Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 19 Februari 2013

Ibu Diktator Basyar Assad Laknatullah Meninggal Dunia

Damsyik, 20/02/2013:- Terkini dilaporkan bahawa emak kepada diktator Basyar Assad laknatullah, Anesah Makhluf Al-Assad (gambar) telah meninggal dunia di hospital Bahloul, Dubai. Anesah Makhluf Al-Assad merupakan isteri kepada Hafiz Assad dan merupakan salah seorang di antara perancang utama segala kezaliman yang dilakukan oleh dinasti Assad laknatullah.

Sabtu, 16 Februari 2013

Kerajaan Haram Israel Bunuh Ajen Mossad Warganegara Australia-Israel

Sydney, 16 Februari 2013:- Ketua agensi perisikan kerajaan haram Israel sekarang terlalu panik dan cuba menyembunyikan fakta dan kisah sebenar tahanan X. Tahanan berkenaan mempunyai 2 kerakyatan. Kerajaan Haram Israel menangkapnya bertujuan bagi menyekatnya daripada membocorkan maklumat rahsia Mossad. Wartawan Australia, Trevor Borman merujuk kepada "Tahanan X" yang dikenal pasti oleh pihak media sebagai ejen Mossad yang berketurunan Australia-Israel yang bernama "Ben Zygier".

Lelaki itu telah meninggal dunia pada Disember 2010 ketika dalam bilik penjara Ayalon dekat Tel Aviv. Lelaki berkenaan telah membunuh diri dengan cara menggantung diri di dalam penjara berkenaan. Sumber memberitahu kerajaan haram Israel berusaha keras menyembunyikannya sehingga ia dibongkar pada minggu ini. "Ben Zygier" dilaporkan telah bersedia mendedahkan maklumat mengenai segala operasi Mossad termasuk tindakan menyalah gunakan pasport Australia oleh ejennya dalam pembunuhan seorang pemimpin Hamas di Dubai 3 tahun lalu.

Khamis, 14 Februari 2013

MyHeppi


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... disini saya ingin berkongsi dengan anda 1 laman sosial yang dibangunkan oleh orang Islam insyaallah iaitu perisian "MyHeppi"... perisian ini lebih menyerupai kepada facebook... disini saya ingin mengajak anda semua menyertainya...

anda boleh sign up di: MyHeppi

saya juga telah sign up di laman sosial ini... sahabat-sahabat semua boleh add saya di:


saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah add saya... ukhwah fillah abadan abada... friends until jannah... insyaallah...

Ahad, 3 Februari 2013

Penembak Hendap Terhebat Di Dalam Sejarah Tentera AS Laknatullah Mati Dibunuh

WASHINGTON, 4 Februari 2013 :- Seorang bekas tentera elit Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai penembak tepat paling berbahaya di dalam sejarah negara itu telah ditembak mati di Texas semalam. Chris Kyle, 38 (gambar) yang telah berkhidmat di dalam unit elit tentera laut AS, SEAL telah ditemui mati di sebuah pusat menembak di Texas.

Media AS melaporkan seorang lelaki berusia 25 tahun telah ditahan telah pihak polis AS dan siasatan berhubung motif serangan itu masih dijalankan. Chris Kyle yang pernah berkhidmat di Iraq telah membunuh seramai 150 orang Islam menjadikannya penembak tepat paling berbahaya dalam sejarah tentera AS laknatullah.

Software Waktu Solat Tahun 2013 Untuk Handphone

assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan pada semua pengunjung blog sautulhaqq... di kesempatan kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai software "WAKTU SOLAT 2013" untuk handphone... semoga ianya bermanfaat buat kita semua... insyaallah... cara-caranya ialah:

1) klik pada link ini dibawah dan save. 


2) masukkan software berkenaan ke dalam handphone.

3) install sofware berkenaan dan terus boleh menggunanya...

* p/s: software ini cuma untuk handphone yang mempunyai aplikasi JAVA sahaja... harap maklum...

"Solatlah dibelakang Imam sebelum kamu disolatkan dihadapan Imam"