.5 %. Penganalisis politik berpendapat Benjamin Netanyahu laknatullah mungkin akan melakukan campuran.

Rabu, 23 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul 2013



assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... dikesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada pengunjung-pengunjung blog sautulhaqq terutamanya yang beragama Islam... bersama menelusuri kembali sirah kelahiran Rasulullah s.a.w.. saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua berselawat ke atas Nabi tanda kita cintakan-Nya...

Ahad, 13 Januari 2013

Diktator Hosni Mubarak Dibicara Sekali Lagi

Isnin, 14 Januari 2013, Kaherah:- Mahkamah negara Mesir semalam (Ahad, 13/01/2013) telah mengarahkan bekas Presiden Mesir, diktator Hosni Mubarak dibicarakan semula selepas menerima rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup yang telah dijatuhkan ke atasnya kerana menyebabkan kematian ribuan penunjuk perasaan pada tahun 2011.

Hosni Mubarak, 84 tahun bersama 2 orang anak lelakinya, Alaa dan Gamal, bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly dan ketua keselamatan atasan akan dibicarakan sekali lagi, kata Mahkamah Rayuan selepas sesi keterangan ringkas diambil.

"Mahkamah menerima rayuan Mubarak, Adly dan pendakwaan dan dan membatalkan semua arahan terdahulu oleh mahkamah jenayah Kaherah.” kata Ahmed Ali Abdelrahman, Hakim Mahkamah Mesir Bagaimanapun, diktator Hosni Mubarak, anaknya dan Adly kekal dalam penjara kerana berdepan dengan kes yang berasingan. Tarikh perbicaraan semula belum ditetapkan lagi.

Jumaat, 4 Januari 2013

Penyokong Pergerakan Fatah Berarak Ke Semenanjung Gaza Bagi Menyambut Ulang Tahun Penubuhan Fatah Yang Ke-48

GAZA CITY, 5 Januari 2013 :- Beratus-ratus penyokong Pergerakan FATAH mengadakan perhimpunan secara besar-besaran buat kali pertama sejak pergerakan HAMAS menguasai kawasan Semenanjung Gaza pada 2007 semalam.

Pergerakan HAMAS telah membenarkan perhimpunan itu diadakan bagi sambutan ulang tahun penubuhan pergerakan FATAH yang ke-48 dan ulang tahun pergerakan FATAH menentang kerajaan haram Israel.

Ribuan penyokong pergerakan FATAH membawa bendera Palestin dan Fatah serta gambar Mahmoud Abbas ketika mengadakan perarakan berkenaan. Sambutan ulang tahun itu juga bagi meraikan operasi pertama kumpulan sayap Fatah yang dikenali sebagai brigade Al-Assifa menentang rejim Zionis pada 01 Januari 1965 (Jumaat).